Tuesday, 30 October 2012

Penyembuhan Secara Mental

Keberkesanan Teknik Penyembuhan Secara Mental. Link
                                           

Petikan dari artikel tersebut.

"Buat masa ini, teknik menggambarkan (imagery), atau membayangkan (visualization) adalah teknik yang paling popular antara teknik-teknik penyembuhan menggunakan mental. Ianya hanyalah tidak lebih dari melatih (rehearsing) pengalaman yang kita mahukan menerusi daya imaginasi--dengan tujuan yang tepat iaitu menghalakan minda bawah sedar (subconscious) untuk menjadikan pengalaman tersebut suatu realiti.

"Dr. Bernie Siegel, yang telah menggunakan visualization secara meluas dengan pesakit-pesakit kanser, menerangkan bagaimana ianya berfungsi untuk menyembuhkan dengan cara menganalisa keberkesanan teknik tersebut ketika melatih suatu pasukan yang sangat berjaya iaitu pasukan atlit yang dipunyai oleh dahulunya  Soviet bloc:

"Visualization mengambil kesempatan ke atas apa yang kita gelar sebagai satu "kelemahan" dalam tubuh: Ianya tidak berupaya membezakan di antara bayangan mental yang terang dan jelas (vivid mental experience) dengan suatu pengalaman fizikal sebenar (an actual physical experience)...

"Jurulatih di Eropah Timur kebiasaannya mengarahkan para pelajar dan atlit mereka untuk berbaring sambil mendengar lagu yang mententeramkan perasaan lalu kemudiannya membayangkan, dalam warna-warni dan secara terperinci, suatu persembahan yang memenangi kejuaraan. Ini kemudiannya diulangi sehinggalah persembahan fizikal hanya menjadi duplikasi daripada persembahan secara mental tadi yang telah dibayangkan dengan jayanya.

Soviet telah menyelidiki bahawa atlit yang meluangkan masa sebanyak tiga-perempat daripada masa mereka ke atas latihan mental adalah lebih berjaya  berbanding mereka yang lebih memberi penekanan terhadap persediaan fizikal."

Sekiranya latihan mental boleh melatih tubuh atlit, ianya boleh juga secara teorinya dilatih untuk melawan penyakit. 

Terdapat banyak eksperimen telah dijalankan tentang bagaimana kekuatan mental dapat mengubah sistem imunisasi badan seperti yang dilakukan oleh Dr. G. Richard Smith, Acterberg & Lawlis, Alberto Villoldo dll. 

Secara ringkasnya, pengaruh kuasa daya pemikiran, kepercayaan (beliefs), tingkahlaku (attitudes) dan emosi boleh meyembuhkan.

Akan tetapi, pengaruh yang bertentangan boleh mendatangkan penyakit. 

"Dua perkara yang memberi pengaruh buruk kepada kesihatan adalah stres dan kesedihan terutamanya apabila kesedihan bercampur dengan kesunyian. Dalam pertengahan abad yang lalu, Walter Cannon telah menemui bahawa keadaan emosional yang keterlaluan boleh merangsangkan limpa, organ yang memainkan peranan besar dalam ketahanan badan."


"Keberkesanannya telah terbukti bahawa bayangan mental (imagery) dapat menyembuhkan tubuh badan dan ia mempunyai dua implikasi penting.  Pertama adalah ia mengesahkan bukti-butkti lain bahawa daya pemikiran boleh menyembuhkan.  Keduanya adalah, penyembuhan secara mental bukanlah proses yang tidak mampu dilakukan oleh sebahagian besar dari kita. Walaupun kita berbeza dari segi keupayaan  untuk membayangkan (visualize), kebanyakkan dari kita boleh mengaplikasikan teknik ini untuk beberapa tahap. Terapi mental yang efektif telah pun sedia wujud dan sedia ada untuk sesiapa sahaja yang mahu menggunakannya."
                          






Monday, 29 October 2012

Wasted Time

I never thought you let it get this far, boy...
Pray it's not too late.




