Showing posts with label Kimoterapi. Show all posts
Showing posts with label Kimoterapi. Show all posts

Monday, 10 September 2012

Apakah Penyebab Kanser


Di sini aku terjemahkan artikel yang bertajuk “What Causes Cancer”.http://www.cancertutor.com/Articles/What_Causes_Cancer.html
Dengan menterjemahkannya ia membantu aku untuk memahami dengan lebih baik apakah yang menyebabkan kanser.
----------------------------------------------------------------------------
Apakah Penyebab Kanser

Webster Kehr
Independent Cancer Research Centre
Anda tentu berkali-kali menyangka bahawa kanser adalah disebabkan oleh kerosakan DNA. Secara saintifiknya itu adalah mengarut. Sebagai contoh, merokok tidak akan menyebabkan berlakunya kerosakan ginetik yang sangat tepat (highly precise) dalam setiap perokok yang mendapat kanser paru-paru. Sama ada pernyataan (bahawa kerosakan ginetik ialah punca kanser) tersebut dibuat oleh pihak yang betul-betul mempercayainya atau ianya hanyalah tidak lain dan tidak bukan penipuan semata-mata, saya tidak tahu.
Hakikatnya ialah, apabila seseorang memahami apa sebenarnya yang menyebabkan kanser beliau akan faham bahawa adalah begitu mudah untuk menyembuhkan seseorang pesakit yang baru saja didiagnosis dengan kanser. Namun begitu, seseorang pesakit yang ditahap akhir juga akan mendapat kebaikan dari pemahaman jelas tentang apa yang menyebabkan kanser.
Apabila kita bercakap tentang punca kanser kita perlu bercakap tentang dua peringkat yang berbeza.
Disatu peringkat kita bercakap tentang apa yang menyebabkan kanser diperingkat sel (cellular level). Dalam kata lain, kenapa sel normal menjadi sel kanser?
Di peringkat yang satu lagi ialah peringkat tersusun/sistemik (systemic level) iaitu apa yang menyebabkan kanser di peringkat seluruh badan.
Kedua-dua subjek ini adalah berbeza sama sekali.
Kita boleh membuat perbandingan antara dua peringkat ini apabila kita bercakap tentang banjir. Kita boleh bercerita sepanjang hari tentang apa kerosakan yang berlaku setelah ribut kencang seperti air sungai melimpah, tanam-tanaman musnah disebabkan hujan lebat, jalanraya dibanjiri air dll. Akan tetapi, ini hanyalah satu peringkat apabila bercerita tentang hujan. Kita boleh bertanya apakah keadaan-keadaan cuaca yang menyebabkan hujan terbentuk dalam awan.
Oleh yang demikian, saintis akan bercakap tentang apa yang menyebabkan hujan dan dalam warta berita akan bercerita tentang banjir yang berlaku disebabkan hujan.
Ianya perkara yang sama tentang kanser. Perbincangan tentang apa penyebab kanser di peringkat sel adalah berbeza sama sekali dengan apa yang menyebabkan sel di peringkat systemik.
Permulaannya, mari membincangkan tentang kanser di peringkat sistemik.
_________________________________________________________________
Part 1 of 3: Apakah yang Menyebabkan Kanser di Peringkat Sistemik?
Kesemua manusia mempunyai sel-sel kanser di dalam badan!! Siapa saja yang boleh membaca ayat ini mempunyai sel-sel kanser dalam badannya. Namun demikian, Tuhan telah merekacipta tubuh badan kita untuk mempunyai sistem ketahanan (immune system) yang sungguh, sungguh canggih, diantaranya, direka untuk mensasar dan membunuh sel-sel kanser dengan selamat.
Apabila seseorang telah di “diagnosis” dengan kanser, ini bermakna adanya ketakseimbangan diantara sistem ketahanan dan bilangan sel-sel kanser dalam badan. Dalam kata lain, sesuatu telah merosakkan sistem ketahanan dan/atau sesuatu telah menyebabkan amat banyak sel-sel kanser terbentuk.
Hasil dari ketakseimbangan ini ialah satu bilangan yang tidak normal banyaknya sel-sel kanser yang membiak dalam tubuh. Bilangan sel-sel kanser yang meningkat di luar kawalan dan akhirnya seseorang akan di diagnosis dengan kanser.
Pendekatan alternatif atau natural (semulajadi) mempunyai 4-lapisan-

Pertama, tukar diet dan cara hidup seseorang itu untuk menukar “persekitaran dalaman” (“inner terrain”) sehingga menjadikan tubuh bermusuhan dengan sel-sel kanser. (ie. menukar kepada diet beralkali)
Kedua,menguatkan sistem ketahanan dengan meggunakan khasiat-khasiat semulajadi.
Ketiga, menggunakan rawatan-rawatan yang membunuh sel-sel kanser dengan perlahan-lahan dan selamat.

