Keberkesanan Teknik Penyembuhan Secara Mental. Link
Petikan dari artikel tersebut.
"Buat masa ini, teknik menggambarkan (imagery), atau membayangkan (visualization) adalah teknik yang paling popular antara teknik-teknik penyembuhan menggunakan mental. Ianya hanyalah tidak lebih dari melatih (rehearsing) pengalaman yang kita mahukan menerusi daya imaginasi--dengan tujuan yang tepat iaitu menghalakan minda bawah sedar (subconscious) untuk menjadikan pengalaman tersebut suatu realiti.
"Dr. Bernie Siegel, yang telah menggunakan visualization secara meluas dengan pesakit-pesakit kanser, menerangkan bagaimana ianya berfungsi untuk menyembuhkan dengan cara menganalisa keberkesanan teknik tersebut ketika melatih suatu pasukan yang sangat berjaya iaitu pasukan atlit yang dipunyai oleh dahulunya Soviet bloc:
"Visualization mengambil kesempatan ke atas apa yang kita gelar sebagai satu "kelemahan" dalam tubuh: Ianya tidak berupaya membezakan di antara bayangan mental yang terang dan jelas (vivid mental experience) dengan suatu pengalaman fizikal sebenar (an actual physical experience)...
"Jurulatih di Eropah Timur kebiasaannya mengarahkan para pelajar dan atlit mereka untuk berbaring sambil mendengar lagu yang mententeramkan perasaan lalu kemudiannya membayangkan, dalam warna-warni dan secara terperinci, suatu persembahan yang memenangi kejuaraan. Ini kemudiannya diulangi sehinggalah persembahan fizikal hanya menjadi duplikasi daripada persembahan secara mental tadi yang telah dibayangkan dengan jayanya. Soviet telah menyelidiki bahawa atlit yang meluangkan masa sebanyak tiga-perempat daripada masa mereka ke atas latihan mental adalah lebih berjaya berbanding mereka yang lebih memberi penekanan terhadap persediaan fizikal." Sekiranya latihan mental boleh melatih tubuh atlit, ianya boleh juga secara teorinya dilatih untuk melawan penyakit. Terdapat banyak eksperimen telah dijalankan tentang bagaimana kekuatan mental dapat mengubah sistem imunisasi badan seperti yang dilakukan oleh Dr. G. Richard Smith, Acterberg & Lawlis, Alberto Villoldo dll. Secara ringkasnya, pengaruh kuasa daya pemikiran, kepercayaan (beliefs), tingkahlaku (attitudes) dan emosi boleh meyembuhkan. Akan tetapi, pengaruh yang bertentangan boleh mendatangkan penyakit. "Dua perkara yang memberi pengaruh buruk kepada kesihatan adalah stres dan kesedihan terutamanya apabila kesedihan bercampur dengan kesunyian. Dalam pertengahan abad yang lalu, Walter Cannon telah menemui bahawa keadaan emosional yang keterlaluan boleh merangsangkan limpa, organ yang memainkan peranan besar dalam ketahanan badan."
"Keberkesanannya telah terbukti bahawa bayangan mental (imagery) dapat menyembuhkan tubuh badan dan ia mempunyai dua implikasi penting. Pertama adalah ia mengesahkan bukti-butkti lain bahawa daya pemikiran boleh menyembuhkan. Keduanya adalah, penyembuhan secara mental bukanlah proses yang tidak mampu dilakukan oleh sebahagian besar dari kita. Walaupun kita berbeza dari segi keupayaan untuk membayangkan (visualize), kebanyakkan dari kita boleh mengaplikasikan teknik ini untuk beberapa tahap. Terapi mental yang efektif telah pun sedia wujud dan sedia ada untuk sesiapa sahaja yang mahu menggunakannya."
I never thought you let it get this far, boy... Pray it's not too late.