You and I together in our lives
Sacred ties would never fray
Then why can I let myself tell lies
And watch you die every day

I think back to the times
When dreams were what mattered
Tough talking youth naivete

You said you never let me down
But the horse stampedes and rages
In the name of desperation

Is it all just wasted time
Can you look at yourself
When you think of what
You left behind

Is it all just wasted time
Can you live with yourself
When you think of what
You left behind

Paranoid delusions they haunt you
Where my friend I used to know
He all alone
He buried deep within a carcass
Searching for a soul

Can you feel me inside your heart
As it bleeding
Why can't you believe you
can be loved

I hear you scream in agony
And the horse stampedes and rages
In the name of desperation

Is it all just wasted time
Can you look at yourself
When you think of what
You left behind

Is it all just wasted time
Can you live with yourself
When you think of what
You left behind

You said you never let me down
But the horse stampedes and rages
In the name of desperation

Is it all just wasted time
Can you look at yourself
When you think of what
You left behind

Is it all just wasted time
Can you live with yourself
When you think of what
You left behind

The sun will rise again
The earth will turn to sand
Creation colors seem to fade to grey
And youl see the sickly hands of time
Will write your final rhyme
And end a memory

I never thought you let it get
this far, boy

Tuesday, 23 October 2012

Buah-buahan, Boleh ke Tak Boleh?



Buah-buahan, boleh atau tak boleh diambil oleh pesakit kanser? Kebanyakan diet kanser tidak membenarkan mengambil buah-buahan disebabkan oleh kandungan gula yang banyak atau dikenali sebagai fruktosa yang terdapat dalam buah-buahan.

Satu kajian terkenal yang dilakukan oleh UCLA dalam tahun 2010 oleh Profesor Madya Dr. Anthony Heaney, tentang fruktosa telah mendapati bahawa sel tumor pankreas menggunakan fruktosa untuk membahagi dan merebak. Kajian tersebut agak kontroversi kerana ianya mencabar kefahaman selama ini bahawa semua gula adalah sama.


                      
Kajian beliau, walaubagaimanapun, menerima kecaman dari pihak Corn Refiners Association yang mempertahankan produk mereka iaitu High Fructose Corn Syrup (HFCS) yang terdapat dalam hampir kesemua produk makanan dan minuman di AS.

                    
Berbalik semula kepada persoalan buah-buahan, disebabkan kadar fruktosa yang teramat tinggi dikhuatiri sel kanser akan mendapat sumber gulanya dari sini lalu menghirup dan menghirup... ngeri juga bila difikirkan...

Kalau difikirkan lagi, mustahil Allah jadikan buah-buahan itu memudaratkan kesihatan? Entahlah, mungkin memudaratkan untuk pesakit kanser, itulah.. beringat sebelum kena. Bila sudah kena banyak betul pantang larangnya...


Monday, 22 October 2012

Disclaimer

Selepas aku buka banyak blog-blog kesihatan alternatif, aku rasa lebih baik jika aku masukkan disclaimer macam kebanyakkan blog-blog tersebut.

Ok ini dia... Artikel-artikel dari blog ni adalah untuk kegunaan aku secara peribadi dan tidak berniat untuk menggantikan nasihat doktor ie. pegawai perubatan anda. 

Mungkin aku akan update disclaimer ni kalau ada lagi idea nanti.

Thursday, 18 October 2012

Budwig Diet Bhg II

Dr. Johanna Budwig dilahirkan di Germany tahun 1908. Beliau telah meninggal dunia tahun 2003 ketika berusia 95 tahun. Beliau dikenali sebagai "European Cancer Research Scientist, Biologist, Blood Specialist, German Pharmacologist dan Physicist." Dr. Budwig telah dicalonkan sebanyak tujuh kali untuk anugerah Nobel Prize.

"Pada tahun 1952, di Germany beliau adalah Central Government Senior Expert untuk "fats and pharmaceutical drugs". Beliau dianggap sebagai salah seorang dari "world leading authority" tentang minyak dan lemak (oil and fats). Penyelidikan beliau telah menunjukkan kesan yang sangat besar tentang pemprosesan minyak dan lemak secara komersial terhadap memusnahkan membran sel dan merendahkan voltan dalam sel-sel badan, yang mana akan menyebabkan penyakit kronik dan yang membawa maut. Apa yang kita telah terlupa ialah kita adalah tubuh elektrik (body electric).

Tubuh Elektrik dan Medan Elektron Lemak & Minyak

"Sel-sel dalam badan kita dihidupkan oleh elektrik (fire electrically). Sel-sel mempunyai nukleus ditengah-tengahnya yang mempunyai cas positif dan membran sel, yang merupakan selaput luar sel, adalah bercas negatif.