Keempat, menggunakan supplimen untuk melindungi dan memberi tenaga kepada sel-sel bukan kanser daripada kerosakan yang berlaku hasil dari perubatan ortodox (kimo, rads & pembedahan).
Sudah tentu, dalam kebanyakan kes ada pelbagai lagi perkara lain yang diperlukan, akan tetapi yang disebutkan di atas adalah aspek-aspek secara kelazimannya dalam perubatan alternatif.
Dengan berbuat demikian, keseimbangan (di antara sistem ketahanan dan sel-sel kanser) dapat dipulihkan. Pesakit akan sembuh.
Pendekatan perubatan ortodoks, walaubagaimanapun, akan merosakkan sistem ketahanan dengan teruknya oleh kimoterapi, radioterapi dan pembedahan. Ini akan menyebabkan ketakseimbangan bertambah teruk. Rawatan kanser ortodoks juga membunuh sel-sel sihat dan boleh merosakkan organ-organ.
Adalah tidak menghairankan apabila rawatan alternatif diawasi oleh seorang yang pakar ianya mempunyai kadar peratusan yang sangat tinggi untuk sembuh berbanding perubatan ortodoks. Fikirkan ini dengan cermat: Apabila perubatan ortodoks telah berjaya meletakkan seseorang dalam ‘remission’ (ie. kanser beliau nampak seperti telah tiada), mereka telah membuat ketakseimbangan semakin teruk, ianya hampir pasti yang kansernya akan kembali atau yang dinamakan ‘regression’.
———————————————————————
Akan bersambung ke bahagian seterusnya.
(Sebelum aku menterjemah artikel ini aku mendapat berita sedih bahawa seorang bekas rakan sekerja sedang kritikal di HKL kerana kanser otak. Doakan supaya beliau berjaya mengharunginya dan sembuh kembali. Insyaallah.)

Friday, 31 August 2012

Kenapa aku pulun


Breast Cancer Awareness RibbonYang sebenarnya, kanser aku adalah kategori cepat merebak sebab hanya dalam tempoh 6 bulan saja dari tarikh pembedahan pertama aku telah mengalami chestwall recurrence. Walaupun margin pembedahan pertama adalah ‘free’ yakni tiada sel kanser didapati disekeliling tisu yang telah dibedah, aku masih mengalami chestwall recurrence dengan kadar yang begitu pantas sekali malahan, ketika itu aku masih dalam rawatan kimoterapi.

Selepas pembedahan ke-2, masih lagi terdapat tanda-tanda untuk berlakunya chestwall recurrence yang ke-2! Aku telah diminta melakukan re-staging untuk menentukan samada pembedahan seterusnya boleh dilakukan atau tidak dan doktor memutuskan, apa-apapun aku perlu menjalani radioterapi terlebih dahulu. Re-staging menunjukkan tiada apa-apa metastasis berlaku ie. tidak merebak ke mana-mana organ yang lain seperti hati, buah pinggang dll.
Perkara ini tidak pernah aku nyatakan kepada sesiapa pun kecuali suami, sama seperti ketika aku melakukan pembedahan yang kedua, aku tidak memberitahu ibubapaku. Aku memberitahu mereka yang aku pergi ke hospital hanya untuk follow-up. Mereka tidak tahu pun yang aku telah dijadualkan untuk pembedahan pada hari tersebut. Masalahnya, apabila aku terpaksa bermalam diwad jadi suami menasihatkan supaya aku memberitahu saja mereka.
Akan tetapi, seperti yang aku telah berjanji sebelum ini…aku mesti mencuba untuk melepaskan segala-galanya dan inilah yang aku sedang lakukan. Mungkin di blog lebih mudah untuk aku kerana sememangnya aku tidak pandai meluahkan dalam kata-kata, mungkin dalam penulisan.
Bulan lepas iaitu selepas aku menghabiskan rawatan radioterapi aku tahu bahawa kanser aku masih ada walaupun selepas follow up pada 16hb Ogos yang lepas doktor mengatakan “sudah ok semuanya”. Tetapi aku dapati tandanya masih muncul pada waktu-waktu tertentu sama seperti recurrence yang pertama.
Ingin aku nyatakan di sini, alhamdulillah, usaha aku dalam sebulan ini mungkin telah sedikit sebanyak membuahkan hasil dan doa-doa semua yang mendoakan terutama sekali ibuku mungkin telah makbul berkat Ramadhan yang baru saja berlalu. Ibuku baru saja kembali dari tanah suci semalam dan aku tahu beliau tidak putus-putus berdoa untuk kami ketika sebulan berpuasa di sana. Terima kasih ibu...


