Friday 31 August 2012

Kenapa aku pulun


Breast Cancer Awareness RibbonYang sebenarnya, kanser aku adalah kategori cepat merebak sebab hanya dalam tempoh 6 bulan saja dari tarikh pembedahan pertama aku telah mengalami chestwall recurrence. Walaupun margin pembedahan pertama adalah ‘free’ yakni tiada sel kanser didapati disekeliling tisu yang telah dibedah, aku masih mengalami chestwall recurrence dengan kadar yang begitu pantas sekali malahan, ketika itu aku masih dalam rawatan kimoterapi.

Selepas pembedahan ke-2, masih lagi terdapat tanda-tanda untuk berlakunya chestwall recurrence yang ke-2! Aku telah diminta melakukan re-staging untuk menentukan samada pembedahan seterusnya boleh dilakukan atau tidak dan doktor memutuskan, apa-apapun aku perlu menjalani radioterapi terlebih dahulu. Re-staging menunjukkan tiada apa-apa metastasis berlaku ie. tidak merebak ke mana-mana organ yang lain seperti hati, buah pinggang dll.
Perkara ini tidak pernah aku nyatakan kepada sesiapa pun kecuali suami, sama seperti ketika aku melakukan pembedahan yang kedua, aku tidak memberitahu ibubapaku. Aku memberitahu mereka yang aku pergi ke hospital hanya untuk follow-up. Mereka tidak tahu pun yang aku telah dijadualkan untuk pembedahan pada hari tersebut. Masalahnya, apabila aku terpaksa bermalam diwad jadi suami menasihatkan supaya aku memberitahu saja mereka.
Akan tetapi, seperti yang aku telah berjanji sebelum ini…aku mesti mencuba untuk melepaskan segala-galanya dan inilah yang aku sedang lakukan. Mungkin di blog lebih mudah untuk aku kerana sememangnya aku tidak pandai meluahkan dalam kata-kata, mungkin dalam penulisan.
Bulan lepas iaitu selepas aku menghabiskan rawatan radioterapi aku tahu bahawa kanser aku masih ada walaupun selepas follow up pada 16hb Ogos yang lepas doktor mengatakan “sudah ok semuanya”. Tetapi aku dapati tandanya masih muncul pada waktu-waktu tertentu sama seperti recurrence yang pertama.
Ingin aku nyatakan di sini, alhamdulillah, usaha aku dalam sebulan ini mungkin telah sedikit sebanyak membuahkan hasil dan doa-doa semua yang mendoakan terutama sekali ibuku mungkin telah makbul berkat Ramadhan yang baru saja berlalu. Ibuku baru saja kembali dari tanah suci semalam dan aku tahu beliau tidak putus-putus berdoa untuk kami ketika sebulan berpuasa di sana. Terima kasih ibu...


Tanda-tanda adanya chestwall recurrence telah hilang buat masa ini. Aku berterima kasih kepada Pengarah ICRF yang telah meluangkan masa membantuku dalam memberikan nasihat-nasihat yang teramat berharga dan kerana bersusah-payah membuat website cancertutor.com khas untuk membantu pesakit kanser. Padaku, usaha-usaha beliau adalah teramat mulia. Aku juga berterimakasih kepada suami, keluarga dan rakan-rakan tersayang yang memberikan moral dan financial support.
Walaubagaimanupun, masih terlalu awal untuk aku ‘celebrate’. Aku masih akan teruskan semua diet dan rawatan kerana nasihat beliau aku perlu lakukannya “indefinately”.
Katanya, melawan kanser adalah seperti melawan api yang sedang marak. Aku memerlukan fire hose yang besar dan banyak untuk melawannya. Itulah yang aku sedang lakukan. Doakanlah moga-moga aku dan semua pesakit yang lain, menang. 
Malaysia, selamat menyambut Hari Kermerdekaan.