"Dr. Budwig telah membuat penemuan bahawa apabila minyak (unsaturated fat)  telah dirawat dengan bahan kimia, kualiti minyak tersebut telah dimusnahkan dan medan elektron telah dihilangkan. Pemprosesan minyak secara komersial ini telah memusnahkan medan elektron yang diperlukan oleh membran sel dalam tubuh untuk ianya mengeluarkan elektrik ie. berfungsi dengan betul.

Kebolehan lemak-lemak untuk berkait dengan protein dan seterusnya menjadi larut dalam cecair tubuh badan - kesemua ini telah dirosakkan. Bak kata Dr. Budwig, "Bateri telah mati kerana elektron-elektron dalam lemak dan minyak ini (yang telah ditapis atau refined menggunakan bahan kimia) yang mengecasnya semula". Apabila elektron telah dimusnahkan, minyak dan lemak tidak lagi aktif lalu tidak dapat mengalir masuk ke dalam kapilari dan melepasi rangkaian kapilari yang halus. Di sinilah masalah pengaliran (curculation) akan timbul.

Tanpa metabolisma lemak yang sewajarnya dalam tubuh badan, kesemua fungsi penting dan organ akan dipengaruhi. Ianya termasuk pembentukan hidup baru dan sel baru. Badan kita menghasilkan lebih dari 500 juta sel dalam sehari.


Dr Budwig points out that in growing new cells, there is a dipolarity between the electrically positive nucleus and the electrically negative cell membrane with it’s high unsaturated fatty acids. During cell division the cell and new daughter cell must contain enough electron rich fatty acids in the cells surface area to divide off completely from the old cell. When this process is interrupted the body begins to die. In essence, these commercially processed fats and oils are shutting down the electrical field of the cells allowing chronic and terminal diseases to take hold of our bodies.

"Dr. Budwig menunjukkan bahawa dalam membina sel-sel baru, terdapat satu dipolarity diantara nukleus yang bercaj positif dan sel membran yang bercaj negatif yang mempunyai lemak tak tepu yang tinggi. Ketika pembahagian sel, sel tersebut dan sel baru anak mestilah mempunyai fatty acids kaya elektron yang mencukupi pada kawasan permukaan sel supaya ia dapat membahagi dengan sempurna daripada sel lama. Apabila proses ini diganggu tubuh akan mula mati. Dalam intipatinya, lemak dan minyak yang diproses secara komersial adalah mematikan medan elektrik sel-sel lalu membenarkan penyakit kronik dan membawa maut dihidapi oleh tubuh kita.

"Contoh yang baik ialah tumor. Dr. Budwig mengatakan bahawa "Pembentukan tumor kebiasaannya adalah seperti berikut. Di tempat-tempat dimana berlakunya banyak proses pertumbuhan, seperti kulit dan membran, organ-organ glandular, contohnya, hati dan pankreas, ataupun kelenjar dalam perut dan usus kecil--di sinilah dimana proses pertumbuhan telah diberhentikan. Disebabkan tiada dipolarity, kerana kurangnya minyak yang kaya elektron, proses pertumbuhan telah terganggu--permukaan--lemak aktif tidak ada; substans menjadi tidak aktif sebelum sempat matang dan proses penanggalan sel (shedding proses) langsung tidak berlaku, dan hasilnya adalah pembentukan tumor.

"Beliau menyatakan bahawa ianya boleh diterbalikkan dengan pengambilan makanan ringkas, cottage cheese dan minyak flaxseed, yang mana akan memperbaiki proses tumbesaran yang telah terbantut. Ini akan menyebabkan tumor atau tumor yang ada larut dengan sendirinya dan keseluruhan simptom yang menandakan "bateri mati telah disembuhkan".

"Penemuan Dr. Budwig iaitu apabila beliau mencampurkan flaxseed oil, yang mana mempunyai kuasa penyembuahan semulajadi dan lemak yang kaya dengan elektron-elektron penting, manakala cottage cheese,  yang kaya dengan protein sulfur, tindakbalas kimia tersebut menghasilkan minyak yang larut air seterusnya mudah diserap ke dalam membran sel.

Petikan dari artikel
The Budwig Diet
Cottage Cheese and Flaxseed Oil
Oleh: Mike Vrentas (ICRF)

-------------------------------------

Aku ringkaskan, apabila kita mengambil lemak dan minyak yang telah diproses yang tertulis "refined, hydragenated dan partially hyrogenated" contohnya, kita sebenarnya telah mengambil minyak atau lemak yang sudah mati-dead oil. Minyak yang mati tidak mempunyai elektron (caj negatif) yang diperlukan oleh membran (termasuk otak) yang penting untuk proses pembahagian sel ie. pembinaan sel-sel badan.

