Saturday 17 November 2012

Sembuh Secara Spontan

Apakah yang membuatkan seseorang sembuh dari sesuatu penyakit secara spontan (spontaneous remission)? 

Spontaneous Remission


Pada tahun 1993, Institute of Noetic Science telah menerbitkan sebuah buku Spontaneous Remission: An Annotated Bibliography. Dalam buku tersebut, pengarangnya Caryle Hirshberg dan mendiang Brendan O'Reagan memberikan definisi spontaneous remission sebagai;

"the disappearance, complete or incomplete, of a disease or cancer without medical treatment or treatment that is considered inadequate to produce the resulting disappearance of disease symptoms or tumor." 

"hilangnya (sembuhnya), keseluruhan atau sebahagian, penyakit atau kanser tanpa rawatan perubatan atau rawatan yang dianggap tidak cukup untuk membolehkan hilangnya simptom-simptom penyakit atau tumor." 

Buku tersebut adalah sebuah kompilasi sebanyak 3500 kes pesakit-pesakit yang telah sembuh secara spontan yang telah dihimpunkan dari 800 jurnal perubatan dari seluruh dunia dari 20 bahasa.

Terdapat kes-kes kanser payudara yang telah sembuh secara spontan tanpa apa-apa rawatan langsung selain dari mengambil "painkiller". Boleh download disini.http://noetic.org/library/publication-books/spontaneous-remission-annotated-bibliography/

Apakah Noetic Science?

Noetic Science menjadi terkenal menerusi buku fiksyen The Lost Symbol, karangan Dan Brown. Walaupun buku tersebut adalah fiksyen tetapi Noetic Science yang diceritakan dalam buku tersebut adalah benar-benar wujud walaupun sedikit sebanyak diperbesar-besarkan. 

Ianya diasaskan oleh astronaut yang ke-6 menjejakkan kaki ke bulan, Edgar Mitchell, iaitu ketika dalam perjalanan pulang ke bumi, beliau telah mendapat kesedaran bahawa adalah mustahil alam semesta ini terbentuk dengan sendirinya seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak. 

Kesan daripada itu beliau lalu membuat banyak kajian untuk membuktikan bahawa potensi kesedaran (conciousness) adalah tidak semestinya menepati sains konvensyenal. 

Ada kajian yang dilakukan oleh institute ini yang telah membuktikan bahawa "niat" (intention) seseorang mempunyai pengaruh yang material.

Bersambung...



2 comments:

  1. antara doa yang mustajab dimakbulkan ialah doa seorang muslim kepada saudara muslimnya yang lain tanpa pengetahuannya.
    insya-Allah, hanya Allah yang mampu menyembuhkan, dan setiap yang baik, atau yang buruk, yang datangnya dari Allah, pasti adalah untuk kebaikkan kita juga...
    selalu-selalulah kita saling mendoakan antara satu sama lain...
    #blogspot : rawtankanser2013

    ReplyDelete
  2. Puan.. kajian pakar pesakit kanser di thailand.. bijan hitam dpt menghalang dan sel kanser serap nutrisi dlm bdn pesakit.. sekaligus badan pesakit sendiri dpt hapuskan sel2 kanser..

    ReplyDelete