Tanda-tanda adanya chestwall recurrence telah hilang buat masa ini. Aku berterima kasih kepada Pengarah ICRF yang telah meluangkan masa membantuku dalam memberikan nasihat-nasihat yang teramat berharga dan kerana bersusah-payah membuat website cancertutor.com khas untuk membantu pesakit kanser. Padaku, usaha-usaha beliau adalah teramat mulia. Aku juga berterimakasih kepada suami, keluarga dan rakan-rakan tersayang yang memberikan moral dan financial support.
Walaubagaimanupun, masih terlalu awal untuk aku ‘celebrate’. Aku masih akan teruskan semua diet dan rawatan kerana nasihat beliau aku perlu lakukannya “indefinately”.
Katanya, melawan kanser adalah seperti melawan api yang sedang marak. Aku memerlukan fire hose yang besar dan banyak untuk melawannya. Itulah yang aku sedang lakukan. Doakanlah moga-moga aku dan semua pesakit yang lain, menang. 
Malaysia, selamat menyambut Hari Kermerdekaan.

Sunday, 26 August 2012

MSM aka Sulfur Organik


Ogos 23, 2012
Sejak beberapa minggu yang lalu, aku merasa bebas. Rawatan aku kiranya sudah pun berakhir dan aku cuma menunggu follow-up pada 16hb nanti. Pada aku rawatan ortodoks telah tamat sebab aku memang tiada niat pun untuk mengambil tamoxifen. Kenapa? Sebab aku taknak simptom putus haid dan aku taknak risiko kanser pangkal rahim.
Kali ini aku nekad, aku akan berbuat apa sahaja rawatan alternatif yang termampu untuk “menggantikan” tamox. Akan tetapi, aku buntu kerana aku tidak tahu rawatan apa yang sesuai untuk aku. Aku baca dan baca website cancertutor, tetapi aku tetap kembali ke persoalan asas, aku mesti mendapatkan nasihat daripada pakar.
Dalam entri sebelum ini aku pernah nyatakan bahawa Peraturan no. 1 ialah dapatkan nasihat pakar sebelum memulakan rawatan alternatif dan Peraturan no. 2; Jangan mulakan rawatan alternatif tanpa merujuk kepada pakar terlebih dahulu. Itulah yang dinyatakan di cancertutor.com. Selagi aku menangguh-nangguhkannya, selagi itulah aku tidak akan merasa yakin untuk memulakan apa-apapun. Aku tahu dari pengalaman bahawa mencuba pelbagai protokol sendiri-sendiri tidak mampu menjamin kejayaan. Aku perlukan seseorang untuk memberi petunjuk. Memandangkan vision B17 adalah terlalu memakan kos, dan aku juga tidak tahu tentang pakar-pakar yang lain di negara ini maka aku tiada pilihan.
Oleh yang demikian, aku pun mengutus email kepada salah seorang Pengarah ICRF. Disebabkan aku ingin mencuba protokol-protokol yang disupport oleh beliau, dan beliau memang minta menghubunginya untuk support sekira ingin mencuba. Aku menaruh harapan yang tinggi akan feedback dari beliau dan ianya tidak mengecewakan. Selepas tiga hari, aku mendapat balasan daripada beliau dan beliau menyarankan seperti berikut:

“I assume you saw my article on breast cancer.

