Keberkesanan Teknik Penyembuhan Secara Mental. Link
Petikan dari artikel tersebut.
"Buat masa ini, teknik menggambarkan (imagery), atau membayangkan (visualization) adalah teknik yang paling popular antara teknik-teknik penyembuhan menggunakan mental. Ianya hanyalah tidak lebih dari melatih (rehearsing) pengalaman yang kita mahukan menerusi daya imaginasi--dengan tujuan yang tepat iaitu menghalakan minda bawah sedar (subconscious) untuk menjadikan pengalaman tersebut suatu realiti.
"Dr. Bernie Siegel, yang telah menggunakan visualization secara meluas dengan pesakit-pesakit kanser, menerangkan bagaimana ianya berfungsi untuk menyembuhkan dengan cara menganalisa keberkesanan teknik tersebut ketika melatih suatu pasukan yang sangat berjaya iaitu pasukan atlit yang dipunyai oleh dahulunya Soviet bloc:
"Visualization mengambil kesempatan ke atas apa yang kita gelar sebagai satu "kelemahan" dalam tubuh: Ianya tidak berupaya membezakan di antara bayangan mental yang terang dan jelas (vivid mental experience) dengan suatu pengalaman fizikal sebenar (an actual physical experience)...
"Jurulatih di Eropah Timur kebiasaannya mengarahkan para pelajar dan atlit mereka untuk berbaring sambil mendengar lagu yang mententeramkan perasaan lalu kemudiannya membayangkan, dalam warna-warni dan secara terperinci, suatu persembahan yang memenangi kejuaraan. Ini kemudiannya diulangi sehinggalah persembahan fizikal hanya menjadi duplikasi daripada persembahan secara mental tadi yang telah dibayangkan dengan jayanya. Soviet telah menyelidiki bahawa atlit yang meluangkan masa sebanyak tiga-perempat daripada masa mereka ke atas latihan mental adalah lebih berjaya berbanding mereka yang lebih memberi penekanan terhadap persediaan fizikal." Sekiranya latihan mental boleh melatih tubuh atlit, ianya boleh juga secara teorinya dilatih untuk melawan penyakit. Terdapat banyak eksperimen telah dijalankan tentang bagaimana kekuatan mental dapat mengubah sistem imunisasi badan seperti yang dilakukan oleh Dr. G. Richard Smith, Acterberg & Lawlis, Alberto Villoldo dll. Secara ringkasnya, pengaruh kuasa daya pemikiran, kepercayaan (beliefs), tingkahlaku (attitudes) dan emosi boleh meyembuhkan. Akan tetapi, pengaruh yang bertentangan boleh mendatangkan penyakit. "Dua perkara yang memberi pengaruh buruk kepada kesihatan adalah stres dan kesedihan terutamanya apabila kesedihan bercampur dengan kesunyian. Dalam pertengahan abad yang lalu, Walter Cannon telah menemui bahawa keadaan emosional yang keterlaluan boleh merangsangkan limpa, organ yang memainkan peranan besar dalam ketahanan badan."
"Keberkesanannya telah terbukti bahawa bayangan mental (imagery) dapat menyembuhkan tubuh badan dan ia mempunyai dua implikasi penting. Pertama adalah ia mengesahkan bukti-butkti lain bahawa daya pemikiran boleh menyembuhkan. Keduanya adalah, penyembuhan secara mental bukanlah proses yang tidak mampu dilakukan oleh sebahagian besar dari kita. Walaupun kita berbeza dari segi keupayaan untuk membayangkan (visualize), kebanyakkan dari kita boleh mengaplikasikan teknik ini untuk beberapa tahap. Terapi mental yang efektif telah pun sedia wujud dan sedia ada untuk sesiapa sahaja yang mahu menggunakannya."
Dr. Johanna Budwig dilahirkan di Germany tahun 1908. Beliau telah meninggal dunia tahun 2003 ketika berusia 95 tahun. Beliau dikenali sebagai "European Cancer Research Scientist, Biologist, Blood Specialist, German Pharmacologist dan Physicist." Dr. Budwig telah dicalonkan sebanyak tujuh kali untuk anugerah Nobel Prize.
"Pada tahun 1952, di Germany beliau adalah Central Government Senior Expert untuk "fats and pharmaceutical drugs". Beliau dianggap sebagai salah seorang dari "world leading authority" tentang minyak dan lemak (oil and fats). Penyelidikan beliau telah menunjukkan kesan yang sangat besar tentang pemprosesan minyak dan lemak secara komersial terhadap memusnahkan membran sel dan merendahkan voltan dalam sel-sel badan, yang mana akan menyebabkan penyakit kronik dan yang membawa maut. Apa yang kita telah terlupa ialah kita adalah tubuh elektrik (body electric).
Tubuh Elektrik dan Medan Elektron Lemak & Minyak
"Sel-sel dalam badan kita dihidupkan oleh elektrik (fire electrically). Sel-sel mempunyai nukleus ditengah-tengahnya yang mempunyai cas positif dan membran sel, yang merupakan selaput luar sel, adalah bercas negatif.
"Dr. Budwig telah membuat penemuan bahawa apabila minyak (unsaturated fat) telah dirawat dengan bahan kimia, kualiti minyak tersebut telah dimusnahkan dan medan elektron telah dihilangkan. Pemprosesan minyak secara komersial ini telah memusnahkan medan elektron yang diperlukan oleh membran sel dalam tubuh untuk ianya mengeluarkan elektrik ie. berfungsi dengan betul.
Kebolehan lemak-lemak untuk berkait dengan protein dan seterusnya menjadi larut dalam cecair tubuh badan - kesemua ini telah dirosakkan. Bak kata Dr. Budwig, "Bateri telah mati kerana elektron-elektron dalam lemak dan minyak ini (yang telah ditapis atau refined menggunakan bahan kimia) yang mengecasnya semula". Apabila elektron telah dimusnahkan, minyak dan lemak tidak lagi aktif lalu tidak dapat mengalir masuk ke dalam kapilari dan melepasi rangkaian kapilari yang halus. Di sinilah masalah pengaliran (curculation) akan timbul.
Tanpa metabolisma lemak yang sewajarnya dalam tubuh badan, kesemua fungsi penting dan organ akan dipengaruhi. Ianya termasuk pembentukan hidup baru dan sel baru. Badan kita menghasilkan lebih dari 500 juta sel dalam sehari.
Dr Budwig points out that in growing new cells, there is a dipolarity between the electrically positive nucleus and the electrically negative cell membrane with it’s high unsaturated fatty acids. During cell division the cell and new daughter cell must contain enough electron rich fatty acids in the cells surface area to divide off completely from the old cell. When this process is interrupted the body begins to die. In essence, these commercially processed fats and oils are shutting down the electrical field of the cells allowing chronic and terminal diseases to take hold of our bodies.
"Dr. Budwig menunjukkan bahawa dalam membina sel-sel baru, terdapat satu dipolarity diantara nukleus yang bercaj positif dan sel membran yang bercaj negatif yang mempunyai lemak tak tepu yang tinggi. Ketika pembahagian sel, sel tersebut dan sel baru anak mestilah mempunyai fatty acids kaya elektron yang mencukupi pada kawasan permukaan sel supaya ia dapat membahagi dengan sempurna daripada sel lama. Apabila proses ini diganggu tubuh akan mula mati. Dalam intipatinya, lemak dan minyak yang diproses secara komersial adalah mematikan medan elektrik sel-sel lalu membenarkan penyakit kronik dan membawa maut dihidapi oleh tubuh kita.