Thursday 30 August 2012

Resepi 'Jus Pegaga dan Ulam Raja'

Resepi ini aku dapat ketika blogwalking dan aku copy paste. Aku mohon maaf kepada tuan blog sebab aku sudah kehilangan linknya. Insyaallah aku akan link bila aku jumpa.http://fit4lifejourney.blogspot.com/2012/06/jus-hijau.html




Jus Pegaga dan Ulam Raja

Cara saya sediakan, hanya menggunakan sayur/ulaman dan buah-buahan tempatan.Setakat ini, saya menggunakan ulam raja, daun pandan & ulam pegaga.Selain senang diperolehi,sekurang-kurangnya saya dapat memartabatkan ulam-ulaman dan buah-buahan tempatan.Ulam-ulaman tempatan juga mempunyai nilai nutrisi yg tinggi.Betul tak? :)

Untuk memaniskan, saya hanya menggunakan buah-buahan segar seperti tembikai, nenas. Kalau tak pun saya capurkan dengan sedikit madu.Tak perlu ditambah gula atau pemanis yg lain.Semuanya bahan2 semulajadi & segar(tiada bahan telah diproses digunakan).

Kebaikan/Kelebihan Jus Hijau
  • Sayur-sayuran dan ulam-ulaman terdiri drpd vitamin, mineral,enzim dan phytonutrient semulajadi.Jus hijau salah satu cara mudah & ringkas 
  • Sebagai bahan untuk nyahtoksik atau detoks.Ulaman & buah-buahan seperti tembikai yg tinggi kandungan air serta nenas yg tinggi enzim, sesuai dijadikan bahan untuk pembuang toksik semulajadi.
  • Membantu dalam penyerapan nutrien agar lebih efisien.Kebanyakan drpd kita sering mengalami masalah di perut.Contoh, ketidakhadaman, kembung perut dan sebagainya yg berpunca drpd tabiat makan "sukahati'".Berapa orang daripada kita yg sejak dilahirkan hanya memakan tanpa proses?Tak pernah kenal apa itu junk food?Hmm.Kalau ada, Tahniah.Ibu kamu sememangnya bijak dalam menyediakan makanan berkahsiat :) Oleh kerana jus hijau hanya diekstrak drpd pati yg ada dlm sayur/ulaman dan buah-buahan tanpa seratnya, maka badan kita hanya menyerap kesemua nutrien tanpa semuanya pergi ke tandas!
  • Salah satu cara untuk menambah bilangan hidangan sayur-sayuran & buah-buahan dalam sehari.Cuba kira, berapa hidangan sayur/buah yg kita ambil?Nak dpt lima hidangan bukan senang.Lima hidangan  tak sama dgn lima jenis buah/sayur ok.Sila rujuk disini untuk bilangan hidangan sayur/buah.Juga, walaupun kita memang penggemar sayur tegar sekalipun, takkan mampu nak makan sebesen sayur/ulam misalnya!
  • Mentah lebih baik daripada yang dimasak.Sayur2an walaupun sangat tinggi khasiatnya, tetapi jika dimasak, maka akan rendah/kurang nilai nutrisinya.Enzim di dalam sayur/buahan yg mentah misalnya,sangat sensitif pd haba.Justeru jus hijau salah satu cara yg terbaik untuk memperolehi 100% nutrisi drpd sayur/buah.


Pahit ke rasanya?Sejujurnya, bila saya gunakan ulam raja, ya.Tapi, sebab ada kemanisan dr tembikai & nenas, jadi rasa pahitnya boleh diterima!Dengan ulam pegaga pula, saya boleh katakan yg paling saya suka.Tiada rasa pahit langsung.
   

Nota Kepada Diri 2

Terjumpa semasa blogwalking.. kata-kata ini sangat bermakna...

Photo

Photo: zaman skrang vs zaman dulu.. berat nanang sek kito.

Photo

Photo: Tergedik-gedik..

Photo: Allahuakbar!!



Wednesday 29 August 2012

Diet Pesakit Kanser Cara Aku

Kadang-kadang aku ditanyakan soalan tentang diet aku sebagai pesakit kanser. Aku rasa cukup kalau aku maklumkan serba ringkas seperti di bawah apa yang aku tidak ambil.

Daging merah
Ayam bandar
Makanan laut spt kerang, udang, sotong dll
Makanan yang diproses seperti biskut, frozen food, junk food dll
Gula Putih (Refined sugar)
Garam Putih (Refined salt)
Tepung putih bertapis (White refined flour)
Semua produk tenusu
Kacang tanah
Makanan segera (Fast food) ie. McD, KFC, ChickKing (KFC punya rival di T’loh) PizzaHut, etc
Makanan yang dikeringkan dan diperam spt ikan kering, pekasam dan belacan

         
                                

      
Semua di atas ni aku tak boleh makan... 

