Monday 26 November 2012

So When You Lose Ur Way




Lyrics to Always Be There :
Alllahu Akbar…

If you ask me about love
And what i know about it
My answer would be
It's everything about Allah
The pure love, to our souls
The creator of you and me,the heavens and the whole universe
The one that made us whole and free
The guardian of HIS true believers
So when the time gets hard
There's no way to turn
As HE promised HE will Always Be There
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promised HE will Always Be There
HE's always watching us, guiding us

And HE knows what's in our little heart

So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promised HE will Always Be There…


HE brings us out from the darkness into the light
Subhanallah capable of everything
Shouldn't never feel afraid of anything
As long as we follow HIS guidance all the way
Through our short time we have in this life
Soon it'll all be over
And we'll be in His heaven and we'll all be fine

So when the time gets hard
There's no way to turn
As HE promised He will Always Be There

To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promised HE will Always Be There
HE's always watching us, guiding us
And HE knows what's in our little heart

So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promised HE will Always Be There…

Allahu Akbar…

So when the time gets hard
There's no way to turn
As HE promised He will Always Be There
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promised HE will Always Be There
HE's always watching us, guiding us
And he knows what's in our little heart

So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promised HE will Always Be There…

Allahu Akbar…

Saturday 24 November 2012

Mohon Kemaafan

"Maafkan semua orang dan doa supaya semua orang memaafkan kita juga." Itulah kata-kata hikmah dari seorang sahabat.

Itu saja rasanya yang dapat dilakukan. Kalau nak minta maaf dekat semua orang sampai bila-bila pun hasrat tersebut takkan tercapai. Bukannya senang nak jumpa semula dengan tah sesiapa yang kita dah berselisih selama kita hidup ini.

Kadang-kadang tu kita sendiri pun tak tahu yang kita dah pernah melukakan hati si polan sebab niat tak ada tapi mungkin sebab cuai, tak berfikir panjang seterusnya menyebabkan hatinya terluka. Manusia memang tak pernah sepi dari melakukan kesilapan.

Tak tahu berapa ramai manusia yang aku telah berjumpa selama hidup ini, dan tak tahu berapa banyak hati yang telah terluka. Bagaimana sensitifnya hati aku macam itu juga hati orang lain. 

Lepaskan semuanya. Lepaskan mereka.

Moga-moga Allah akan membuka pintu hati semua untuk memaafkan aku juga.

Moga-moga Allah akan memberikan aku ketenangan yang aku cari-cari selama ini.

Saturday 17 November 2012

Sembuh Secara Spontan

Apakah yang membuatkan seseorang sembuh dari sesuatu penyakit secara spontan (spontaneous remission)? 

Spontaneous Remission


Pada tahun 1993, Institute of Noetic Science telah menerbitkan sebuah buku Spontaneous Remission: An Annotated Bibliography. Dalam buku tersebut, pengarangnya Caryle Hirshberg dan mendiang Brendan O'Reagan memberikan definisi spontaneous remission sebagai;

"the disappearance, complete or incomplete, of a disease or cancer without medical treatment or treatment that is considered inadequate to produce the resulting disappearance of disease symptoms or tumor." 

"hilangnya (sembuhnya), keseluruhan atau sebahagian, penyakit atau kanser tanpa rawatan perubatan atau rawatan yang dianggap tidak cukup untuk membolehkan hilangnya simptom-simptom penyakit atau tumor." 

Buku tersebut adalah sebuah kompilasi sebanyak 3500 kes pesakit-pesakit yang telah sembuh secara spontan yang telah dihimpunkan dari 800 jurnal perubatan dari seluruh dunia dari 20 bahasa.

Terdapat kes-kes kanser payudara yang telah sembuh secara spontan tanpa apa-apa rawatan langsung selain dari mengambil "painkiller". Boleh download disini.http://noetic.org/library/publication-books/spontaneous-remission-annotated-bibliography/

Apakah Noetic Science?

Noetic Science menjadi terkenal menerusi buku fiksyen The Lost Symbol, karangan Dan Brown. Walaupun buku tersebut adalah fiksyen tetapi Noetic Science yang diceritakan dalam buku tersebut adalah benar-benar wujud walaupun sedikit sebanyak diperbesar-besarkan. 