"Contoh yang baik ialah tumor. Dr. Budwig mengatakan bahawa "Pembentukan tumor kebiasaannya adalah seperti berikut. Di tempat-tempat dimana berlakunya banyak proses pertumbuhan, seperti kulit dan membran, organ-organ glandular, contohnya, hati dan pankreas, ataupun kelenjar dalam perut dan usus kecil--di sinilah dimana proses pertumbuhan telah diberhentikan. Disebabkan tiada dipolarity, kerana kurangnya minyak yang kaya elektron, proses pertumbuhan telah terganggu--permukaan--lemak aktif tidak ada; substans menjadi tidak aktif sebelum sempat matang dan proses penanggalan sel (shedding proses) langsung tidak berlaku, dan hasilnya adalah pembentukan tumor.
"Beliau menyatakan bahawa ianya boleh diterbalikkan dengan pengambilan makanan ringkas, cottage cheese dan minyak flaxseed, yang mana akan memperbaiki proses tumbesaran yang telah terbantut. Ini akan menyebabkan tumor atau tumor yang ada larut dengan sendirinya dan keseluruhan simptom yang menandakan "bateri mati telah disembuhkan".
"Penemuan Dr. Budwig iaitu apabila beliau mencampurkan flaxseed oil, yang mana mempunyai kuasa penyembuahan semulajadi dan lemak yang kaya dengan elektron-elektron penting, manakala cottage cheese, yang kaya dengan protein sulfur, tindakbalas kimia tersebut menghasilkan minyak yang larut air seterusnya mudah diserap ke dalam membran sel.
Petikan dari artikel
The Budwig Diet
Cottage Cheese and Flaxseed Oil
Oleh: Mike Vrentas (ICRF)
-------------------------------------
Aku ringkaskan, apabila kita mengambil lemak dan minyak yang telah diproses yang tertulis "refined, hydragenated dan partially hyrogenated" contohnya, kita sebenarnya telah mengambil minyak atau lemak yang sudah mati-dead oil. Minyak yang mati tidak mempunyai elektron (caj negatif) yang diperlukan oleh membran (termasuk otak) yang penting untuk proses pembahagian sel ie. pembinaan sel-sel badan.
Apabila proses pembahagian sel ini terbantut, sel tersebut tidak akan terpisah dari sel lama, ianya akan berkumpul dan berkumpul lalu terbentuklah tumor.
Pengambilan berterusan minyak flaxseed yang kaya elektron akan menyebabkan proses yang terbantut ini disempurnakan jadi tumor akan hilang dengan sendirinya kerana sel-sel terbantut tadinya yang berkumpul lalu menjadi tumor telahpun membahagi dengan sempurna lalu akhirnya tiadalah sel-sel tumor.
Lemak dan minyak mati tadinya akan berkumpul disaluran-saluran darah kerana ia tidak berupaya menembus masuk ke kapilari-kapilari dan seterusnya menyebabkan salur darah tersumbat lalu terhasillah penyakit kronik yang lain-lain.
Bertahun-tahun dahulu aku pernah menonton filem Lorenzo's Oil yang berdasarkan sebuah kisah benar yang menceritakan kegigihan sepasang suami isteri yang mencari penawar bagi anaknya yang menghidap penyakit ALD yang boleh membawa maut. Ketika itu penyakit tersebut masih tiada ubat dan pasangan ini berusaha sedaya upaya mereka hingga akhirnya mereka menemui cara memberhentikan penularan penyakit tersebut.
Pasangan tersebut mendapati bahawa terdapat sejenis minyak yang diperlukan dalam diet anak mereka iaitu minyak yang diasingkan daripada rapeseed dan zaiton. Mungkin kerana aku telah menonton filem ini aku menjadi tidak begitu skeptikal apabila terbaca tentang penemuan Dr. Budwig ini.
Menurut Dr. Budwig, beliau mempunyai 100% kadar kesembuhan dalam merawat pesakit-pesakit kanser dengan menggunakan diet flaxseed oil dan cottage cheese dan pula pesakit-pesakit yang dirawat oleh beliau kebiasaannya adalah pesakit yang "dihantar pulang untuk mati" oleh pihak hospital.
------------------------------ Untuk diet ini apa yang diperlukan ialah;
1)Organic Cold-Pressed Flaxseed oil (FO)
(Mesti yang disimpan dalam peti sejuk kedai seperti yang terjual dikedai-kedai kecil organik. Di pasaraya besar seperti Cold Storage, Jaya Grocer, Jusco kebiasaannya ianya tidak disimpan dalam peti sejuk walaupun tertulis di botol "keep refrigerated" begitu juga di GNC. (itu awal tahun dulu, sejak itu aku sudah tidak pergi lagi ke sana) Jangan beli sekiranya tidak disimpan dalam peti sejuk kerana FO tersebut telah pun rancid dan adalah merbahayakan kesihatan sekiranya digunakan. Baca disini.) 2) Organic Low Fat Cottage Cheese (LFCC)
Ada dijual di Cold Storage Great Eastern Mall
3) Immersion Blender (Hand Blender)
Digunakan untuk mencampurkan dengan sebati FO & LFCC, boleh juga gunakan blender tetapi tidak berapa efisyen. Ada dijual di Tesco.
4) Organic Flaxseed
Boleh didapati dimana-mana kedai organik atau seksyen organik dimana-mana pasaraya. Sama saja golden atau tidak walaupun golden flaxseed lebih mahal.
5) Blender Kering
Untuk mengisar flaxseed.
Cara-caranya: 1. Dengan nisbah 1:2, FO kepada LFCC, campurkan 3 sudu FO dengan LFCC. Blend sehingga tiada minyak kelihatan di sekeliling sebatian tersebut. Ianya akan mempunyai texture seperti cream cheese setelah diadun dengan gula cuma rasanya masam masin bukannya masam manis.
2. Kisar flaxseed lalu taburkan di atas sebatian FO/LFCC tersebut. Sedia untuk dimakan dan perlu dihabiskan dalam tempoh 15 minit kerana flaxseed yang telah dikisar teramat cepat teroksida lalu menjadi rancid. Boleh dimakan bersama buah-buahan seperti anggur, nenas dll atau sayur-sayuran seperti brokoli, kobis dll.
Tips: Sekiranya FO terasa pahit dan berbau menyengat, kemungkinan besar ianya rancid. FO sepatutnya berbau kekacang dan cuma sedikit kelat dan apabila dicampur dengan LFCC kekelatannya tidak berasa langsung malah agak sedap juga. Berdasarkan pengalaman aku sekiranya setelah dicampur dengan LFCC terdapat rasa pahit maka memang sah FO tersebut telah rancid bukannya apa aku telah terbeli 3 botol FO yang rancid, membazir betul...
Sekira berminat dengan diet ini, lakukan penyelidikan sendiri di internet atau beli buku-buku Dr. Budwig yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris di Amazon, kerana ia mungkin boleh menyelamatkan nyawa??