You and I together in our lives
Sacred ties would never fray
Then why can I let myself tell lies
And watch you die every day
I think back to the times
When dreams were what mattered
Tough talking youth naivete
You said you never let me down
But the horse stampedes and rages
In the name of desperation
Is it all just wasted time
Can you look at yourself
When you think of what
You left behind
Is it all just wasted time
Can you live with yourself
When you think of what
You left behind
Paranoid delusions they haunt you
Where my friend I used to know
He all alone
He buried deep within a carcass
Searching for a soul
Can you feel me inside your heart
As it bleeding
Why can't you believe you
can be loved
I hear you scream in agony
And the horse stampedes and rages
In the name of desperation
Is it all just wasted time
Can you look at yourself
When you think of what
You left behind
Is it all just wasted time
Can you live with yourself
When you think of what
You left behind
You said you never let me down
But the horse stampedes and rages
In the name of desperation
Is it all just wasted time
Can you look at yourself
When you think of what
You left behind
Is it all just wasted time
Can you live with yourself
When you think of what
You left behind
The sun will rise again
The earth will turn to sand
Creation colors seem to fade to grey
And youl see the sickly hands of time
Will write your final rhyme
And end a memory
Buah-buahan, boleh atau tak boleh diambil oleh pesakit kanser? Kebanyakan diet kanser tidak membenarkan mengambil buah-buahan disebabkan oleh kandungan gula yang banyak atau dikenali sebagai fruktosa yang terdapat dalam buah-buahan.
Satu kajian terkenal yang dilakukan oleh UCLA dalam tahun 2010 oleh Profesor Madya Dr. Anthony Heaney, tentang fruktosa telah mendapati bahawa sel tumor pankreas menggunakan fruktosa untuk membahagi dan merebak. Kajian tersebut agak kontroversi kerana ianya mencabar kefahaman selama ini bahawa semua gula adalah sama.
Kajian beliau, walaubagaimanapun, menerima kecaman dari pihak Corn Refiners Association yang mempertahankan produk mereka iaitu High Fructose Corn Syrup (HFCS) yang terdapat dalam hampir kesemua produk makanan dan minuman di AS.
Berbalik semula kepada persoalan buah-buahan, disebabkan kadar fruktosa yang teramat tinggi dikhuatiri sel kanser akan mendapat sumber gulanya dari sini lalu menghirup dan menghirup... ngeri juga bila difikirkan...
Kalau difikirkan lagi, mustahil Allah jadikan buah-buahan itu memudaratkan kesihatan? Entahlah, mungkin memudaratkan untuk pesakit kanser, itulah.. beringat sebelum kena. Bila sudah kena banyak betul pantang larangnya...
Selepas aku buka banyak blog-blog kesihatan alternatif, aku rasa lebih baik jika aku masukkan disclaimer macam kebanyakkan blog-blog tersebut.
Ok ini dia... Artikel-artikel dari blog ni adalah untuk kegunaan aku secara peribadi dan tidak berniat untuk menggantikan nasihat doktor ie. pegawai perubatan anda. Mungkin aku akan update disclaimer ni kalau ada lagi idea nanti.
Dr. Johanna Budwig dilahirkan di Germany tahun 1908. Beliau telah meninggal dunia tahun 2003 ketika berusia 95 tahun. Beliau dikenali sebagai "European Cancer Research Scientist, Biologist, Blood Specialist, German Pharmacologist dan Physicist." Dr. Budwig telah dicalonkan sebanyak tujuh kali untuk anugerah Nobel Prize.
"Pada tahun 1952, di Germany beliau adalah Central Government Senior Expert untuk "fats and pharmaceutical drugs". Beliau dianggap sebagai salah seorang dari "world leading authority" tentang minyak dan lemak (oil and fats). Penyelidikan beliau telah menunjukkan kesan yang sangat besar tentang pemprosesan minyak dan lemak secara komersial terhadap memusnahkan membran sel dan merendahkan voltan dalam sel-sel badan, yang mana akan menyebabkan penyakit kronik dan yang membawa maut. Apa yang kita telah terlupa ialah kita adalah tubuh elektrik (body electric).
Tubuh Elektrik dan Medan Elektron Lemak & Minyak
"Sel-sel dalam badan kita dihidupkan oleh elektrik (fire electrically). Sel-sel mempunyai nukleus ditengah-tengahnya yang mempunyai cas positif dan membran sel, yang merupakan selaput luar sel, adalah bercas negatif.
"Dr. Budwig telah membuat penemuan bahawa apabila minyak (unsaturated fat) telah dirawat dengan bahan kimia, kualiti minyak tersebut telah dimusnahkan dan medan elektron telah dihilangkan. Pemprosesan minyak secara komersial ini telah memusnahkan medan elektron yang diperlukan oleh membran sel dalam tubuh untuk ianya mengeluarkan elektrik ie. berfungsi dengan betul.
Kebolehan lemak-lemak untuk berkait dengan protein dan seterusnya menjadi larut dalam cecair tubuh badan - kesemua ini telah dirosakkan. Bak kata Dr. Budwig, "Bateri telah mati kerana elektron-elektron dalam lemak dan minyak ini (yang telah ditapis atau refined menggunakan bahan kimia) yang mengecasnya semula". Apabila elektron telah dimusnahkan, minyak dan lemak tidak lagi aktif lalu tidak dapat mengalir masuk ke dalam kapilari dan melepasi rangkaian kapilari yang halus. Di sinilah masalah pengaliran (curculation) akan timbul.