Ianya diasaskan oleh astronaut yang ke-6 menjejakkan kaki ke bulan, Edgar Mitchell, iaitu ketika dalam perjalanan pulang ke bumi, beliau telah mendapat kesedaran bahawa adalah mustahil alam semesta ini terbentuk dengan sendirinya seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak. 

Kesan daripada itu beliau lalu membuat banyak kajian untuk membuktikan bahawa potensi kesedaran (conciousness) adalah tidak semestinya menepati sains konvensyenal. 

Ada kajian yang dilakukan oleh institute ini yang telah membuktikan bahawa "niat" (intention) seseorang mempunyai pengaruh yang material.

Bersambung...



Friday 16 November 2012

Cara Gunakan Daun Durian Belanda

Aku baru baca di chrisbeatcancer tentang cara untuk guna daun durian belanda sebagai rawatan kanser.

Caranya ialah dengan merebus 18 helai daun dengan 7 cawan air. Tempoh merebus ialah selama 15 minit dengan api sederhana mulai saat api dinyalakan. link Air rebusan tersebut kemudian dihabiskan dalam hari yang sama sebagai minuman tambahan.

Tips tersebut diberikan oleh seorang pesakit kanser pankreas tahap IV yang telah survive selama setahun setengah dan antara amalannya ialah graviola sebagai chemo semulajadi katanya dengan mengambil daun graviola secara sekali-sekala dan juga memakan buahnya.

Sebelum ini aku memang teringin untuk menggunakan daun graviola kerana di belakang rumah ada dua batang pokok tersebut yang ditanam oleh orang tua aku semasa aku pulang ke rumah selepas baru-baru didiagnosis dengan kanser dan sekarang pokok-pokok itu sudah hampir sama tinggi dengan bumbung rumah. Disebabkan aku tidak tahu bagaimana untuk menggunakan daun tersebut aku KIV lah dulu sebab tak berani dan sekarang bolehlah cuba sebab sudah ada testimoni.

Walaubagaimanapun, graviola akan terneutral dengan madu, vitamin C, DMSO dan MSM jadi adalah perlu sekiranya pengambilan graviola pada sesuatu masa tidak bercampur dengan substans ini untuk menjamin keberkesanan. Ini adalah kerana cara graviola bertindak mematikan kanser adalah bertentangan dengan substans tersebut. http://jomlawankanser.blogspot.com/2012/08/msm-aka-sulfur-organik.html

Monday 12 November 2012

Homeopati & Scan Cara Melayu

                       

Baru-baru ini aku ada terbaca cerita lama tentang Setiausaha Kesihatan Britain (Britain Health Secretary-yang bertanggungjawab ke atas polisi kesihatan negara), Jeremy Hunt,  yang telah di "condemn" kerana meng"condone" perubatan homeopati. 

Ini adalah isi kandungan surat beliau kepada seorang Ahli Parlimen yang tidak bersetuju dengan hal tersebut;

"Dear Mr Ellis,


Thank you very much for your letter regarding EDM 1240 in support of Homeopathic Hospitals. I appreciate that you are disappointed that I added my name to this motion, and read your comments on this issue with interest.
I understand that it is your view that homeopathy is not effective, and therefore that people should not be encouraged to use it as a treatment. However I am afraid that I have to disagree with you on this issue. Homeopathic care is enormously valued by thousands of people and in an NHS that the Government repeatedly tells us is "patient-led" it ought to be available where a doctor and patient believe that a homeopathic treatment may be of benefit to the patient.
I am grateful to you for taking the time to write with your concerns. I realise that my answer will be a disappointing one for you, but I hope that the letter helps to clarify my view.
Yours sincerely,
(Signed)
Jeremy Hunt Member of Parliament South West Surrey"

Berikut adalah motion yang telah ditandatangannya; 

"Early Day Motion he signed in 2007:
That this House welcomes the positive contribution made to the health of the nation by the NHS homeopathic hospitals; notes that some six million people use complementary treatments each year; believes that complementary medicine has the potential to offer clinically-effective and cost-effective solutions to common health problems faced by NHS patients, including chronic difficult to treat conditions such as musculoskeletal and other chronic pain, eczema, depression, anxiety and insomnia, allergy, chronic fatigue and irritable bowel syndrome; expresses concern that NHS cuts are threatening the future of these hospitals; and calls on the Government actively to support these valuable national assets."
           

Menarik. Cubaan UK untuk menjadikan perubatan homeopati sebagai pelengkap (complementary) kepada perubatan ortodox.