Apabila proses pembahagian sel ini terbantut, sel tersebut tidak akan terpisah dari sel lama, ianya akan berkumpul dan berkumpul lalu terbentuklah tumor.

Pengambilan berterusan minyak flaxseed yang kaya elektron akan menyebabkan proses yang terbantut ini disempurnakan jadi tumor akan hilang dengan sendirinya kerana sel-sel terbantut tadinya yang berkumpul lalu menjadi tumor telahpun membahagi dengan sempurna lalu akhirnya tiadalah sel-sel tumor.

Lemak dan minyak  mati tadinya akan berkumpul disaluran-saluran darah kerana ia tidak berupaya menembus masuk ke kapilari-kapilari dan seterusnya menyebabkan salur darah tersumbat lalu terhasillah penyakit kronik yang lain-lain.

Bertahun-tahun dahulu aku pernah menonton filem Lorenzo's Oil yang berdasarkan sebuah kisah benar yang menceritakan kegigihan sepasang suami isteri yang mencari penawar bagi anaknya yang menghidap penyakit ALD yang boleh membawa maut. Ketika itu penyakit tersebut masih tiada ubat dan pasangan ini berusaha sedaya upaya mereka hingga akhirnya mereka menemui cara memberhentikan penularan penyakit tersebut.

Pasangan tersebut mendapati bahawa terdapat sejenis minyak yang diperlukan dalam diet anak mereka iaitu minyak yang diasingkan daripada rapeseed dan zaiton. Mungkin kerana aku telah menonton filem ini aku menjadi tidak begitu skeptikal apabila terbaca tentang penemuan Dr. Budwig ini.

Menurut Dr. Budwig, beliau mempunyai 100% kadar kesembuhan dalam merawat pesakit-pesakit kanser dengan menggunakan diet flaxseed oil dan cottage cheese dan pula pesakit-pesakit yang dirawat oleh beliau kebiasaannya adalah pesakit yang "dihantar pulang untuk mati" oleh pihak hospital.

------------------------------

Untuk diet ini apa yang diperlukan ialah;

1) Organic Cold-Pressed Flaxseed oil (FO)
(Mesti yang disimpan dalam peti sejuk kedai seperti yang terjual dikedai-kedai  kecil organik. Di pasaraya besar seperti Cold Storage, Jaya Grocer, Jusco kebiasaannya ianya tidak disimpan dalam peti sejuk walaupun tertulis di botol "keep refrigerated" begitu juga di GNC. (itu awal tahun dulu, sejak itu aku sudah tidak pergi lagi ke sana) Jangan beli sekiranya tidak disimpan dalam peti sejuk kerana FO tersebut telah pun rancid dan adalah merbahayakan kesihatan sekiranya digunakan. Baca disini.)

2) Organic Low Fat Cottage Cheese (LFCC)
Ada dijual di Cold Storage Great Eastern Mall

3) Immersion Blender (Hand Blender)
Digunakan untuk mencampurkan dengan sebati FO & LFCC,  boleh juga gunakan blender tetapi tidak berapa efisyen. Ada dijual di Tesco.

4) Organic Flaxseed
Boleh didapati dimana-mana kedai organik atau seksyen organik dimana-mana pasaraya. Sama saja golden atau tidak walaupun golden flaxseed lebih mahal.

5) Blender Kering
Untuk mengisar flaxseed.

Cara-caranya:
1. Dengan nisbah 1:2, FO kepada LFCC, campurkan 3 sudu FO dengan LFCC. Blend sehingga tiada minyak kelihatan di sekeliling sebatian tersebut. Ianya akan mempunyai texture seperti cream cheese setelah diadun dengan gula cuma rasanya masam masin bukannya masam manis.
2. Kisar flaxseed lalu taburkan di atas sebatian FO/LFCC tersebut. Sedia untuk dimakan  dan perlu dihabiskan dalam tempoh 15 minit kerana flaxseed yang telah dikisar teramat cepat teroksida lalu menjadi rancid. Boleh dimakan bersama buah-buahan seperti anggur, nenas dll atau sayur-sayuran seperti brokoli, kobis dll.