Tanpa metabolisma lemak yang sewajarnya dalam tubuh badan, kesemua fungsi penting dan organ akan dipengaruhi. Ianya termasuk pembentukan hidup baru dan sel baru. Badan kita menghasilkan lebih dari 500 juta sel dalam sehari.
Dr Budwig points out that in growing new cells, there is a dipolarity between the electrically positive nucleus and the electrically negative cell membrane with it’s high unsaturated fatty acids. During cell division the cell and new daughter cell must contain enough electron rich fatty acids in the cells surface area to divide off completely from the old cell. When this process is interrupted the body begins to die. In essence, these commercially processed fats and oils are shutting down the electrical field of the cells allowing chronic and terminal diseases to take hold of our bodies.
"Dr. Budwig menunjukkan bahawa dalam membina sel-sel baru, terdapat satu dipolarity diantara nukleus yang bercaj positif dan sel membran yang bercaj negatif yang mempunyai lemak tak tepu yang tinggi. Ketika pembahagian sel, sel tersebut dan sel baru anak mestilah mempunyai fatty acids kaya elektron yang mencukupi pada kawasan permukaan sel supaya ia dapat membahagi dengan sempurna daripada sel lama. Apabila proses ini diganggu tubuh akan mula mati. Dalam intipatinya, lemak dan minyak yang diproses secara komersial adalah mematikan medan elektrik sel-sel lalu membenarkan penyakit kronik dan membawa maut dihidapi oleh tubuh kita.
"Contoh yang baik ialah tumor. Dr. Budwig mengatakan bahawa "Pembentukan tumor kebiasaannya adalah seperti berikut. Di tempat-tempat dimana berlakunya banyak proses pertumbuhan, seperti kulit dan membran, organ-organ glandular, contohnya, hati dan pankreas, ataupun kelenjar dalam perut dan usus kecil--di sinilah dimana proses pertumbuhan telah diberhentikan. Disebabkan tiada dipolarity, kerana kurangnya minyak yang kaya elektron, proses pertumbuhan telah terganggu--permukaan--lemak aktif tidak ada; substans menjadi tidak aktif sebelum sempat matang dan proses penanggalan sel (shedding proses) langsung tidak berlaku, dan hasilnya adalah pembentukan tumor.
"Beliau menyatakan bahawa ianya boleh diterbalikkan dengan pengambilan makanan ringkas, cottage cheese dan minyak flaxseed, yang mana akan memperbaiki proses tumbesaran yang telah terbantut. Ini akan menyebabkan tumor atau tumor yang ada larut dengan sendirinya dan keseluruhan simptom yang menandakan "bateri mati telah disembuhkan".
"Penemuan Dr. Budwig iaitu apabila beliau mencampurkan flaxseed oil, yang mana mempunyai kuasa penyembuahan semulajadi dan lemak yang kaya dengan elektron-elektron penting, manakala cottage cheese, yang kaya dengan protein sulfur, tindakbalas kimia tersebut menghasilkan minyak yang larut air seterusnya mudah diserap ke dalam membran sel.
Petikan dari artikel
The Budwig Diet
Cottage Cheese and Flaxseed Oil
Oleh: Mike Vrentas (ICRF)
-------------------------------------
Aku ringkaskan, apabila kita mengambil lemak dan minyak yang telah diproses yang tertulis "refined, hydragenated dan partially hyrogenated" contohnya, kita sebenarnya telah mengambil minyak atau lemak yang sudah mati-dead oil. Minyak yang mati tidak mempunyai elektron (caj negatif) yang diperlukan oleh membran (termasuk otak) yang penting untuk proses pembahagian sel ie. pembinaan sel-sel badan.
Apabila proses pembahagian sel ini terbantut, sel tersebut tidak akan terpisah dari sel lama, ianya akan berkumpul dan berkumpul lalu terbentuklah tumor.
Pengambilan berterusan minyak flaxseed yang kaya elektron akan menyebabkan proses yang terbantut ini disempurnakan jadi tumor akan hilang dengan sendirinya kerana sel-sel terbantut tadinya yang berkumpul lalu menjadi tumor telahpun membahagi dengan sempurna lalu akhirnya tiadalah sel-sel tumor.