Sebenarnya aku cerita tentang homeopati sebab aku baru saja pulang dari sebuah klinik homeopati di Dungun dan ini bukanlah kali pertama aku ke sana. Lawatan yang pertama adalah dalam bulan May yang lepas iaitu kira-kira 2 minggu sebelum aku menjalani radioterapi.

Kesan Positif ke atas Fibroid

Aku mula pergi mendapatkan rawatan di situ selepas melihat kesan perubatan tersebut ke atas adik ipar yang telah sembuh dari fibroid yang sebesar 4cm yang telah dikesan oleh doktor pada hujung tahun lepas. Walaubagaimanapun, dengan kuasa Allah taala ketumbuhan tersebut hilang begitu sahaja selepas mengamalkan homeopati tanpa jemu selama beberapa bulan dan ianya telah disahkan oleh doktor pakar (sebelum disahkan oleh doktor pakar, doktor homeopati tersebut mengatakan ketumbuhan telah tiada tetapi akarnya masih ada) dan adik ipar sekarang sedang sarat mengandung dan tidak lama lagi insyaallah akan menimang seorang lagi cahaya mata. Moga-moga beliau sentiasa sihat dan tabah.

Sukar untuk aku percayai kalau ianya tidak berlaku di hadapan mata kerana ianya bukanlah penyakit yang biasa, tetapi berkaitan dengan tumor.

Scan Cara Melayu

Apa yang istimewa dan membezakan klinik tersebut dengan klinik homeopati yang lain ialah doktor tersebut mempunyai kebolehan untuk 'scan' penyakit iaitu beliau mempunyai firasat tentang tahap-tahap penyakit yang ada dalam tubuh seseorang pesakit.

Kesan Positif ke atas Astma
              
Sekiranya duduk di kawasan Bangi, aku rasa ramai yang sedia maklum dengan cara scan tersebut kerana di sebuah klinik yang terletak di PKNS Bangi juga mempunyai kaedah scan yang sama kerana anak aku juga pernah mendapatkan rawatan penyakit asthma disitu beberapa tahun dahulu dan sekarang boleh dikatakan kesihatan anak sudah banyak berubah kerana dia tidak lagi mengambil nebulizer setiap kali adanya serangan. 

Tidak dinafikan aku memang ada memberi supplemen lain seperti madu dan mungkin ini juga menyumbang  kepada kesembuhan dan kadangkala seseorang kanak-kanak juga berupaya untuk "outgrow" sesuatu penyakit dengan sendirinya. Wallahu'alam, cuma yang pasti masalah asthma ada penyelesaiannya selain dari ubat-ubatan biasa. 

Kesan Positif ke atas Kanser?

Berbalik semula kepada cerita pagi tadi, setelah aku di scan, doktor mengatakan bahawa aku tiada masalah lain, kecuali kuman kanser (dari sudut perubatan alternatif, kanser adalah disebabkan oleh bakteria H. Pylori seperti yang dikatakan di artikel sebelum ini "Punca Kanser Bhg 2".) yang masih ada walaupun sudah menurun daripada 10% (scan pada bulan Mei lepas) ke 4% dan batuk aku adalah disebabkan kesan sampingan ubat-ubatan yang aku pernah ambil sebelum ini. 

Aku percaya apa yang doktor katakan ini benar dan kali ini aku memang nyaris nak melompat atas meja doktor sebab terlampau gembira.

Aku tidak tahu yang mana satu yang berkesan tetapi, ianya berkesan. Sama ada MSM/CD, Budwig diet, Habbatus Sauda dan lain-lain, tidaklah aku ketahui kerana aku ambil terlampau bermacam-macam substans. Boleh jadi semua tetapi yang pasti ianya berhasil. Oh ya, tidak lupa juga mental healing dan PTR Breathing yang cuma baru-baru ini saja aku lakukan. 

Akan tetapi adalah terlampau awal untuk mengatakan yang ianya adalah kesan homeopati kerana aku cuma sempat mengamalkannya selama 2 minggu sebelum bermulanya radioterapi dan seperti yang aku katakan sebelum ini, di entri "Kenapa aku Pulun", walaupun baru lepas radioterapi nodul di atas parut lama akan muncul pada waktu tertentu yang menandakan bahawa kanser masih ada.

Ianya telah tiada lagi mulai bulan Ogos sehinggalah sekarang.