http://www.cancertutor.com/Other/Breast_Cancer.html
Hulda Clark's Zapper


We now think that breast cancer is caused by an infection in the liver, which would require something like a Hulda Clark Zapper (since you cannot afford a M.O.P.A.) to clear out. The electrodes would go from the left wrist to left ankle and then from the left wrist to the right ankle. We don’t have a recommended vendor yet. Maybe someone can build you a device that is a 4 Hz square wave device that goes up to 6 milliamps (they would know what this means).
The best way to use turmeric is with honey. Honey can help the tumeric target the cancer cells. It is listed in the article in inexpensive protocols:
http://www.cancertutor.com/faq/faq_inexpensive.html
Honey and cinnamon is also very, very good.
Durian Belanda (graviola)


Graviola isn’t going to work when you are using any treatment with honey, MSM, DMSO or Vitamin C. These things will neutralize the way that graviola works, but there is no harm in taking it.

Silver Pulser untuk The Bob Beck Protocol

The Bob Beck would help, but it takes several months to become effective.
Kristal MSM

MMS apabila dicampur  dengan asid sitrik akan menghasilkan klorin dioksaid.

The MSM/chlorine dioxide (MSM/CD) and other MSM protocols are very effective, but you must also deal with the liver infection.
You should pick at least 6 treatments (including at least one MSM protocol) from the inexpensive protocols article.

Let me know if you have more quesitons.”

Setelah menceritakan serba ringkas sejarah perubatanku, aku telah mengemukakan beberapa pertanyaan iaitu 1) bagaimana untuk menggunakan kunyit dan daun durian belanda, 2) apakah protokol-protokol yang tidak memakan belanja yang sesuai dalam kes aku (aku tidak mampu untuk membeli MOPA tetapi berminat untuk mencuba Plasma-Beck Protocol)? Dan jawapan beliau adalah seperti di atas.
Aku kemudiannya telah memilih beberapa jenis rawatan dari senarai “Inexpensive Cancer Treatment” seperti yang beliau sarankan seperti berikut lalu minta pendapat beliau mengenainya;
1. Hulda Clark Zapper
2. The Bob Beck Protocol
3. MSM/CD
4. Protandim
5. Honey & Tumeric
6. Coconut water


Setelah membaca semula link tentang breast cancer yang diberikan oleh beliau seperti di atas, barulah aku sedar bahawa aku mempunyai 8 tampalan gigi dan 2 daripadanya adalah tampalan merkuri. Apa yang lebih mengejutkan ialah aku memang mempunyai masalah gusi bernanah yang terletak jauh di atas gusi gigi geraham kecil yang telah ditampal sebelum ini. Ianya tidak sakit malah tidak terasa langsung akan kehadirannya kerana saiznya yang kecil. Selama ini aku sangkakan ianya hanyalah ulser. Aku rasa itulah yang digelarkan jawbone infection di dalam artikel beliau.
Respon daripada beliau;
“No conflicts.

As long as you are going to use honey and turmeric you might as well use honey and cinnamon. But get a Viet Namese brand of cinnamon from a health food store.
Here is the infor on the Navarro Urine test:
http://www.new-cancer-treatments.org/Articles/Determine.html
Let me know what brand of Zapper you buy and how you like it. Hint: after using it a few days you should have some very interesting “stools” from the liver. We are starting to research the brands.
Hopefully, this will be strong enough, but if not, let me know. There are much stronger protocols, but some of them do cost more.

It is critical to get the liver cleaned out!!

Dengan itu, aku pun mula meng’order’ apa-apa yang patut dan termampu dari internet iaitu MSM dan MMS + Citric Acid untuk protokol MSM/CD. Zapper dan magnetic pulser masih lagi ditangguhkan. Terpaksa. Navarro test kit pun sama.
Keadaan kewangan kami sekarang memang teruk… Memang dugaan dari Allah. Boleh dikatakan, banyak nikmat yang telah dikuniakan olehNya telah diambil semula olehNya… Walau apapun aku bersyukur kerana masih mempunyai keluarga yang tegar menyokong, barah yang masih dapat dikawal dan peluang untuk hidup juga peluang untuk membetulkan diri.
Aku akan sambung di entri seterusnya tentang MSM aka sulfur organik.