Lemak dan minyak mati tadinya akan berkumpul disaluran-saluran darah kerana ia tidak berupaya menembus masuk ke kapilari-kapilari dan seterusnya menyebabkan salur darah tersumbat lalu terhasillah penyakit kronik yang lain-lain.
Bertahun-tahun dahulu aku pernah menonton filem Lorenzo's Oil yang berdasarkan sebuah kisah benar yang menceritakan kegigihan sepasang suami isteri yang mencari penawar bagi anaknya yang menghidap penyakit ALD yang boleh membawa maut. Ketika itu penyakit tersebut masih tiada ubat dan pasangan ini berusaha sedaya upaya mereka hingga akhirnya mereka menemui cara memberhentikan penularan penyakit tersebut.
Pasangan tersebut mendapati bahawa terdapat sejenis minyak yang diperlukan dalam diet anak mereka iaitu minyak yang diasingkan daripada rapeseed dan zaiton. Mungkin kerana aku telah menonton filem ini aku menjadi tidak begitu skeptikal apabila terbaca tentang penemuan Dr. Budwig ini.
Menurut Dr. Budwig, beliau mempunyai 100% kadar kesembuhan dalam merawat pesakit-pesakit kanser dengan menggunakan diet flaxseed oil dan cottage cheese dan pula pesakit-pesakit yang dirawat oleh beliau kebiasaannya adalah pesakit yang "dihantar pulang untuk mati" oleh pihak hospital.
------------------------------ Untuk diet ini apa yang diperlukan ialah;
1)Organic Cold-Pressed Flaxseed oil (FO)
(Mesti yang disimpan dalam peti sejuk kedai seperti yang terjual dikedai-kedai kecil organik. Di pasaraya besar seperti Cold Storage, Jaya Grocer, Jusco kebiasaannya ianya tidak disimpan dalam peti sejuk walaupun tertulis di botol "keep refrigerated" begitu juga di GNC. (itu awal tahun dulu, sejak itu aku sudah tidak pergi lagi ke sana) Jangan beli sekiranya tidak disimpan dalam peti sejuk kerana FO tersebut telah pun rancid dan adalah merbahayakan kesihatan sekiranya digunakan. Baca disini.) 2) Organic Low Fat Cottage Cheese (LFCC)
Ada dijual di Cold Storage Great Eastern Mall
3) Immersion Blender (Hand Blender)
Digunakan untuk mencampurkan dengan sebati FO & LFCC, boleh juga gunakan blender tetapi tidak berapa efisyen. Ada dijual di Tesco.
4) Organic Flaxseed
Boleh didapati dimana-mana kedai organik atau seksyen organik dimana-mana pasaraya. Sama saja golden atau tidak walaupun golden flaxseed lebih mahal.
5) Blender Kering
Untuk mengisar flaxseed.
Cara-caranya: 1. Dengan nisbah 1:2, FO kepada LFCC, campurkan 3 sudu FO dengan LFCC. Blend sehingga tiada minyak kelihatan di sekeliling sebatian tersebut. Ianya akan mempunyai texture seperti cream cheese setelah diadun dengan gula cuma rasanya masam masin bukannya masam manis.
2. Kisar flaxseed lalu taburkan di atas sebatian FO/LFCC tersebut. Sedia untuk dimakan dan perlu dihabiskan dalam tempoh 15 minit kerana flaxseed yang telah dikisar teramat cepat teroksida lalu menjadi rancid. Boleh dimakan bersama buah-buahan seperti anggur, nenas dll atau sayur-sayuran seperti brokoli, kobis dll.
Tips: Sekiranya FO terasa pahit dan berbau menyengat, kemungkinan besar ianya rancid. FO sepatutnya berbau kekacang dan cuma sedikit kelat dan apabila dicampur dengan LFCC kekelatannya tidak berasa langsung malah agak sedap juga. Berdasarkan pengalaman aku sekiranya setelah dicampur dengan LFCC terdapat rasa pahit maka memang sah FO tersebut telah rancid bukannya apa aku telah terbeli 3 botol FO yang rancid, membazir betul...
Sekira berminat dengan diet ini, lakukan penyelidikan sendiri di internet atau beli buku-buku Dr. Budwig yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris di Amazon, kerana ia mungkin boleh menyelamatkan nyawa??
Aku sangkakan di seluruh Temerloh ini hanya aku seorang saja yang buat Budwig diet kerana selama ini aku tidak pernah langsung terdengar tentang diet ini walaupun rata-rata berjumpa dengan 'rakan seangkatan', akan tetapi sangkaan aku ternyata meleset dan aku sememangnya perasan.:D Jangan kerana selama ini aku tidak pernah dengar tentangnya bermakna orang lain pun sama tetapi sebenarnya diri sendiri yang boleh dikatakan telah ketinggalan.
