Walaupun orang kata bernafas itu automatik tetapi kenapa aku sering dapati diri aku sedang menahan nafas? Orang kata kanser tidak boleh hidup dipersekitaran beroksigen jadi kalau aku sering kali menahan nafas cukupkah oksigen di dalam badan aku untuk menghapuskan kanser?
Aku baru perasan perkara tersebut selepas aku terbaca entri terbaru Vernon aka.Vito dalam blognya "My Dance With Cancer" (iaitu seorang cancer survivor, kanser prostat dan mets di tulang, tahap IV. Pihak hospital tidak berupaya melakukan apa-apa dan telah menyuruh beliau pulang saja ke rumah. Beliau akhirnya survive setelah mengamalkan baking soda/molasses). Satu lagi terapi beliau ialah "bernafas" sambil bermeditasi untuk membawa masuk oksigen ke dalam badan. Beliau melakukan pernafasan melalui hidung selama 45 minit ke 2 jam sehari kalau tak silap dan ini beliau namakan PTR Breathing.
Sambil melakukan pernafasan tersebut kadang-kala beliau akan menghalakan oksigen ke tempat-tempat tertentu untuk menghilangkan kesakitan di tempat tersebut dan menurut beliau ianya berhasil.
Terapi tersebut ada kaitannya dengan terapi secara mental kerana beliau sebenarnya menggunakan imaginasi menghantar oksigen ke tempat-tempat yang sakit dan juga ke seluruh badan dan memaksa tempat tersebut untuk sembuh secara mental.
Ya! memaksa.. Memaksa badan ini untuk sembuh sambil bernafas, membawa masuk seberapa banyak oksigen keseluruh badan. Menarik.
Terapi mental bergabung dengan PTR Breathing aku rasa kesannya mesti positif.
Lagipun kalau baru-baru nak cuba tak payah keluarkan kos pun cuma kena cari lagu yang boleh menenangkan fikiran... lagu apa? Lagu classical yang aku dengar pun cuma Moonlight Sonata, itupun versi Dr. Viossy. :D. Oh ye, Fur Elise pun syok jugak kan tetapi mestikah classikal dan piano?
Aku rasa janji diri rasa tenang lagu apa pun boleh.
Assalamualaikum
ReplyDeleteSaya ingin menanyakan beberapa soalan serius kepada puan tentang kanser ini dan pandangan puan. Jika tidak ada masalah, saya ingin email puan.
terima kasih
W'salam,
ReplyDeleteALK bukanlah pakar apa-apa pun mahupun seorang doktor. ALK hanya boleh berkongsi setakat yang boleh berdasarkan pengalaman2 dan apa yang ALK telah pelajari di sepanjang perjalanan ALK dalam melawan kanser. Walaubagaimanapun, ALK sentiasa mengalu-alukan sebarang komen, pertanyaan dan saranan dan ALK amat menanti-nantikan nasihat daripada sesiapa pun terutama cancer survivor. Insyaallah, pertanyaan Mazura, ALK akan cuba jawab setakat yang mampu. Email ALK akulawankanser@gmail.com.
dengar la lagu canon in D. lagu faveret saye. hehe
ReplyDelete