Baru-baru ini aku ada terbaca cerita lama tentang Setiausaha Kesihatan Britain (Britain Health Secretary-yang bertanggungjawab ke atas polisi kesihatan negara), Jeremy Hunt, yang telah di "condemn" kerana meng"condone" perubatan homeopati.
Ini adalah isi kandungan surat beliau kepada seorang Ahli Parlimen yang tidak bersetuju dengan hal tersebut;
"Dear Mr Ellis,
Thank you very much for your letter regarding EDM 1240 in support of Homeopathic Hospitals. I appreciate that you are disappointed that I added my name to this motion, and read your comments on this issue with interest.
I understand that it is your view that homeopathy is not effective, and therefore that people should not be encouraged to use it as a treatment. However I am afraid that I have to disagree with you on this issue. Homeopathic care is enormously valued by thousands of people and in an NHS that the Government repeatedly tells us is "patient-led" it ought to be available where a doctor and patient believe that a homeopathic treatment may be of benefit to the patient.
I am grateful to you for taking the time to write with your concerns. I realise that my answer will be a disappointing one for you, but I hope that the letter helps to clarify my view.
Yours sincerely,
(Signed)
Jeremy Hunt Member of Parliament South West Surrey"
Berikut adalah motion yang telah ditandatangannya;
"Early Day Motion he signed in 2007:
That this House welcomes the positive contribution made to the health of the nation by the NHS homeopathic hospitals; notes that some six million people use complementary treatments each year; believes that complementary medicine has the potential to offer clinically-effective and cost-effective solutions to common health problems faced by NHS patients, including chronic difficult to treat conditions such as musculoskeletal and other chronic pain, eczema, depression, anxiety and insomnia, allergy, chronic fatigue and irritable bowel syndrome; expresses concern that NHS cuts are threatening the future of these hospitals; and calls on the Government actively to support these valuable national assets."
Menarik. Cubaan UK untuk menjadikan perubatan homeopati sebagai pelengkap (complementary) kepada perubatan ortodox.
Sebenarnya aku cerita tentang homeopati sebab aku baru saja pulang dari sebuah klinik homeopati di Dungun dan ini bukanlah kali pertama aku ke sana. Lawatan yang pertama adalah dalam bulan May yang lepas iaitu kira-kira 2 minggu sebelum aku menjalani radioterapi.
Kesan Positif ke atas Fibroid
Aku mula pergi mendapatkan rawatan di situ selepas melihat kesan perubatan tersebut ke atas adik ipar yang telah sembuh dari fibroid yang sebesar 4cm yang telah dikesan oleh doktor pada hujung tahun lepas. Walaubagaimanapun, dengan kuasa Allah taala ketumbuhan tersebut hilang begitu sahaja selepas mengamalkan homeopati tanpa jemu selama beberapa bulan dan ianya telah disahkan oleh doktor pakar (sebelum disahkan oleh doktor pakar, doktor homeopati tersebut mengatakan ketumbuhan telah tiada tetapi akarnya masih ada) dan adik ipar sekarang sedang sarat mengandung dan tidak lama lagi insyaallah akan menimang seorang lagi cahaya mata. Moga-moga beliau sentiasa sihat dan tabah.
Sukar untuk aku percayai kalau ianya tidak berlaku di hadapan mata kerana ianya bukanlah penyakit yang biasa, tetapi berkaitan dengan tumor.
Scan Cara Melayu
Apa yang istimewa dan membezakan klinik tersebut dengan klinik homeopati yang lain ialah doktor tersebut mempunyai kebolehan untuk 'scan' penyakit iaitu beliau mempunyai firasat tentang tahap-tahap penyakit yang ada dalam tubuh seseorang pesakit.
Kesan Positif ke atas Astma
Sekiranya duduk di kawasan Bangi, aku rasa ramai yang sedia maklum dengan cara scan tersebut kerana di sebuah klinik yang terletak di PKNS Bangi juga mempunyai kaedah scan yang sama kerana a
nak aku juga pernah mendapatkan rawatan penyakit asthma disitu beberapa tahun dahulu dan sekarang boleh dikatakan kesihatan anak sudah banyak berubah kerana dia tidak lagi mengambil nebulizer setiap kali adanya serangan.