Jadi apa yang aku makan?  

 Semuanya selain dari yang di atas. :) :) Senang cerita, hampir semua yang aku makan sebelum ini, yang menjadi kegemaran aku sudah aku tinggalkan seperti kek coklat, kek keju, donut, McD dan makanan bergoreng. Dan pula, apa yang aku tidak makan atau jarang-jarang makan sebelum ini aku terpaksa makan seperti ulam-ulaman dan sayur masak lemak (santan dan semua produk kelapa adalah bagus pada aku).

 Aku ambil petikan ini daripada satu artikel semasa blogwalking...

Khasiat ulam-ulaman

Terdapat 3 jenis ulam dari golongan herba iaitu pegaga, selom dan ulam raja yang telah dikaji untuk menentukan kandungan antioksidan dan vitamin antioksidan serta kesan ulam tersebut terhadap perencatan sel barah.
   
Pegaga atau nama saintifiknya, Centella asiatica, mempunyai aroma yang unik dan rasa yang pahit.Pegaga telah digunakan secara tradisional untuk mengubati alergi, kanser, cirit birit, merangsang peredaran darah, mengurangkan panas badan, merawat kusta, gonorea, menyembuhkan luka, ulser, lelah, kencing berdarah, reumatisme, dan sakit tekak.
Oenanthe javanica atau selom sejenis ulam yang mempunyai khasiat yang dapat mengubati demam panas yang datang secara tiba-tiba dan dapat menjadi ubat bagi penyakit tekanan darah tinggi.Selain itu, selom juga mampu memberi kesan sebagai agen anti reumatik dan mampu menurunkan paras gula dan kolestrol dalam pesakit diabetis atau kencing manis.
Cosmos caudatus adalah nama botanical bagi ulam raja.Kelebihannya ialah pembersih darah, menguatkan tulang serta merangsang selera makan kerana rasa dan baunya yang unik.
Dari kakian UPM ulaman Malaysia seperti ulam pegaga mempunyai paras antioksidan keseluruhan yang sangat tinggi, diikuti selom dan ulam raja.Ulam-ulaman ini juga menunjukkan paras antioksidaan yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan vitamin E(alfa-tokoferol) dan vitamin C (asid askorbik).Vitamin E dan C merupakan bahan yang diketahui umum mempunyai tahap antioksidan yang sangat tinggi.Bagi kandungan vitamin antioksidan pula, selom mempunyai kandungan vitamin A dan karotenoid yang tertinggi, diikuti oleh ulam raja dan pegaga.Selom juga mempunyai tahap yang tinggi dalam kandungan vitamin C, diikuti oleh pegaga dan ulam raja.
Ketiga-tiga ulam ini telah diuji kesannya terhadap sel kanser menggunakan kaedah in vitro atau kaedah kultur tisu.Pegaga telah terbukti mampu untuk merencatkan pertumbuhan sel kanser kolon atau kanser usus dan kanser payudara.Selom juga mampu membunuh sel kanser kolon dan payudara.Ulam raja pula menunjukkan kesan perencatan pertumbuhan bagi kanser kolon sahaja.Ulam-ulaman ini juga tidak menunjukkan kesan toksik terhadap sel yang normal.

Abang ipar aku adalah perokok tegar (hehehe jangan mare ye abang ipar) tetapi aku dapati beliau teramat jarang diserang penyakit seperti selsema, batuk dan demam dan boleh dikatakan diet beliau setiap hari ialah masak lemak :D . Memang aku tertanya-tanya selama ini… Selepas aku baca artikel tentang minyak kelapa dan pendapat dari Dr. Bruce Fife, ND, barulah aku faham.
Berbalik semula, sudah hampir 6 bulan aku mengamalkan diet ini kecuali hari raya baru-baru ini saja aku membenarkan diri aku “berbuka” sekejap dengan kuih raya, rendang dan kuah kacang dan sebagainya. Sekejap itu pun dalam seminggu juga kiranya aku berjoli makan. :D
Hampir pula aku terlupa, aku ada juga mengambil vitamin-vitamin seperti selenium, vitamin E, multivitamin dan beberapa supplement seperti apple cider dan transfer factor. Selain itu, aku juga mengambil apa yang disuruh di dalam senarai sebelum ini yang bertujuan khas untuk rawatan iaitu protandim, madu & kunyit, air kelapa muda dan MSM/CD. Selain dari protandim yang aku telah mula makan sejak bulan Mei 2012, rawatan yang lain cuma baru-baru ini sahaja.
            