Tips: Sekiranya FO terasa pahit dan berbau menyengat, kemungkinan besar ianya rancid. FO sepatutnya berbau kekacang dan cuma sedikit kelat dan apabila dicampur dengan LFCC kekelatannya tidak berasa langsung malah agak sedap juga. Berdasarkan pengalaman aku sekiranya setelah dicampur dengan LFCC terdapat rasa pahit maka memang sah FO tersebut telah rancid bukannya apa aku telah terbeli 3 botol FO yang rancid, membazir betul...



Sekira berminat dengan diet ini, lakukan penyelidikan sendiri di internet atau beli buku-buku Dr. Budwig yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris di Amazon, kerana ia mungkin boleh menyelamatkan nyawa??

Tuesday, 16 October 2012

Budwig Diet dan Mets

Aku sangkakan di seluruh Temerloh ini hanya aku seorang saja yang buat Budwig diet kerana selama ini aku tidak pernah langsung terdengar tentang diet ini walaupun rata-rata berjumpa dengan 'rakan seangkatan', akan tetapi sangkaan aku ternyata meleset dan aku sememangnya perasan.:D Jangan kerana selama ini aku tidak pernah dengar tentangnya bermakna orang lain pun sama tetapi sebenarnya diri sendiri yang boleh dikatakan telah ketinggalan. 

"Cottage cheese beli mana?" Tanya tauke kedai di tempat kakak aku beli flaxseed oil. Ah... ternyata ada pelanggannya yang mengamalkan Budwig diet dan aku respek dia orang sebab telah lama mengetahuinya dan mengamalkannya cuma aku harap ramai lagi ahli masyarakat kita yang mengetahui tentang diet kanser ini. 

Sebenarnya buat sementara waktu ini aku akan berhentikan beberapa rutin aku untuk memberi laluan kepada Budwig diet. Kenapa? Disebabkan aku telah batuk-batuk selama hampir sebulan maka aku pun mulalah suspek yang aku telah ada mets, tetapi selepas aku pergi ke hospital bahagian kecemasan pada hari Sabtu baru-baru ini dan setelah diperiksa oleh doktor serta melakukan X ray, doktor kata semuanya normal?? Hmm, paranoid punya pasal. Antibiotik pun doktor tidak bagi kerana katanya aku tidak demam, tekak tidak merah dan tiada bengkak di mana-mana nodus limfa. Walaupun begitu doktor cadangkan aku melakukan CT Scan pada follow-up seterusnya nanti.

Walaupun doktor telah mengatakan sedemikian, aku tetap skeptikal dan aku rasakan lebih baik aku berada selangkah di hadapan bak kata pakar bedah di Hospital A, "penyakit ini adalah penyakit yang paling merbahaya, untuk melawannya kita mesti sentiasa berada selangkah di hadapannya". Kata-kata itu rasanya sampai aku mati pun aku tidak akan lupa. Aku memang tidak selesa berada dalam 'comfort zone' dan aku lebih suka berjaga-jaga dan hidup aku terasa lebih aman begini. Aku tidak akan tahu bila penyakit ini akan datang semula sebab bukannya dia datang memberi salam.

Ada sahabat berkata yang aku tidak boleh terus-terusan begini dan beliau mengatakan sesuatu tentang apa tu ... law of attaraction ke? aku pun dah lupa. Oh ya, tentang "attracting bad vibes" katanya. Entahlah... apa yang aku buat ini untuk menenangkan diri aku sebenarnya. Nampak macam aku melebih-lebih tetapi sebenarnya aku berasa tenang bila aku buat sesuatu tentang situasi aku ini dan situasi aku.... seperti yang pernah aku ceritakan dahulu, aku telah mengalami recurrence dalam masa yang teramat singkat, lalu aku telah dikategorikan 'jenis agresif". Itulah hakikatnya yang terpaksa aku hadapi. Pada aku, mengalami recurrence adalah lebih traumatik berbanding kali pertama.

Saat aku menunggu MO memeriksa aku baru-baru ini, aku memang suspens teramat sangat sampai rasa macam nak lari tetapi kemudian secara tiba-tiba saja aku terkenang, kalaulah aku ditakdirkan mets apa yang  patut aku lakukan? macam mana nanti? dan setelah aku bawa diri aku bertenang, barulah aku dapati sebenarnya aku telah pun ada jawapannya. Aku tanya semula diri aku, adakah kalau aku mets segala-galanya akan berubah? Tidak. Kalaulah aku mets aku tetap juga tidak akan berputus asa, aku tetap akan melawannya. Jadi sama saja keadaannya dengan sekarang cuma tambah "satu" saja lagi yang perlu dilawan. Itulah yang membuatkan aku kembali tersenyum...harapan...harapan untuk sembuh tetap ada. Insyaallah.