Tidak dinafikan aku memang ada memberi supplemen lain seperti madu dan mungkin ini juga menyumbang kepada kesembuhan dan kadangkala seseorang kanak-kanak juga berupaya untuk "outgrow" sesuatu penyakit dengan sendirinya. Wallahu'alam, cuma yang pasti masalah asthma ada penyelesaiannya selain dari ubat-ubatan biasa.
Kesan Positif ke atas Kanser?
Berbalik semula kepada cerita pagi tadi, setelah aku di scan, doktor mengatakan bahawa aku tiada masalah lain, kecuali kuman kanser (dari sudut perubatan alternatif, kanser adalah disebabkan oleh bakteria H. Pylori seperti yang dikatakan di artikel sebelum ini "Punca Kanser Bhg 2".) yang masih ada walaupun sudah menurun daripada 10% (scan pada bulan Mei lepas) ke 4% dan batuk aku adalah disebabkan kesan sampingan ubat-ubatan yang aku pernah ambil sebelum ini.
Aku percaya apa yang doktor katakan ini benar dan kali ini aku memang nyaris nak melompat atas meja doktor sebab terlampau gembira.
Aku tidak tahu yang mana satu yang berkesan tetapi, ianya berkesan. Sama ada MSM/CD, Budwig diet, Habbatus Sauda dan lain-lain, tidaklah aku ketahui kerana aku ambil terlampau bermacam-macam substans. Boleh jadi semua tetapi yang pasti ianya berhasil. Oh ya, tidak lupa juga mental healing dan PTR Breathing yang cuma baru-baru ini saja aku lakukan.
Akan tetapi adalah terlampau awal untuk mengatakan yang ianya adalah kesan homeopati kerana aku cuma sempat mengamalkannya selama 2 minggu sebelum bermulanya radioterapi dan seperti yang aku katakan sebelum ini, di entri "Kenapa aku Pulun", walaupun baru lepas radioterapi nodul di atas parut lama akan muncul pada waktu tertentu yang menandakan bahawa kanser masih ada.
Ianya telah tiada lagi mulai bulan Ogos sehinggalah sekarang.
Aku tahu bukan hospital yang mengesahkannya tetapi buat masa sekarang aku akan terus menganggap keputusan ini betul sehingga ianya dibuktikan sebaliknya.
Kesan positif ke atas Pendarahan Otak
Ketika aku dalam radioterapi, anak seorang sahabat baik telah dimasukkan ke NICU HUKM kerana kemalangan motorsikal lalu mengalami tengkorak retak dan pendarahan otak. Sekiranya menjalani pembedahan akan ada kesan sampingan seperti mulut akan tertarik ke sebelah dan pula tengkorak yang telah terbuka tidak boleh lagi disambung. Kalau tidak silap itulah yang dikatakan oleh doktor.
Doktor ada juga menyatakan bahawa retakan boleh sembuh begitu juga dengan darah beku tersebut ada kemungkinan untuk hilang dengan sendirinya.
Ketika di wad, doktor memberikan ubat tahan sakit dan memantau sekiranya keadaan bertambah buruk seperti muntah-muntah dan bengkak. Sekiranya bertambah buruk pembedahan terpaksa juga dijalankan.
Keadaan baik ketika dihospital lalu pihak hospital membenarkannya pulang. Ketika di rumah, anak tersebut telah mula muntah-muntah dan sakit kepala. Aku lalu mencadangkan kepada sahabat tersebut untuk menelifon doktor homeopati Dungun ini untuk menanyakan pendapat beliau.
Beliau mencadangkan satu ubat yang boleh dibeli di mana-mana klinik homeopati untuk diberikan kepada si anak dan sahabat yang terdesak ini yang tidak mempunyai banyak pilihan lain telah memutuskan untuk mengambilnya.
Akhirnya, anak ini telah pulih dari simptom-simptom dan tidak menjalani pembedahan dan telah pun menduduki UPSR baru-baru ini.
Aku tidak pasti apa sebenarnya yang membuatkannya pulih tetapi yang pasti si anak memang mengambil ubat homeopati tersebut.
Begitulah serba sedikit pengalaman yang agak bermakna pada aku tentang perubatan homeopati dan scan cara melayu.
BTW, aku suka term "complementary medicine"...
Yang Pasti Hanya Allah swt yang maha mengetahui.. kita hanya mampu merancang dan berusaha...