Insyaallah.. Aku akan kemaskinikan senarai di atas dari masa ke semasa.

Tuesday 28 August 2012

Dunia di Sebalik Tabir




Semalam aku baca analisa tentang acara Pembukaan dan Penutup Olimpik 2012 yang telah dikupas oleh Vigilant Citizen (VC). Aku memang menanti-nantikan entry tersebut sejak bermulanya Olimpik 2012 dan ianya memang tidak mengecewakan. Ini link nya http://vigilantcitizen.com/vigilantreport/the-occult-symbolism-of-the-2012-olympics-opening-and-closing-ceremonies/
Acara tersebut disaksikan oleh berbillion-billion orang dan mungkinkah apa-apa yang disaksikan itu tiada apa-apa maksud? Tiada apa-apa tujuan? sekadar hiburan? sekadar memperkenalkan sejarah negara tersebut?
Aku bayangkan diri aku dilantik sebagai seorang pengarah untuk sesuatu acara contohnya, Hari Ulang Tahun Syarikat tempat aku bekerja. Sudah tentu aku akan memikirkan dengan bersungguh-sungguh apakah agenda yang patut aku susun bagi menjadikan acara ini bermakna ie. acara ini sepatutnya hanya memberikan keuntungan kepada syarikat. Sekiranya acara ini tidak disusun dengan teratur dan teliti akan terjadilah pembaziran wang semata-mata. Syarikat memerlukan acara ini untuk membawa ke hadapan misi syarikat (to push their agenda) ie. mendapatkan lebih keuntungan. Setiap acara yang berlaku disesebuah syarikat tidak mungkin hanyalah sebuah acara kosong. Mesti ada makna disebaliknya. Apatah lagi ianya sebuah acara yang disaksikan oleh paling ramai penonton dan dari seluruh pelusuk dunia.
Apa yang tambah menarik ialah komen-komen dari pembaca posting tersebut.
Komen dari Mikkimeen:
“Sehari selepas Olimpik, BBC telah mengeluarkan iklan berikut: youtube.com/watch?v=70sSCvf2L3M
Cuma ingin mengulang apa yang dikatakan “as the sun sets (on the olympics)… darkness rises!
…Juga lirik lagu pembukaan kepada iklan tersebut
Human being to the mob
What’s a mob to a king?
What’s a king to a god?
What’s a god to a non-believer?
Who don’t believe in anything?
Is basically saying –
whats 1 person to a mob? Nothing…
whats a mob to a king…? Nothing, a king can crush a mob
whats a king to a God? Nothing, God can crush a King
BUT! what’s a God to a non believer? Ha – thats how we can defeat God!
Believe in nothing! Lets have REVOLUTION!
And this is the ultimate plan…Ultimate Chaos….
Ordo ab Chao – theforbiddenknowledge.com/hardtruth/order_out_of_chaos.jpg"
Manusia adalah rakyat jelata
Apakah rakyat jelata kepada seorang raja?
Apakah seorang raja kepada Tuhan?
Apakah Tuhan kepada seseorang yang tidak beriman?
Yang tidak percayakan apa-apa (agama)?
Biarkan mereka merancang… sesungguhnya perancangan Allah s.w.t jauh lebih hebat. Cuma aku harap aku tidak dilalaikan oleh mereka. VC mengajak kita melihat segala-galanya dengan minda yang terbuka dan sedar. Bak kata mat saleh…there’s more to it than meets the eye.