Tajuk tu gimmick je... sebenarnya lebih tepat lagi "Dari Tubuh Kita". Heavy metal yang nak diceritakan bukanlah merujuk kepada genre muzik :D tapi heavy metal secara literal ie. lead, merkuri, aluminium, nickel, heavy metal radioaktif etc..
Kita selalu dengar yang radikal bebas (free radical) menyebabkan pelbagai jenis penyakit dan penuaan tetapi pernahkah dengar yang heavy metal pun sama??
"The toxic effects of heavy metals and chemicals are increasingly being recognized by the medical profession as the root cause underlying much of mankind's suffering. The December 1992 issue of The American Family Physician, published by the American Academy of Family Physicians, devoted an entire article to the signs, symptoms and causes of mercury toxicity, and also recommended chelation therapy as the treatment of choice for this affliction. In January 1993, the journal spoke of the ill effects of lead toxicity and recommended chelation therapy for this problem as well. Both mercury and lead can inflict terrible damage upon any tissue."
"Mercury is a Universal Poison. Mercury toxicity can cause nearly every disorder known to man. "
-Karl Loren, Penyelidik, Ahli Falsafah
Tahukah anda bahawa tampalan gigi berwarna perak (silver) adalah mengandungi merkuri dan punca kepada kanser terutamanya kanser payudara? Aku baru tahu. Check out link ini
Tahukah anda vaksin adalah loaded dengan merkuri. Sekiranya ia dikatakan bebas merkuri, ianya loaded pula dengan aluminium. Ianya digunakan sebagai bahan pengawet.
Penyakit yang disangkut-pautkan dengan heavy metal toxicity ialah penyakit-penyakit kronik yang tiada penyembuh seperti kanser, sakit jantung, multiple sklerosis, alzhiemer...anda namakan saja. Semuanya disebabkan oleh heavy metal dalam badan. Haha...sekarang aku baru faham kenapa semua orang bergasak-gasak beli penapis air yang berharga beribu-ribu ringgit yang suatu masa dulu aku rasakan ianya memang suatu pembaziran.
Tahukah anda bahawa heavy metal adalah punca kepada radikal bebas? Aku baru tahu.
Sekiranya berminat untuk tahu lebih lagi bagaimana oral chelation boleh merawat pelbagai penyakit terutama sakit jantung boleh buka link Karl Loren di sebelah. Beliau adalah seorang penyelidik yang amat disegani dalam bidang perubatan alternatif dan beliau adalah pengasas formula kepada oral chelation Life Glow yang diendorse oleh ICRF.
Oral chelation ialah cara untuk mengeluarkan heavy metal dari dalam tubuh. Alah, ianya hanyalah sama seperti vitamin namanya saja yang fancy. Aku baru menerimanya (Life Glow Plus) daripada AS tetapi malangnya aku tidak memeriksa status halal produk tersebut sebelum membeli dan ianya tidak halal. Walaubagaimanapun, aku telah sempat makan sebanyak 20 biji sebelum perasankannya. :(
Life Glow Basic tidak mengandungi bahan berasaskan haiwan kecuali kapsul yang diperbuat dari bovine. Boleh buka capsul dan makan kandungannya saja, jadi aku akan order produk tersebut. Akan tetapi, adalah dinasihatkan untuk mengambil sekali colloidal mineral bersama dengannya.
Selain dari oral/IV chelation ialah mengambil spirulina/chlorella (detox merkuri shj), dos tinggi MSM dan Vitamin C.
Malah, Vitamin C boleh dijadikan kayu ukur kepada tahap toxicity badan. Boleh baca di chrisbeatcancer tentang bagaimana caranya. Secara ringkasnya, makan Vitamin C sehingga kita mencecah tahap bowel tolerence ie. cirit birit/loose stool. Sekiranya bowel tolerence pada 13gram ke atas menandakan badan bertoksik. Semakin badan bertoksik, semakin kebal terhadap Vitamin C.
Sekiranya mengambil Vitamin C, elakkan dari yang mengandungi Aspartame/saccharin kerana bahan tersebut sendiri adalah penggalak kanser dan boleh menyebabkan sel-sel otak mati. Migraine dan depression juga adalah disebabkan oleh aspartame. Beli Vitamin C dos tinggi seperti 500mg atau 1gm sebiji. Kalau dapat yang powdered lagi bagus tapi di Malaysia susah, kena order on-line.
Yang penting detoxkan badan daripada heavy metal!!!
Menurut artikel yang ditulis oleh David Blyweiss, MD, Advance Natural Medicine, bertarikh 23 Mac 2012 beliau mengatakan; 1. Buah delima (pommegranate) boleh membantu apabila hormon kita berpaling tadah "Apabila lelaki dan wanita semakin meningkat usia, risiko untuk mendapat kanser prostat dan payudara juga meningkat. Adalah didapati bahawa buah delima mempunyai kesan untuk menghentikan sel-sel yang menghasilkan hormon yang memberi inspirasi kepada kedua-dua jenis kanser ini.
"Kedua-dua kanser ini adalah berhubung-kait dengan hormon (hormon-related).
"Dominasi estrogen telah disyaki memainkan peranan dalam setiap satunya. Ketakseimbangan hormon akan meninggalkan kesan kepada lelaki dan wanita. Ianya akan menjadi lebih terungkap apabila semakin berusia. Juga, makanan dan gaya hidup yang kita pilih turut memainkan peranan.
"Masalah dengan dominasi estrogen adalah estrogen memberi makan (feeds) tumor. Semakin kita tua, semakin banyak kita mempunyai estrogen, dan semakin kurang androgen dan testosteron. Apabila imbangan ini bertukar, kita akan menjadi semakin terdedah kepada kanser-kanser yang berhubung-kait dengan hormon.
"Berjuta-juta wanita telah mempelajarinya dengan kesusahan. Kadar kanser payudara telah melambung apabila doktor-doktor secara rutin telah mempriskripsikan estrogen replacement therapy ciptaan-makmal kepada wanita-wanita yang putus haid (menopaus). Kadar tersebut telah jatuh mendadak apabila hubungkait antaranya dengan kanser payudara telah ditemui dan bilangan wanita yang mengambil terapi ini telah berkurangan separuh.
"Sekarang kita telah mula memahami hubungan kompleks dan simbiotik antara hormon dan kanser dan kita sedang dalam pencarian untuk sesuatu yang dapat membantu kita dalam mempertahankan keseimbangan-dan mengelakkan dominasi estrogen.
"Disinilah dimana buah delima boleh memainkan satu peranan besar....
"Buah delima adalah kaya dengan nutrisi asas-tumbuhan yang dinamakan ellagic acid. Ellagic acid menghalang pengeluaran aromatase, suatu enzim yang menukarkan androgen menjadi estrogen. Aromatase memainkan peranan penting dalam kedua-dua kanser payudara dan prostat.
"Konsentrasi ellagic acid yang tertinggi terletak di kulit (rind) buah delima. Ini bermakna anda akan dapati enzim ini mempunyai konsentrasi yang tinggi dalam ekstrak berbanding jus. Ekstrak berasa sedikit pahit disebabkan itulah ianya tidak terdapat dengan banyaknya dalam jus yang dibotolkan.