Aku tahu bukan hospital yang mengesahkannya tetapi buat masa sekarang aku akan terus menganggap keputusan ini betul sehingga ianya dibuktikan sebaliknya.

Kesan positif ke atas Pendarahan Otak
          
Ketika aku dalam radioterapi, anak seorang sahabat baik telah dimasukkan ke NICU HUKM kerana kemalangan motorsikal lalu mengalami tengkorak retak dan pendarahan otak. Sekiranya menjalani pembedahan akan ada kesan sampingan seperti mulut akan tertarik ke sebelah dan pula tengkorak yang telah terbuka tidak boleh lagi disambung. Kalau tidak silap itulah yang dikatakan oleh doktor.

Doktor ada juga menyatakan bahawa retakan boleh sembuh begitu juga dengan darah beku tersebut ada kemungkinan untuk hilang dengan sendirinya.

Ketika di wad, doktor memberikan ubat tahan sakit dan memantau sekiranya keadaan bertambah buruk seperti muntah-muntah dan bengkak. Sekiranya bertambah buruk pembedahan terpaksa juga dijalankan.

Keadaan baik ketika dihospital lalu pihak hospital membenarkannya pulang. Ketika di rumah, anak tersebut telah mula muntah-muntah dan sakit kepala. Aku lalu mencadangkan kepada sahabat tersebut untuk menelifon doktor homeopati Dungun ini untuk menanyakan pendapat beliau.

Beliau mencadangkan satu ubat yang boleh dibeli di mana-mana klinik homeopati untuk diberikan kepada si anak dan sahabat yang terdesak ini yang tidak mempunyai banyak pilihan lain telah memutuskan untuk mengambilnya.

Akhirnya, anak ini telah pulih dari simptom-simptom dan tidak menjalani pembedahan dan telah pun menduduki UPSR baru-baru ini.

Aku tidak pasti apa sebenarnya yang membuatkannya pulih tetapi yang pasti si anak memang mengambil ubat homeopati tersebut.

Begitulah serba sedikit pengalaman yang agak bermakna pada aku tentang perubatan homeopati dan scan cara melayu.

BTW, aku suka term "complementary medicine"...

Yang Pasti Hanya Allah swt yang maha mengetahui.. kita hanya mampu merancang dan berusaha...




Thursday 8 November 2012

Aku Lawan Appetite

"Aku Lawan Appetite...."', nak tergelak aku dengar seseorang cakap dekat aku benda tu. Memang betul pun. Aku Lawan Kanser = Aku Lawan Nafsu/Selera Makan.  Mana tidaknya, semua makanan sedap aku sudah tidak boleh jamah kalau diikutkan.

Sudahlah begitu, kena pula ambil cancer killing substans yang rasanya teruk dan baunya busuk. Ok lah kalau ambil sekali-sekala tetapi kalau setiap hari memang betul mencabar kesabaran. Kalaulah dalam hati aku tidak tertanam keinginan untuk sembuh sudah lama aku ucapkan bye-bye pada benda-benda ini.

Aku buat semuanya untuk survival.

Sebenarnya sudah 5 hari aku bertukar dari Budwig diet ke MSM/CD potocol. Bukannya apa aku sudah kehabisan stok flaxseed oil. Cerita tentang Budwig Diet, dulu LFCC yang aku guna ialah jenama Clover dan dari segi rasa ianya OK tetapi yang aku gunakan baru-baru ini ialah dari jenama Bulla (clover habis dijual) dan senang cerita memang seksa betul untuk aku telan. Campur apa pun tidak menjadi. 

Hasilnya? Setelah berjaya menghabiskan dua botol FO ada sedikit kemajuan pada batuk yang sudah sebulan aku tanggung ini. Paling tidak pun bunyi pelik di tekak sudah hilang. Alhamdulillah.

Jadi sekarang aku teruskan pula dengan MSM/CD yang berbau seperti clorox dan rasa yang sesuai dengan baunya tetapi yang bagus tentang protokol ini ialah ianya murah dan seperti yang aku ceritakan sebelum ini tentang kebaikan MSM diantaranya ialah meng'clear'kan asid laktik dalam darah,  membuka sel-sel untuk membolehkan cancer killing substans masuk dan mengeluarkan toksin (kalau sel tidak dibuka, telan banyak mana substans pun tidak begitu berkesan bak kata cancertutor) dan MSM sendiri boleh membunuh mikrob.