Nota Kepada Diri 1

Monday 27 August 2012

Moto untuk Gembira



Baru-baru ini ada seorang teman rapat memberitahu aku moto kegembiraannya atau ‘inner peace’. Inilah apa yang beliau katakan, “My happiness and peace comes from me, just enjoy being me. I live for myself. No longer looking for others’ approval or vindication. No longer a people pleaser.”
(Kegembiraanku dan ketenangan datangnya dari diri aku sendiri, hanya menikmati menjadi diri sendiri. Aku hidup untuk aku. Tidak lagi mengharapkan kelulusan dari sesiapa mahupun pengesahan. Bukan hidup untuk menyukakan orang lain.)
Aku setuju 110% dengan apa yang teman aku katakan sebab masa muda-muda dulu memang itulah moto hidup aku. Akan tetapi bila masa berlalu, ‘musim’ silih berganti, aku jadi lupa.
Moto tersebut mungkin kedengaran macam sedikit pentingkan diri sendiri tapi tidak sebenarnya. Sekarang aku semakin faham moto tersebut. Masa muda-muda dulu memang moto itu aku gunakan ada sedikit untuk kepentingan diri, aku mengaku.;) Akan tetapi , bila usia sudah meningkat sekarang barulah aku rasa aku memahami sepenuhnya maksud yang tersirat.
Terima kasih G sebab mengingatkan aku.



Tolonglah diamkan itik tu!


Ada hari-harinya itik aku tidak berhenti-henti bercakap hingga aku rasakan seperti hendak menjerit. “Tolonglah diam!!”…”kuek, kuek,kuek,kuek,kuek…”…”Dahlah tu….”…”kuek,kuek,kuek,kuek…”..”tidak…”..”kuek,kuek,kuek”..”bukan gitu…”..”kuek,kuek”…


Itik aku menipu. Ia membuat andaian. Ia memadamkan. Ia memutar-belit.
Kebiasaannya aku kalah dengan itik aku. Kalah teruk. Akan tetapi, selepas aku baca satu posting oleh Sean Croxton di sini,
http://undergroundwellness.com/tag/shut-the-duck-up/ aku sudah boleh sedikit mengawal itik aku, paling tidak aku sudah boleh perlahankan sedikit suaranya. Sebenarnya, term ‘itik’ itu pun aku pinjam dari beliau.
“Manusia akan menterjemahkan pengalaman mereka menerusi tutur kata. ‘Itik’ ialah pengalaman kita yang kita tidak luahkan melalui perkataan atau percakapan, ianya apa yang kita cuma dengar dalam kepala (chatterbox). Cara kita melihat dunia akan menentukan tingkahlaku atau perangai kita.
Sistem saraf (nervous system) kita memang suka membuat andaian, memutar belit dan memadamkan segala yang berlaku di sekeliling kita.”
Membuat andaian. Contohnya, semasa sekolah rendah dulu aku pernah dimarah, dicubit hingga lebam dan ditampar oleh guru besar. Disebabkan aku nakal semasa di sekolah menengah, aku kerap didenda oleh warden dan guru-guru. Jadi berdasarkan pengalaman itu aku membuat andaian bahawa guru-guru adalah garang. Hasilnya, apabila aku berjumpa dengan seorang guru, susah untuk aku berkomunikasi dengannya walaupun aku jauh lebih tua darinya.
Ianya boleh jadi baik dan boleh jadi tidak.


“‘Memadamkan’ ialah proses dimana kita cuma memilih untuk memberi perhatian kepada dimensi tertentu terhadap pengalaman kita dan mengecualikan yang lain. (Kalau bahasa kita “sengaja buat-buat lupa…”)
Contohnya, itik aku selalu mengatakan bahawa aku tidak disukai (andaian).
Tiada seorang pun yang sukakan aku. Betulkah? Memang betul ke? Tiada seorang pun dalam sejarah hidup aku yang suka?
Ianya penipuan, membohong, pedooh (kata orang Temerloh)…
Tetapi aku percaya sepenuh hati.
Bayangkanlah bagaimana ianya mempengaruhi interaksi aku dengan orang lain. Aku tidak cuba pun untuk connect dengan orang sebab aku sudah tahu yang mereka tidak sukakan aku. Aku sudah ambil semua pengalaman sosial yang positif dan masukkannya ke dalam junk folder dan delete semuanya."
Aku memang boleh relate dengan yang itu…