2. Kekal bebas-kanser apabila anda telah berjaya mengalahkannya
"Untuk lelaki yang telah mendapat-dan telah mengalahkan-kanser tersebut, ancaman untuk ianya kembali berulang (recurrence) adalah besar kemungkinannya. Berita baiknya adalah 2 daripada 3 pesakit boleh kembali sembuh sekiranya ia dikesan awal.
"Berita buruknya? Sepertiga dari meraka akan menghadapi paras PSA yang meningkat. Kemudian 30% daripada lelaki-lelaki tersebut akan berkembang kepada kanser metastatik yang membawa maut dalam tempoh 15 tahun.
"Kajian baru-baru ini mendapati bahawa dengan meminum 8 auns jus pommegranate sehari boleh memperlahankan peningkatan paras PSA selepas rawatan kanser. Dalam satu kajian paras PSA kekal pada paras yang sama selama 6 tahun.
"Ini boleh menjadi penemuan besar bagi penghidap kanser prostat. Pada fasa seterusnya kajian tersebut, 10 pusat perubatan di negara ini (AS) akan mengadakan ujian terhadap penemuan ini dalam percubaan klinikal placebo-controlled.
Kajian yang sama tidak dijalankan ke atas wanita-wanita yang telah sembuh dari kanser payudara. Akan tetapi sekiranya ianya adalah reaksi enzimatik yang sama, malahan serupa, adalah berkemungkinan untuk mendapat kebaikan perlindungan yang harus juga berkesan ke atas wanita yang terselamat dari kanser payudara.
Sekiranya anda telah berjaya mengalahkan kanser yang berkaitan dengan hormon iaitu prostat atau payudara, saya mencadangkan agar anda memasukkan 8 auns jus delima dalam rutin harian anda. Sekiranya anda diabetik, periksa dahulu dengan doktor anda untuk memastikan bahawa kandungan gula anda diselaraskan dengannya. "
---------------------------------
Aku gembira ketika bertemu artikel ini... Adakah ini jawapannya? Insyaallah. Doktor menyarankan aku menjalani hormon replacement therapy (adalah kebiasaan untuk penghidap kanser yang macam aku ini.) tetapi sehingga sekarang aku masih lagi menangguhkannya kerana risiko-risiko yang aku dengar membuatkan aku sedikit gementar.
Aku hanya berkongsi maklumat-maklumat yang menarik (pada aku) yang aku temui di sepanjang perjalanan dan pencarian aku. Lakukan penyelidikan sendiri sebelum membuat sebarang keputusan adalah sedikit buah fikiran dari aku. Aku cuma ada satu peluang untuk hidup dan aku mahu pastikan yang aku tidak lagi mensabotajnya. Apabila telah sakit teruk baru aku tahu harga kesihatan. Aku percaya pada qada' & qadar. Aku harus juga berusaha dan segala sesuatu akan berjalan sesuai ketentuan yang telah digariskan Allah SWT. Wallahu'alam
Aku baru terbaca satu posting di yahoo health " Harmful Side Effect of Antibiotics" yang bertarikh 24hb September 2012. Kesan-kesan sampingan yang yang dinyatakan ialah yang paling biasa ialah alahan. Fluoroquinolones meningkatkan risiko retinal detachment (penanggalan retina?) sebanyak lima kali ganda berbanding non-user dan pengguna berpotensi untukmengalami tendon rupture dan periperal neuropathy. Azithromycinmeningkatkan kadar kematian disebabkan sakit jantung sebanyak tiga kali ganda berbanding pesakit-pesakit yang tidak mengambil antibiotik. Boleh baca lebih terperinci lagi di link tersebut tetapi apa yang menarik perhatian ialah, "penggunaan antibiotik yang berlebihan kerana ianya dipriskripsikan oleh doktor-doktor." Menurut artikel tersebut: "Sebagai contoh, antibiotik tidak berkesan untuk selsema, demam selsema dan jangkitan virus seperti bronkitis tetapi ianya tetap dipriskipsikan oleh doktor.
Sakit tekak (sore throat) kebiasaannya diberikan antibiotik, tetapi menurut updated voluntary guidelines yang dikeluarkan oleh Infectious Desease Society of America (IDSA) dalam minggu ini, sakit tekak adalah lebih merupakan virus dan bukannya strep throat. "
"Strep throat adalah merupakan jangkitan bakteria di bahagian tekak dan tonsil. Tekak menjadi perit dan bengkak menyebabkan kesakitan yang serius.
"Strep throat disebabkan oleh bakteria streptococcal.
"Walaupun ramai yang cepat akan menyangka bahawa mana-mana sore throat (sakit tekak) adalah strep throat, sore throat adalah disebabkan oleh jangkitan virus, bukanlah bakteria strep. Sakit tekak yang disebabkan oleh virus boleh mengalami kesakitan yang sama seperti strep throat. Akan tetapi, sekiranya anda mengalami simptom-simptom selsema seperti batuk, bersin, hidung berair dan tersumbat, anda berkemungkinan bukan menghidapi strep throat.
1. Penggunaan yang banyak boleh menyebabkan kanser payudara.
2. Ianya memusnahkan sistem ketahanan badan
3. Antibiotik menyebabkan cirit-birit
4. Ianya menyebabkan penyakit usus
5. Penggunaan berlebihan menyebabkan bakteria menjadi bakteria resistant yang sukar-untuk-dirawat
6. Ianya terdapat dalam susu dan dagiang
7. Ianya tidak berkesan terhadap virus
8. Syarikat-syarikat farmasi adalah teragak-agak untuk membangunkan antibiotik baru di atas inisiatif sendiri (kerana tidak mendatangkan keuntungan berbanding ubat-ubatan lain)
9. Ianya digunakan secara berlebihan oleh kanak-kanak
10. Kesan-kesan sampingan yang aneh dan pelik (pengambilan bactrim, septra, erithromycin dll) "
Huraian yang lebih terperinci ada di artikel asal di link tersebut.
Anak aku yang nombor dua mengalami kesan sampingan yang pelik apabila beliau mengambil erithromycin. Mukanya akan membengkak sehinggakan matanya kelihatan seperti disengat oleh sesuatu.
Ada juga antibiotik yang boleh menyebabkan depression. Ini link
Seperti biasa...aku mempunyai pilihan untuk mengambil atau tidak antibiotik yang dipreskripsikan oleh doktor tetapi seperti biasa... membuat sesuatu pilihan bukannya mudah. Kadang-kala sesetengah pilihan yang kita buat akan bertentangan dengan pendapat umum. Akan tetapi, yang tinggal nanti hanyalah diri sendiri yang bertanggungjawab atas pilihan yang telah dibuat dan menghadapi akibatnya...
Dr. Hamer’s Revolutionary Brain-Emotion-Disease Studies
Satu-satunya Penyebab
Penemuan oleh... doktor Jerman Ryke Geerd Hamer, disahkan pada Disember 9, 1988, di Universiti Vienna.
Termaktub dalam skrip habilitasi yang beliau persembahkan di [Germany] Tübingen University pada Oktober 1981, Dr. Hamer telah meringkaskan penyelidikannya dengan satu kenyataan: "Saya mencari-cari kanser di dalam sel dan saya telah menemuinya dalam bentuk pengekodan yang salah di dalam otak."
