Petikan dari artikel tersebut.
"Buat masa ini, teknik menggambarkan (imagery), atau membayangkan (visualization) adalah teknik yang paling popular antara teknik-teknik penyembuhan menggunakan mental. Ianya hanyalah tidak lebih dari melatih (rehearsing) pengalaman yang kita mahukan menerusi daya imaginasi--dengan tujuan yang tepat iaitu menghalakan minda bawah sedar (subconscious) untuk menjadikan pengalaman tersebut suatu realiti.
"Visualization mengambil kesempatan ke atas apa yang kita gelar sebagai satu "kelemahan" dalam tubuh: Ianya tidak berupaya membezakan di antara bayangan mental yang terang dan jelas (vivid mental experience) dengan suatu pengalaman fizikal sebenar (an actual physical experience)...
"Jurulatih di Eropah Timur kebiasaannya mengarahkan para pelajar dan atlit mereka untuk berbaring sambil mendengar lagu yang mententeramkan perasaan lalu kemudiannya membayangkan, dalam warna-warni dan secara terperinci, suatu persembahan yang memenangi kejuaraan. Ini kemudiannya diulangi sehinggalah persembahan fizikal hanya menjadi duplikasi daripada persembahan secara mental tadi yang telah dibayangkan dengan jayanya.
Soviet telah menyelidiki bahawa atlit yang meluangkan masa sebanyak tiga-perempat daripada masa mereka ke atas latihan mental adalah lebih berjaya berbanding mereka yang lebih memberi penekanan terhadap persediaan fizikal."
Sekiranya latihan mental boleh melatih tubuh atlit, ianya boleh juga secara teorinya dilatih untuk melawan penyakit.
Terdapat banyak eksperimen telah dijalankan tentang bagaimana kekuatan mental dapat mengubah sistem imunisasi badan seperti yang dilakukan oleh Dr. G. Richard Smith, Acterberg & Lawlis, Alberto Villoldo dll.
Secara ringkasnya, pengaruh kuasa daya pemikiran, kepercayaan (beliefs), tingkahlaku (attitudes) dan emosi boleh meyembuhkan.
Akan tetapi, pengaruh yang bertentangan boleh mendatangkan penyakit.
"Dua perkara yang memberi pengaruh buruk kepada kesihatan adalah stres dan kesedihan terutamanya apabila kesedihan bercampur dengan kesunyian. Dalam pertengahan abad yang lalu, Walter Cannon telah menemui bahawa keadaan emosional yang keterlaluan boleh merangsangkan limpa, organ yang memainkan peranan besar dalam ketahanan badan."
"Keberkesanannya telah terbukti bahawa bayangan mental (imagery) dapat menyembuhkan tubuh badan dan ia mempunyai dua implikasi penting. Pertama adalah ia mengesahkan bukti-butkti lain bahawa daya pemikiran boleh menyembuhkan. Keduanya adalah, penyembuhan secara mental bukanlah proses yang tidak mampu dilakukan oleh sebahagian besar dari kita. Walaupun kita berbeza dari segi keupayaan untuk membayangkan (visualize), kebanyakkan dari kita boleh mengaplikasikan teknik ini untuk beberapa tahap. Terapi mental yang efektif telah pun sedia wujud dan sedia ada untuk sesiapa sahaja yang mahu menggunakannya."
No comments:
Post a Comment