"Cottage cheese beli mana?" Tanya tauke kedai di tempat kakak aku beli flaxseed oil. Ah... ternyata ada pelanggannya yang mengamalkan Budwig diet dan aku respek dia orang sebab telah lama mengetahuinya dan mengamalkannya cuma aku harap ramai lagi ahli masyarakat kita yang mengetahui tentang diet kanser ini.
Sebenarnya buat sementara waktu ini aku akan berhentikan beberapa rutin aku untuk memberi laluan kepada Budwig diet. Kenapa? Disebabkan aku telah batuk-batuk selama hampir sebulan maka aku pun mulalah suspek yang aku telah ada mets, tetapi selepas aku pergi ke hospital bahagian kecemasan pada hari Sabtu baru-baru ini dan setelah diperiksa oleh doktor serta melakukan X ray, doktor kata semuanya normal?? Hmm, paranoid punya pasal. Antibiotik pun doktor tidak bagi kerana katanya aku tidak demam, tekak tidak merah dan tiada bengkak di mana-mana nodus limfa. Walaupun begitu doktor cadangkan aku melakukan CT Scan pada follow-up seterusnya nanti.
Walaupun doktor telah mengatakan sedemikian, aku tetap skeptikal dan aku rasakan lebih baik aku berada selangkah di hadapan bak kata pakar bedah di Hospital A, "penyakit ini adalah penyakit yang paling merbahaya, untuk melawannya kita mesti sentiasa berada selangkah di hadapannya". Kata-kata itu rasanya sampai aku mati pun aku tidak akan lupa. Aku memang tidak selesa berada dalam 'comfort zone' dan aku lebih suka berjaga-jaga dan hidup aku terasa lebih aman begini. Aku tidak akan tahu bila penyakit ini akan datang semula sebab bukannya dia datang memberi salam.
Ada sahabat berkata yang aku tidak boleh terus-terusan begini dan beliau mengatakan sesuatu tentang apa tu ... law of attaraction ke? aku pun dah lupa. Oh ya, tentang "attracting bad vibes" katanya. Entahlah... apa yang aku buat ini untuk menenangkan diri aku sebenarnya. Nampak macam aku melebih-lebih tetapi sebenarnya aku berasa tenang bila aku buat sesuatu tentang situasi aku ini dan situasi aku.... seperti yang pernah aku ceritakan dahulu, aku telah mengalami recurrence dalam masa yang teramat singkat, lalu aku telah dikategorikan 'jenis agresif". Itulah hakikatnya yang terpaksa aku hadapi. Pada aku, mengalami recurrence adalah lebih traumatik berbanding kali pertama.
Saat aku menunggu MO memeriksa aku baru-baru ini, aku memang suspens teramat sangat sampai rasa macam nak lari tetapi kemudian secara tiba-tiba saja aku terkenang, kalaulah aku ditakdirkan mets apa yang patut aku lakukan? macam mana nanti? dan setelah aku bawa diri aku bertenang, barulah aku dapati sebenarnya aku telah pun ada jawapannya. Aku tanya semula diri aku, adakah kalau aku mets segala-galanya akan berubah? Tidak. Kalaulah aku mets aku tetap juga tidak akan berputus asa, aku tetap akan melawannya. Jadi sama saja keadaannya dengan sekarang cuma tambah "satu" saja lagi yang perlu dilawan. Itulah yang membuatkan aku kembali tersenyum...harapan...harapan untuk sembuh tetap ada. Insyaallah.
Budwig Diet
Berbalik semula kepada Budwig diet, ia sebenarnya adalah rawatan kanser dan rawatan ini setahu aku adalah rawatan yang paling selamat sekali dan dikategorikan sebagai strong stage IV treatment oleh cancertutor apabila dikombinasikan dengan cellect powder ie. cellect-budwig protocol. Rawatan ini tidak akan membahayakan pesakit kerana pengecutan tumor adalah dengan cara yang selamat dan tidak menyakitkan iaitu tumor tidak akan membengkak terlebih dahulu sebelum berlakunya pengecutan jadi ianya sesuai untuk segala jenis kanser dan kanser tahap advance.
Walaubagaimanapun, konsultasi dengan Mike Vrentas adalah diperlukan sekiranya mengambil cellect powder sebagai rawatan kanser. (Ianya sejenis supplimen)
Lain kali aku akan masukkan fakta-fakta menarik tentang Budwig diet...bersambung....