Saturday, 25 August 2012

Protandim Antioksidan yang Terhebat dan Rawatan Alternatif -Bhg II

Julai 4, 2012
 

Aku mula terbaca tentang protandim di cancertutor.com. Mulanya aku tidak berapa berminat untuk google tentang protandim tapi apabila aku terpaksa juga buat radioterapi aku pun baca sekali lagi di bawah topik “If Still on Chemo or Radiation”. Di situ disenaraikan 5 peraturan ketika seseorang masih lagi dalam rawatan chemo atau radiasi iaitu;
Rule 1 – Jangan gunakan electromedicine protocol.
Rule 2 – Makan Protandim
Rule 3 – Minum air kelapa muda
Rule 4 – Gunakan MSM atau DMSO sebelum chemo
Rule 5 – Makan Aloe Arborescens
Jadi aku pun mulalah google tentang Protandim dan daripada apa yang aku baca ianya memang sangat menakjubkan tapi tak tahulah sama ada boleh percaya atau tidak. Akan tetapi, memandangkan aku tiada “senjata” lain untuk menghadapi rt dan ianya adalah saranan cancertutor, jadi aku pun cari vendor yang boleh dipercayai di internet dan order lah, apa lagi. Nasib aku kira baik sebab aku dapat vendor yang sah lagi baik hati yang tak mengenakan langsung caj shipping walaupun ianya dihantar dari US, malah beliau juga turut memberikan diskaun.
Selepas beberapa hari mengambil Protandim aku sudah merasai perubahan ketara dari segi tenaga. Kelesuan pada sebelah petang sudah tiada. Sebelum ini, masuk pukul 5 petang aku dah tak boleh buka mata. Jadi aku pun dah ter’amazed’ lah dengan produk ni. Dan sekarang, aku tak rasa yang aku mampu berulang-alik T’loh-KL untuk menjalani rawatan radioterapi tanpa Protandim. Semuanya dengan izin Allah.


Jadi apa dia Protandim?

Menerusi website undergroundwellness.com (Sean Croxton), ianya 1,000,000 kali lebih efektif berbanding anti-oksidan biasa, dan beliau boleh membuktikannya. Di bawah ini, aku cuba terjemahkan dan ringkaskan serba sedikit artikel beliau.
1. Keputusan yang tidak dapat disangkal. Selepas 2-5 hari menggunakannya beliau perasan bahawa beliau pulih dari kelelahan selepas melakukan workout lebih cepat dari biasa. Beliau boleh melatih otot yang sama berulang-ulang kali tanpa rasa lenguh. Tidak berapa lama, kulit kelihatan berseri-seri dan tenaga meningkat pada sebelah petang yang lazimnya adalah menurun.
          
Perbezaan sebelum dan selepas menggunakan protandim
2. Sains yang nyata. Kajian-kajian yang dijalankan adalah menggunakan finished product bukannya setiap bahan-bahan diambil secara berasingan (seperti yang lazim berlaku dalam kajian-kajian, yang beliau namakan “borrowed research”). Dalam ertikata lain, subjek telah mengambil Protandim.


Kajian-kajian ini sebahagian besarnya adalah peer-reviewed bermaksud kajian mengenai Protandim adalah dibawah pemantauan sebuah panel terdiri dari pakar-pakar yang layak dalam bidang biologi anti oksidan. Kemudiannya, kajian-kajian ini diterbitkan di dalam jurnal-jurnal yang berprestij seperti The Journal of American Heart Association dan Free Radical Biology and Medicine.
Dari 10 kajian yang diterbitkan di dalam jurnal-jurnal ini hanya 2 kajian yang telah dibiayai sendiri oleh LifeVantage iaitu pengilang produk ini. Selebihnya iaitu 8 kajian lain telah dibiayai oleh universiti-universiti dan pelbagai institusi yang melakukan penyelidikan ini.
Selepas beliau membaca kajian-kajian ini beliau tak percaya. “To say I was intrigued was an understatement. Why hadn’t I heard of this before?”, seperti yang dinyatakan oleh beliau.
3. Bukan Anti-oksidan Biasa. Anti-oksidan langsung ialah yang menerusi diet seperti vitamin A,C dan E. Walaupun berguna tetapi kebolehannya untuk meneutralkan radikal bebas adalah terhad. Radikal bebas ialah scavenger yang menyebabkan kerosakkan kepada 50 ke 70 trilion sel-sel badan.
Proses kerosakan ini dinamakan oxidative stress yang dihubungkaitkan dengan lebih 200 penyakit dan keadaan!