Sehingga kini, kanser ialah penyakit-penyakit organ dan dengan itu, merawat simptom-simptom di organ terbabit adalah cara rawatannya. Jiwa dan otak yang mengemudi segala organ-organ (organism), telah diabaikan.
Berdasarkan pengalaman beliau sendiri--beliau sendiri telah mendapat kanser-dan daripada pesakit-pesakit yang telah dirawat olehnya dari pelbagai klinik di universiti, Dr. Hamer telah mengesahkan bahawa tahun demi tahun ianya sentiasa terdapat satu gejala (syndrome) yang pasti di tempat bermulanya kanser dan ia bukanlah hanya sejenis terikan (stress). Ia memerlukan satu perangsang (stimulus) yang kuat, sesuatu trauma jiwa yang dahsyat (brutal psychic trauma), yang mana ianya adalah satu tamparan kepada pesakit sebagai peristiwa besar yang berlaku dalam hidupnya, konflik dramatik yang teruk (acute), yang meninggalkan seluruh jiwanya dalam pengasingan (complete psychic isolation). Gejala asal ini, yang telah ditemui oleh beliau dan telah diuji dengan teliti dalam setiap 15,000 kes kanser yang telah dirawat oleh beliau hingga kini, beliau namakan DIRK HAMER SYNDROME (DHS), sempena nama anak lelaki beliau, Dirk, yang mana kematiannya dalam tahun 1978 adalah permulaan kepada kanser Dr. Hamer sendiri.
Pengalaman daripada kes-kes beribu-ribu individu yang telah didiagnosis dan dirawat tahun demi tahun sebelum ini, telah membolehkan beliau membawa keluar constants dan merumuskan satu hukum, yang sentiasa dibuktikan dengan tepatnya, iaitu Iron Law of Cancer (Hukum Kebal Kanser), yang belum pernah disangkal oleh sesiapa. Hukum ini, yang mana Dirk Hamer Syndrome ialah tunjangnya, menyatakan seperti berikut:
1. Kesemua kanser bermula dengan DHS, iaitu, satu kejutan yang teramat dahsyat (extremely brutal shock), sesuatu konflik dramatik yang teruk, pengalaman yang terasing dan perasaan yang dirasai oleh pesakit sebagai yang paling penting (the most serious) yang pernah dirasai beliau.
2. Ianya adalah konflik yang memberikan maksud yang subjektif, tentang bagaimana seseorang pesakit merasainya [kemarahan, kesedihan, rasa dikhianati dll] pada ketika berlakunya DHS, yang mewarnai, inilah yang akan menentukan:
fokus Hamer, iaitu, kawasan tertentu di otak, yang mana, di bawah pengaruh trauma jiwa, mengalami kerosakan (breakdown) dan seterusnya mengakibatkan penembusan yang tidak diingini (ill-proliferation) oleh sel-sel (kanser) dalam organ yang bergantung kepada kawasan otak yang telah mengalami litar putus ini (short curcuit cerebral area);
lokasi kanser dalam organ-organ.
3. Adanya korelasi secara tepat antara perkembangan konflik tersebut dan perkembangan kanser di kedua-dua peringkat: otak dan organ
Konflik yang kedua atau ketiga berserta DHS akan berlaku setelah bangkitnya DHS yang pertama. Sebagai contoh, diagnosis kanser akan tiba-tiba menyebabkan ketakutan terhadap kematian, akan menyebabkan tompok-tompok bulat di paru-paru, atau perselisihan dalam penurunan nilai-nilai diri (conflict of self-devaluation), akan menyebabkan kanser tulang: kesemua ini bukanlah "metastasis" akan tetapi adalah tumor-tumor baru yang telah disebabkan oleh foci Hamer yang baru di dalam otak, yang terjadi di bawah pengaruh trauma jiwa yang baru.
Sebaik sahaja konflik telah diselesaikan, akan terjadinya suatu pembalikan yang berlawanan (inversion of polarity), kerosakan di otak (focus Hamer) akan dibaiki dengan terbentuknya satu oedema, di mana sel-sel yang tadinya telah ditembusi secara anarki kerana kod-kod salah yang diberikan oleh komputer di otak, tidak lagi dilemahkan oleh kod-kod salah tersebut, lalu tumor akan berhenti merebak (carcinostasis) dan sembuh (peritumoral oedema), ianya encysted, berubah bentuk atau dibuang. Pertumbuhan semula ini kebiasaannya akan diiringi oleh kesakitan dan peritumoral oedema seperti ascites (suatu himpunan cecair di peritoneal cavity), wet pleura, periostal oedema, dll. [Perkataan yang dalam italic adalah istilah-istilah kedoktoran dan tiada dalam kamus biasa untuk aku terjemahkan]
Disebabkan oleh pembalikan saraf dan peralihan kepada vagotony , keseluruhan organisma akan memulakan fasa pertumbuhan semula yang panjang dengan pembengkakan oedematous diseluruh badan (seperti wanita hamil), kembali kepada tabiat tidur (sleeping pattern) yang normal, pulih selera makan dan berat badan naik, suatu perasaan yang sihat (well-being) dialami oleh pesakit. Namun begitu, keletihan dan kepayahan adalah tipikal vagotony dan kesemua ini akan mengelirukan seseorang doktor yang tidak berpengalaman untuk mendiagnosis yang ianya adalah keadaan kesihatan pesakit yang bertambah parah.
Ketika proses penyembuhan, pelbagai jenis komplikasi otak akan timbul, bergantung kepada tempoh sesuatu konflik dan lokasi fokus Hamer. Kawasan yang paling sukar untuk ditangani ialah disekitar pusat-pusat penting vegitasi yang bertanggungjawab kepada suhu, pernafasan dan sirkulasi jantung. Pembengkakan boleh dikawal dengan mengelakkan pengambilan alkohol, cortizone, diuretics dan kopi serta pengambilan ubat anti-inflamasi dan meletakkan ais di leher dan di atas kepala bagi kes-kes tertentu, membantu untuk mengawal akibat-akibat yang tidak dijangkakan, hasil daripada sistem saraf parasympathetic yang tiba-tiba bekerja lebih masa. Sekiranya ada tempat-tempat lain yang timbul pada masa yang sama, dengan timbulnya beberapa pembengkakan, pengambilan cecair dilarang tegas.
Sehingga kini, doktor-doktor berpegang kepada undang-undang yang tidak tertulis bahawa pesakit tidak seharusnya menderita. Dianggap sebagai kesakitan dan simptom yang paling teruk selepas kematian, kesakitan yang dialami ketika proses penyembuhan yang kelihatannya seperti tidak dapat ditanggung, hanyalah untuk suatu fasa sahaja iaitu empat ke enam minggu, berhenti dengan sendirinya selepas dua atau tiga minggu. Ianya penting untuk disedari bahawa sensitiviti pesakit kepada kesakitan adalah amat berbeza sekiranya ia tahu bahawa ianya hanyalah satu fasa peralihan, dan sesetengah pesakit akan mengambil ubat-ubatan yang minimum sekiranya mereka tahu yang mereka mempunyai harapan.