Manakala CD (Chlorine Dioxide) pula membersihkan tubuh daripada segala macam mikrob. CD juga dikenali sebagai Jim Humble Protocol. Menurut cancertutor protokol MSM/CD ini juga berkesan untuk AIDS.

Walaupun namanya macam bahan kimia tetapi ia adalah bahan semulajadi dan tergolong dalam perubatan natural.

Kenapa aku tidak menggunakan sahaja MSM/CD dan memilih Budwig diet sebagai primary protocol buat masa ini? Jawapannya kerana batuk yang berlarutan ini membuatkan aku terpaksa mengambil langkah berhati-hati kerana protokol MSM/CD hanyalah untuk stage 1- III seperti yang dinyatakan di cancertutor. Jadi aku akan bertukar semula ke Budwig sebaik saja aku dapat semua bahan-bahan yang diperlukan.

Terus terang aku katakan di sini yang FDA tidak meluluskan penggunaan CD malah meminta sesiapa yang mempunyai MMS di rumah supaya membuangnya. Berkenaan hal ini, aku telah membuat keputusan sendiri-sendiri untuk mempercayai pihak yang "lagi satu". Bak kata ramai cancer survivor..."I take charge of my own health..., they can tell me what to do, but I decide.".

Ramai doktor-doktor yang telah bertukar angin dari ortodox ke perubatan natural telah dihambat keluar dari US dan kebanyakannya telah lari ke Mexico walaupun rawatan mereka telah berjaya merawat beribu-ribu pesakit kanser termasuk kanser tahap akhir.

"Cuba fikir dari sudut ini, sekiranya seseorang mengidap kanser tahap akhir peluang untuk ia sembuh dengan rawatan ortodox adalah KOSONG. Paling tidak, dengan rawatan natural, peluang masih ada. "
-cancertutor.com-


Friday 2 November 2012

Segmen Kata-Kata Semangat




















Photo: Always keep the faith that life will get better ♥






The past does not have to be your prison. You have a voice in your destiny. 

You have a say in your life. 

You have a choice in the path you take.  



Thursday 1 November 2012

Jangan Lupa Bernafas



Walaupun orang kata bernafas itu automatik tetapi kenapa aku sering dapati diri aku sedang menahan nafas? Orang kata kanser tidak boleh hidup dipersekitaran beroksigen jadi kalau aku sering kali menahan nafas cukupkah oksigen di dalam badan aku untuk menghapuskan kanser?

Aku baru perasan perkara tersebut selepas aku terbaca entri terbaru Vernon aka.Vito dalam blognya "My Dance With Cancer" (iaitu seorang cancer survivor, kanser prostat dan mets di tulang, tahap IV. Pihak hospital tidak berupaya melakukan apa-apa dan telah menyuruh beliau pulang saja ke rumah. Beliau akhirnya survive setelah mengamalkan baking soda/molasses). Satu lagi terapi beliau ialah "bernafas" sambil bermeditasi untuk membawa masuk oksigen ke dalam badan. Beliau melakukan pernafasan melalui hidung selama 45 minit ke 2 jam sehari kalau tak silap dan ini beliau namakan PTR Breathing.

Sambil melakukan pernafasan tersebut kadang-kala beliau akan menghalakan oksigen ke tempat-tempat tertentu untuk menghilangkan kesakitan di tempat tersebut dan menurut beliau ianya berhasil.

Terapi tersebut ada kaitannya dengan terapi secara mental kerana beliau sebenarnya menggunakan imaginasi  menghantar oksigen ke tempat-tempat yang sakit dan juga ke seluruh badan dan memaksa tempat tersebut untuk sembuh secara mental.

Ya! memaksa.. Memaksa badan ini untuk sembuh sambil bernafas, membawa masuk seberapa banyak oksigen keseluruh badan. Menarik.

Terapi mental bergabung dengan PTR Breathing aku rasa kesannya mesti positif.

Lagipun kalau baru-baru nak cuba tak payah keluarkan kos pun cuma kena cari lagu yang boleh menenangkan fikiran... lagu apa? Lagu classical yang aku dengar pun cuma Moonlight Sonata, itupun versi Dr. Viossy. :D. Oh ye, Fur Elise pun syok jugak kan tetapi mestikah classikal dan piano?

Aku rasa janji diri rasa tenang lagu apa pun boleh.