Anti-oksidan biasa akan meneutralkan radikal bebas satu persatu. Contohnya, satu molekul vitamin C akan menetralkan satu free radikal kemudian tugasnya tamat ie. “pakai buang”. Ianya mungkin membantu dalam mengurangkan kerosakan cellular tetapi ianya adalah proses yang tidak cekap.

Kenapa? Kerana sel-sel menghasilkan 300 sextillion radikal bebas sehari. Ianya nombor 300 ditambah 21 kosong dibelakang.
300,000,000,000,000,000,000,000 – Radikal bebas dihasilkan setiap hari.
Untuk meneutralkan radikal bebas sebanyak itu anda boleh memakan 375 biji oren atau 120 biji vitamin C 500mg sehari.
4. Tekan suis. Rahsia yang tersimpan dalam industri antioksidan ialah hakikat bahawa sel-sel boleh menghasilkan sendiri enzim-enzim antioksidan seperti glutahione iaitu badan anda punya “master antioxidant and detoxifier”. Enzim-enzim ini meneutralkan radikal bebas pada kadar sejuta sesaat.

Penyakit-penyakit akibat radiasi bebas

Apabila usia semakin meningkat penghasilan enzim-enzim pelindung ini semakin berkurang, menyebabkan ketahanan anda terhadap penyakit juga berkurangan.
Kombinasi 5 bahan semulajadi dalam Protandim akan membangunkan sel-sel anda yang sedang tidur dengan mengaktifkan sejenis protein bergelar Nrf2, yang mana akan menghantar maklumat kepada genes anda untuk menghasilkan lebih banyak enzim-enzim antioksidan, anti-inflammatori dan anti-fibrotic.
Apakah kepentingannya mengaktifkan Nrf2? Berdasarkan kenyataan pakar antioksidan terkenal Dr. Nicholas Perricone, “Penemuan substan yang boleh mengaktifkan Nrf2 yang sangat dilindungi oleh faktor transkripsi ialah kunci kepada menghindari banyak penyakit”.
Inilah yang dilakukan oleh Protandim! Ia menekan suis genes yang melindungi anda dan mematikan suis genes yang menyebabkan penyakit dan mempercepatkan penuaan.
Selepas 30 hari sahaja, Protandim akan mengurangkan oksidative stress anda sebanyak 40%, menjadikan level anda seperti level remaja berusia 20 tahun!
5.Apakah bahan yang terkandung?. 5 bahan semulajadi yang aktif di dalam Protandim:
- Milk Thistle Extract (Silybum marianum)

- Bacopa Extract (Bacopa monnieri)

- Ashwagandha (Withania somnifera)

- Green Tea Extract (Camilia sinesis)

- Turmeric Extract (Curcuma Longa)

           
Kesemuanya telah digunakan dengan selamat selama beribu-ribu tahun dahulu oleh perubatan cina dan ayuveda. Ianya adalah sinergi dari tumbuh-tumbuhan ini yang menghasilkan kekuatan produk ini.

Ada lagi kalau nak cerita, saintis yang membuat formula ini Dr. Joseph McCord, penerima anugerah1997 Elliott Cresson Medal. Anugerah ini meletakkan beliau seangkatan dengan penerima-penerima yang sebelum ini termasuklah Henry Ford, Alexander Graham Bell, Pierre and Marie Curie dan Orville Wright.


Aku rasa cukup lah setakat ini tentang protandim walaupun banyak lagi boleh diceritakan. Cukuplah aku sebut disini yang ianya turut disarankan sebagai salah satu “strong stage III cancer protocol” oleh cancertutor.com

Dan lagi satu, sekarang ni kakak-kakak aku dan mak aku pun dah mula ambil protandim…sebab tengok perubahan pada aku la tu… memang muka aku dah bersih sikit sekarang berbanding selepas kimo. Muka aku dulu penuh dengan ruam dan syringoma di bawah mata dah melarat sampai ke bawah-bawah. Mungkin aku alergik dengan ubat-ubatan kimo dan ditambah lagi dengan toksin yang terhasil? Alhamdulillah sekarang dah ada perubahan. Terima kasih kepada Protandim dan ‘oil pulling’. Aku betul-betul berharap yang aku boleh kongsi produk ni dengan ramai lagi rakyat Malaysia.
Oil pulling? Apa tu? Nanti aku cerita dalam entri seterusnya.