Saturday, 24 November 2012

Mohon Kemaafan

"Maafkan semua orang dan doa supaya semua orang memaafkan kita juga." Itulah kata-kata hikmah dari seorang sahabat.

Itu saja rasanya yang dapat dilakukan. Kalau nak minta maaf dekat semua orang sampai bila-bila pun hasrat tersebut takkan tercapai. Bukannya senang nak jumpa semula dengan tah sesiapa yang kita dah berselisih selama kita hidup ini.

Kadang-kadang tu kita sendiri pun tak tahu yang kita dah pernah melukakan hati si polan sebab niat tak ada tapi mungkin sebab cuai, tak berfikir panjang seterusnya menyebabkan hatinya terluka. Manusia memang tak pernah sepi dari melakukan kesilapan.

Tak tahu berapa ramai manusia yang aku telah berjumpa selama hidup ini, dan tak tahu berapa banyak hati yang telah terluka. Bagaimana sensitifnya hati aku macam itu juga hati orang lain. 

Lepaskan semuanya. Lepaskan mereka.

Moga-moga Allah akan membuka pintu hati semua untuk memaafkan aku juga.

Moga-moga Allah akan memberikan aku ketenangan yang aku cari-cari selama ini.

5 comments:

  1. Salam..saya nak beri cadangan untuk mencuba produk berasaskan Transfer Factor yang berfungsi sebagai mengajar sistem ketahanan imun badan kita dan memusnahkan terus virus dalam badan agar kesihatan terjamin..dijamin berkesan untuk rawatan leukimia,kanser dan banyak lagi..insyallah..try sngt2 produk ni..insyaallah dapat membantu..banyak testimonial yang berjaya dalam rawatan kanser dng menggunakan Transfer Factor..

    boleh tengok testimonial yang berjaya disini..

    https://www.facebook.com/photo.php?fbid=428201323964680&set=a.428198847298261.1073741829.428178340633645&type=1&theater

    atau visit http://4lifefortune.blogspot.com/

    terima kasih..

    ReplyDelete
  2. Suaida, arwah adik iaitu ALK mengamalkan TF tetapi tak berjaya juga... thanks for sharing..

    ReplyDelete
  3. assalammualaikum.. macam mane keadaan kesihatan sekarag nie. hope keadaan beransur pulih. kuat kan semangat yer..gud luck

    ReplyDelete
  4. Sy terbaca ada mgkin saudara mara penulis bhw beliau telah pun mwnemui ILAHI..

    ReplyDelete
  5. Sy terbaca ada mgkin saudara mara penulis bhw beliau telah pun mwnemui ILAHI..

    ReplyDelete