Mungkin tiga suku dari kanser disebabkan oleh DHS berhenti pembentukannya sebelum ianya ditemui kerana, konflik telah diselesaikan sebelum ia menjadi matang. Apa yang bahaya ialah, ketika pemeriksaan, encrysted cancers [kanser yang tak menjadi] boleh disalah anggap. Diagnosis yang salah akan menyebabkan reaksi panik, ketakutan kepada kematian, iaitu satu DHS yang menghasilkan tompokan-tompokan bulat di paru-paru. Jadi seseorang yang baru saja terselamat, akan dilemparkan dalam kitaran terapi.
Kaedah empirikal, dan kajian yang bertahun-tahun yang membawa kepada the iron law of cancer telah memberikan kita beberapa kunci yang sangat bernilai. Sudah pastinya, Dr. Hamer mendapati leukemia akut adalah bertepatan dengan hukum kebal ini. Ianya bermula dengan DHS dan konflik hebat tentang self-devaluation... Terkena sawan, asalkan tidak ada trauma otak, atau bawaan kecacatan sejak lahir, adalah reaksi kepada sesuatu organ yang mencuba untuk menahan pembengkakan yang disebabkan oleh sistem sarafparasympatheticyang bekerja lebih masa, yang disebabkan oleh peningkatan aktiviti sistem saraf.
Pagi Ahad yang lepas, suami aku memakan dua bungkus Nasi Lemak Fauziah yang memang sedap lagi terkenal di Temerloh yang cuma pagi-pagi Ahad saja ada terjual itupun hanya di Pekan Sari. Memang aku tidak tahu bagaimana Temerloh tanpa Nasi Lemak Fauziah dek kerana kesedapannya itu yang telah menjadikan ianya satu ikon di sini. Ibu sudah siap masak kuah durian tetapi lawannya tidak ada, jadi selepas menghabiskan dua bungkus nasi lemak tersebut, suami pun start motor dan pergi pula beli roti putih yang kemudiannya beliau telah berjaya menghabiskan lima keping banyaknya bersama beberapa mangkuk kuah durian. Ha? Itu sajalah yang mampu aku katakan apabila beliau memberitahu aku. Aku sangkakan yang beliau telah berhenti dengan nasi lemak saja tadi.
“Manusia mempunyai naluri-naluri dan yang paling asas sekali dan yang paling utama iaitu naluri untuk terus hidup (survival). Ianya adalah apa yang memotivasikan semua jenis hidupan-manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan.
Akan tetapi, apa yang menghampiri naluri kelangsungan hidup (survival) ialah naluri nikmat (sensation)-naluri mengidam-idamkan/keinginan (desire) dan untuk merasai (experiencing) nikmat. Dua nikmat yang akan pertama datang ke pemikiran ialah seks dan makan. Ianya kelihatan “natural” (“semulajadi”), kerana tanpa seks tiadalah zuriat, dan tiada masa hadapan. Tanpa makan, kebuluran dan kematian.
Naluri Semulajadi manusia.. zuriat dan makanan...
Jadi keinginan untuk merasai nikmat-nikmat (sensations) tersebut yang berhubungkait dengan keperluan asas hidup adalah kelihatan amat rational. Tetapi ianya amat jelas yang seseorang boleh menjadi sangat tidak siuman tentang subjek seks, mencari sensasi sexual jauh, jauh dari apa yang diperlukan untuk mendapatkan zuriat. Tenaga yang “devoted” untuk aktiviti-aktiviti seksual adalah tersangat banyak yang mana ianya tidak berkaitan langsung dengan mendapatkan zuriat — ini semuanya diklasifikasikan sebagai mengejar naluri keinginan untuk merasai nikmat hanya nikmat semata-mata –bukannya untuk survival.
Kehendak/keinginan untuk mendapatkan nikmat makan amat jelas telah jauh melampaui keperluan tubuh badan sehinggakan tahap obisiti dalam masyarakat kita hari ini adalah bertentangan dengan survival (kelangsungan hidup).
Kemahuan untuk melangsungkan hidup adalah waras dan logik kepada apa saja jenis hidupan. Naluri yang seterusnya mungkin mempunyai sedikit nilai kelangsungan hidup, tetapi yang pastinya ianya sudah tiada lagi dalam dunia hari ini.
Keinginan Untuk Nikmat ialah, saya rasakan anda akan dapati, secara tepatnya berlawanan dengan kelangsungan hidup, maka dengan demikian, adalah menyimpang sekarang ini.
Desire For Sensation is, I think you’ll find, exactly contrary to survival, and thus an aberration today.”
Memang bila difikirkan selama ini aku banyak mengejar nikmat makan yang berlawanan dengan kehendak badan untuk survival. Aku seorang yang ketagih gula dan aku menghabiskan duit, tenaga dan masa untuk mengejar ketagihan tersebut padahal ianya hanya menyakitkan tubuh aku dan aku tiada keraguan yang ianya adalah punca utama aku mendapat label big C.
http://www.cancertutor.com/Articles/What_Causes_Cancer.html Bahagian satu artikel tersebut telah aku terjemahkan sebelum ini. --------------------------------------------------------------------------------- What Causes Cancer Webster Kehr Independent Cancer Research Foundation Part 2 of 3: Apakah yang Menyebabkan Kanser di Peringkat Selular? Setakat ini kita hanya bercakap tentang apa yang menyebabkan kanser diperingkat sistemik. Jadi apakah yang menyebabkan satu individu sel menjadi sel kanser (cancerous)? Banyak sel kanser yang terbentuk dengan cara satu sel kanser membahagi menjadi dua sel kanser. Akan tetapi, bagaimanakah sel yang normal boleh menjadi sel kanser? Dalam sel normal, molekul-molekul yang bergelar ATP (adenosine triphosfphate) memberikan tenaga kepada sel. Molekul ATP terbentuk di dalam mitokondria yang berada dalam setiap sel tubuh manusia. Malah, ada beribu-ribu mitokondria dalam setiap sel tubuh manusia. Proses yang normal untuk menghasilkan ATP adalah seperti berikut (telah diringkaskan seringkas-ringkasnya): 1. Glukosa memasuki sel. 2. Sesetengah dari glukosa ditukar menjadi Pyruvate (Ianya melalui 10-step proses) 3. Pyruvate memasuki mitokondria. 4. Apabila telah masuk ke mitokondria, Pyruvate akan memulakan dua reaksi kimia (chain reaction) yang berturutan. (Kitaran Asid Sitrik dan Kitaran Pengangkutan Elektron yang mana ianya mula berkitar pada kira-kira pada pertengahan kitaran Asid Sitrik). Dua kitaran inilah yang akan menghasilkan kebanyakkan daripada molekul-molekul ATP dalam sel. Sel kanser menelan 15 kali lebih glukosa berbanding sel normal. Jadi secara logiknya seseorang akan menyangka bahawa sel kanser akan menghasilkan molekul ATP, 15 kali lebih daripada sel normal. Akan tetapi, sel kanser dilihat menghasilkan kosong molekul ATP! Sel-sel kanser telah kebuluran molekul-molekul ATP dan ianya akan beralih kepada penapaian untuk menghasilkan molekul ini. Dengan glukosa yang banyak (ditelan oleh sel kanser tadi) bukankah sepatutnya ATP yang dihasilkan adalah melimpah-ruah!! Kenapakah sel kanser menggunakan 15 kali lebih glukosa akan tetapi tidak mampu menghasilkan langsung ATP secara normal? Apa yang menghalang penghasilan molekul ATP ialah bakteria plemorphic yang sangat istimewa, ianya dipercayai oleh Independent Cancer Research Foundation dan badan-badan yang lain, ialah Helicobacter Pylori atau H. pylori. Malah, bukti-bukti menunjukkan dengan pasti (fairly conclusive) ianya H. pylori tetapi saya tidak akan pergi ke sebab-musababnya. Walaupun semua orang mempunyai bakteria H. pylori dalam badan (kebiasaannya dalam sistem penghadaman), tetapi biasanya ia tidak akan memasuki sel normal. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan bakteria ini berjaya memasuki sel seperti ia menjadi agresif disebabkan oleh diet yang berasid, asbestos yang boleh memotong membran sel, dan sebagainya(aku rasa termasuklah unresolved conflict http://jomlawankanser.blogspot.com/2012/08/unresolved-conflict-sebabkan-kanser.html yang menyebabkan sel di kawasan tertentu menjadi lemah kerana formasi yang tidak sempurna lalu membenarkan bakteria ini masuk? wallahu’alam). Tetapi ingat walaupun kita semua mempunyai sel-sel kanser, jangan lupa bahawa kita juga mempunyai sistem ketahanan. Jadi bagaimanakah bakteria menghalang penghasilan molekul ATP dan seterusnya menukar sel tersebut menjadi kanser selepas ia masuk ke dalamnya (memasuki sel)? Bakteria tersebut menghalang penghasilan ATP dengan 2 cara: Pertama, bakteria memakan glukosa maka semasa ianya menembusi sel, (satu bakteria ialah lebih kurang sama saiz dengan mitokondria) ia telah memintas lebih dan lebih glukosa. Oleh yang demikian, pyruvate yang dihasilkan semakin kurang dan kurang. Kedua, bakteria mengkumuhkan mycotoxins yang sangat berasid dan ianya memang molekul tidak berguna. Hasilnya ialah, mitokondria yang "berenang" di lautan pyruvate sekarang berenang di lautan mycotoxins!! Inilah yang menghalang mitokondria dari mendapatkan pyruvate dan menghalang kedua-dua Kitaran Asid Sitrik dan Kitaran Pengangkutan Elektron dan menghalang penghasilan molekul ATP dalam mitokondria.
Mikrob ini tersangatlah pleomorphic, bermakna ianya mempunyai pelbagai saiz dan bentuk (16 secara tepatnya, seperti yang ditemui oleh Gaston Naessens). Mikrob ini boleh menjadi sebesar virus. Ramai yang menyangka yang ianya adalah virus dan fungi yang menyebab kan kanser tetapi sebenarnya adalah bakteria yang sangat pleomorphic penembus dinding sel yang tidak sempurna. Sebuah buku: The Persecution and Trial of Gaston Naessensmenerangkan 16 fasa perkembangan mikrob kanser. Dan juga sila lihat artikel ini yang menunjukkan 16 saiz dan bentuk yang berbeza yang membincangkan kepentingan saiz dan bentuk ini kepada rawatan alternatif yang tertentu. http://www.cancertutor.com/Articles/Advanced_Cancer_Theory.html Dalam bentuknya yang lebih kecil iaitu sebesar virus ia boleh masuk ke dalam nukleus sel. Seperti virus, apabila masuk ke dalam nukleus, DNA mikrob kanser boleh berhubung dengan DNA dalam nukleus sel lalu mengubah struktur DNA sel tersebut.
Apa yang lebih penting, Dillers menunjukkan kuman-kuman kanser (mikrob) boleh memasuki bukan hanya sel, malah dalam nukleus sel. Serangan intra-nuklear ini bermaksud mikrob kanser ini boleh mencapai gen yang terdapat dalam sel nukleus tersebut. Four Women Against Cancer- oleh Dr Allan Cantwell M.D, M/s 47
Dillers adalah sebahagian dari sekumpulan penyelidik Virginia Livingston, M.D.. Saintis melihat bahawa kerosakan DNA yang dilakukan oleh mikrob ini lalu membuat pernyataan bahawa kerosakan DNA menyebabkan kanser. Ini seperti mengatakan asap menyebabkan kebakaran. Ianya satu tekaan yang bagus, tetapi adalah tidak benar. Kerosakan DNA dalam sel kanser adalah disebabkan oleh DNA bakteria pleomorphic yang sama, yang menghalang penghasilan molekul ATP. Sebenarnya, bakteria ini mempunyai pelbagai lagi cara untuk menghasilkan sel kanser, melindungi sel kanser dan menyebarkan sel kanser!! Malah, karakter bakteria ini adalah diluar jangkauan. Maka, pernyataan yang dibuat oleh para penyelidik kanser (yang dibiayai oleh industri farmasutikal) bahawa kerosakan DNA ialah penyebab kanser adalah salah. Dalam mana-mana kes, disebabkan oleh kurangnya tenaga dalam sel kanser (ie. disebabkan oleh kurangnya molekul ATP) , sel-sel kanser menjadi sangat lemah. Akan tetapi, disebabkan sel kanser mencuri glukosa daripada badan, sel-sel yang sihat adalah kekurangan glukosa dan sakit tenat! Ia bertambah teruk. Sel kanser menghasilkan asid laktik dalam jumlah yang besar ketika ia memproses glukosa yang banyak. Asid laktik ini memasuki aliran darah dan hati. Hati akan menukar asid laktik menjadi glukosa. Kitaran "bola ping-pong" ini, yang mana sel kanser menukarkan glukosa kepada asid laktik dan hati menukarkan asid laktik kepada glukosa, ianya dinamakan kitaran asid laktik (lactic acid cycle) atau cachexia cycle. Kitaran inilah yang membunuh lebih kurang separuh dari pesakit-pesakit kanser kerana terlalu banyak tenaga yang digunakan di kedua-dua penjuru kitaran. Ramai para-penyelidik kanser, bermula lebih dari 100 tahun dahulu dalam tahun 1890-an, telah mendapati bahawa penyebab kanser adalah mikrob (peringkat selular) walaupun mereka tidak mengetahui mekanisma dalam sel yang membuatkan sel menjadi kanser disebabkan oleh mikrob.
Pada 1890, seorang ahli patologi yang terkenal, William Russels (1852-1940) yang pertama melaporkan "parasit kanser" dalam tisu kanser yang telah dicalit dengan carbol fuchsin, celupan merah. "Parasit" tersebut dijumpai di dalam dan luar sel kanser. Jenis yang terkecil adalah hampir tidak dapat dilihat dibawah mikroskop, dan jenis terbesar adalah sebesar sel darah merah. Russels turut menjumpai "parasit" pada tuberculosis, syphillis dan ulcer kulit. -Four Women Against Cancer by Alan Cantwell, M.D., mukasurat 53-54
Perhatikan bahawa mikrob kanser berada dalam dan luar sel kanser. Satu cara yang digunakan oleh sel kanser untuk cepat merebak (sekurang-kurangnya bagi sejenis kanser) ialah dengan mikrob kanser keluar dari sel dan bergerak melalui darah dan mencipta koloni baru jauh dari koloni asal. Squamous Cell Carcinoma, melanomas, sarcomas dan kanser uterus, telah dikenalpasti oleh para penyelidik ICRF merebak dengan cara begini. Secara ringkas, kanser pada peringkat sistemik adalah disebabkan oleh ketakseimbangan diantara sistem ketahanan dan bilangan sel-sel kanser. Pada peringkat sistemik, ada begitu banyak perkara yang menyebabkan kanser, terutamanya yang menyebabkan sistem ketahanan lemah. Akan tetapi, kanser pada peringkat selular adalah disebabkan oleh sejenis mikrob yang sangat unik dan mikrob yang sama. ___________________________________________________ Rakan aku yang semalam aku katakan kritikal di HKL masih lagi tidak sedarkan diri dan seorang lagi bekas rakan sekerja sedang bercuti tanpa gaji. Beliau mempunyai tumor dibahagian otak dan menunggu tarikh pembedahan. Doakan kami agar tabah mengharungi dugaan ini dan sembuh seperti sediakala.
Anda tentu berkali-kali menyangka bahawa kanser adalah disebabkan oleh kerosakan DNA. Secara saintifiknya itu adalah mengarut. Sebagai contoh, merokok tidak akan menyebabkan berlakunya kerosakan ginetik yang sangat tepat (highly precise) dalam setiap perokok yang mendapat kanser paru-paru. Sama ada pernyataan (bahawa kerosakan ginetik ialah punca kanser) tersebut dibuat oleh pihak yang betul-betul mempercayainya atau ianya hanyalah tidak lain dan tidak bukan penipuan semata-mata, saya tidak tahu.
Hakikatnya ialah, apabila seseorang memahami apa sebenarnya yang menyebabkan kanser beliau akan faham bahawa adalah begitu mudah untuk menyembuhkan seseorang pesakit yang baru saja didiagnosis dengan kanser. Namun begitu, seseorang pesakit yang ditahap akhir juga akan mendapat kebaikan dari pemahaman jelas tentang apa yang menyebabkan kanser.
Apabila kita bercakap tentang punca kanser kita perlu bercakap tentang dua peringkat yang berbeza.
Disatu peringkat kita bercakap tentang apa yang menyebabkan kanser diperingkat sel (cellular level). Dalam kata lain, kenapa sel normal menjadi sel kanser?
Di peringkat yang satu lagi ialah peringkat tersusun/sistemik (systemic level) iaitu apa yang menyebabkan kanser di peringkat seluruh badan.
Kedua-dua subjek ini adalah berbeza sama sekali.
Kita boleh membuat perbandingan antara dua peringkat ini apabila kita bercakap tentang banjir. Kita boleh bercerita sepanjang hari tentang apa kerosakan yang berlaku setelah ribut kencang seperti air sungai melimpah, tanam-tanaman musnah disebabkan hujan lebat, jalanraya dibanjiri air dll. Akan tetapi, ini hanyalah satu peringkat apabila bercerita tentang hujan. Kita boleh bertanya apakah keadaan-keadaan cuaca yang menyebabkan hujan terbentuk dalam awan.
Oleh yang demikian, saintis akan bercakap tentang apa yang menyebabkan hujan dan dalam warta berita akan bercerita tentang banjir yang berlaku disebabkan hujan.
Ianya perkara yang sama tentang kanser. Perbincangan tentang apa penyebab kanser di peringkat sel adalah berbeza sama sekali dengan apa yang menyebabkan sel di peringkat systemik.
Permulaannya, mari membincangkan tentang kanser di peringkat sistemik.
_________________________________________________________________
Part 1 of 3: Apakah yang Menyebabkan Kanser di Peringkat Sistemik?
Kesemua manusia mempunyai sel-sel kanser di dalam badan!! Siapa saja yang boleh membaca ayat ini mempunyai sel-sel kanser dalam badannya. Namun demikian, Tuhan telah merekacipta tubuh badan kita untuk mempunyai sistem ketahanan (immune system) yang sungguh, sungguh canggih, diantaranya, direka untuk mensasar dan membunuh sel-sel kanser dengan selamat.
Apabila seseorang telah di “diagnosis” dengan kanser, ini bermakna adanya ketakseimbangan diantara sistem ketahanan dan bilangan sel-sel kanser dalam badan. Dalam kata lain, sesuatu telah merosakkan sistem ketahanan dan/atau sesuatu telah menyebabkan amat banyak sel-sel kanser terbentuk.
Hasil dari ketakseimbangan ini ialah satu bilangan yang tidak normal banyaknya sel-sel kanser yang membiak dalam tubuh. Bilangan sel-sel kanser yang meningkat di luar kawalan dan akhirnya seseorang akan di diagnosis dengan kanser.
Pendekatan alternatif atau natural (semulajadi) mempunyai 4-lapisan-
Pertama, tukar diet dan cara hidup seseorang itu untuk menukar “persekitaran dalaman” (“inner terrain”) sehingga menjadikan tubuh bermusuhan dengan sel-sel kanser. (ie. menukar kepada diet beralkali)
Kedua,menguatkan sistem ketahanan dengan meggunakan khasiat-khasiat semulajadi.
Ketiga, menggunakan rawatan-rawatan yang membunuh sel-sel kanser dengan perlahan-lahan dan selamat.
Keempat, menggunakan supplimen untuk melindungi dan memberi tenaga kepada sel-sel bukan kanser daripada kerosakan yang berlaku hasil dari perubatan ortodox (kimo, rads & pembedahan).
Sudah tentu, dalam kebanyakan kes ada pelbagai lagi perkara lain yang diperlukan, akan tetapi yang disebutkan di atas adalah aspek-aspek secara kelazimannya dalam perubatan alternatif.
Dengan berbuat demikian, keseimbangan (di antara sistem ketahanan dan sel-sel kanser) dapat dipulihkan. Pesakit akan sembuh.
Pendekatan perubatan ortodoks, walaubagaimanapun, akan merosakkan sistem ketahanan dengan teruknya oleh kimoterapi, radioterapi dan pembedahan. Ini akan menyebabkan ketakseimbangan bertambah teruk. Rawatan kanser ortodoks juga membunuh sel-sel sihat dan boleh merosakkan organ-organ.
Adalah tidak menghairankan apabila rawatan alternatif diawasi oleh seorang yang pakar ianya mempunyai kadar peratusan yang sangat tinggi untuk sembuh berbanding perubatan ortodoks. Fikirkan ini dengan cermat: Apabila perubatan ortodoks telah berjaya meletakkan seseorang dalam ‘remission’ (ie. kanser beliau nampak seperti telah tiada), mereka telah membuat ketakseimbangan semakin teruk, ianya hampir pasti yang kansernya akan kembali atau yang dinamakan ‘regression’.
———————————————————————
Akan bersambung ke bahagian seterusnya.
(Sebelum aku menterjemah artikel ini aku mendapat berita sedih bahawa seorang bekas rakan sekerja sedang kritikal di HKL kerana kanser otak. Doakan supaya beliau berjaya mengharunginya dan sembuh kembali. Insyaallah.)