Budwig Diet

Berbalik semula kepada Budwig diet, ia sebenarnya adalah rawatan kanser dan rawatan ini setahu aku adalah rawatan yang paling selamat sekali dan dikategorikan sebagai strong stage IV treatment oleh cancertutor apabila dikombinasikan dengan cellect powder ie. cellect-budwig protocol. Rawatan ini tidak akan membahayakan pesakit kerana pengecutan tumor adalah dengan cara yang selamat dan tidak menyakitkan iaitu tumor tidak akan membengkak terlebih dahulu sebelum berlakunya pengecutan jadi ianya sesuai untuk segala jenis kanser dan kanser tahap advance.

Walaubagaimanapun, konsultasi dengan Mike Vrentas adalah diperlukan sekiranya mengambil cellect powder sebagai rawatan kanser. (Ianya sejenis supplimen)

Lain kali aku akan masukkan fakta-fakta menarik tentang Budwig diet...bersambung....

Thursday, 11 October 2012

Rutin Harian, Transfer Factor, Baking Soda...

Rutin yang aku maksudkan di sini ialah rawatan aku di rumah (home remedy). Aku tau setiap orang punyai cara yang berbeza dan yang serasi dengan diri masing-masing dan ini adalah cara aku.

Sebenarnya, baru inilah aku cuba buat jadual sebab selama ini aku memang main hantam saja. Bila-bila aku rasa aku hendak ambil aku akan ambil dan masa aku malas dan muak aku tinggalkan saja.

Aku mengaku yang aku memang seorang yang tidak berdisiplin dan tidak sukakan rutin malah aku akan sengaja buat sesuatu untuk memecahkan rutin, (sekiranya tiba-tiba aku telah develop sesuatu rutin secara tidak sengaja) jadi jadual ini sangat penting sebenarnya untuk aku. Ini boleh dikira "life & death"".

Aku terfikir untuk membuat jadual ini pun selepas aku tengok di cancertutor ada satu jadual untuk protokol MSM/CD.

Ok, mari aku cuba.

5.45 Oil Pulling (Sesame Oil), Black Cumin Oil
6.30 Protandim
7.00 Transfer Factor Plus (TFP)
8.00 Madu/Kunyit
9.00 Oral Chelation
10.00 Multivitamin, Zinc C, Selenium, Vitamin E
12.00 Baking Soda/Molasses
1.00 TFP, Pommegranate juice
6.00 Madu/Kunyit
7.00 TFP, Protandim
8.00 Air Kelapa Muda, Black Cumin Oil

Transfer Factor

Transfer Factor, pada pendapat aku, semua pesakit kanser boleh cuba tanpa ada apa-apa side-effect yang membahayakan. Untuk aku memang zero side-effect.

Ianya sangat berkesan untuk meredakan simptom dan kesakitan. Waktu sebelum dibedah kali pertama, kalau tidak kerana TF aku mungkin mengalami kesakitan yang tidak tertanggung?? terutamanya selepas melakukan biopsi.

Jarak antara biopsi dengan pembedahan lebih kurang seminggu tetapi selepas melakukan biopsi aku mengalami kesakitan yang teramat sangat lalu terpaksa mengambil 2 kali ganda dos TF berbanding biasa, untuk menghilangkan kesakitan. Nasib baiklah penantian tidak lama mana, sebab harganya boleh tahan mahal itupun sudah berlubang kocek.

Akan tetapi, walaupun harganya begitu, pada aku ianya berbaloi setiap sen. Walaupun aku mengambil Protandim, tanpa TF (Plus) aku tetap tidak merasa kesihatan yang optimum (begitu juga sebaliknya). Mungkin kerana aku telah melalui pembedahan, kimoterapi dan radioterapi yang banyak jadi badan aku telah menjadi lemah.

Sekiranya dilihat sains di belakang produk ini, ianya memang hebat. Malah, ICRF menamakan TFP sebagai immune builder yang terhebat yang ada buat masa sekarang. Ianya termasuk dalam "Strong Stage 3 Protocol (b)", yang mana ianya perlu digunakan bersama-sama 3 atau 4 (tak ingat) protokol yang lain dalam kategori sama. Lihat di side-bar website tersebut.

Aku ringkaskan, ianya lebih kurang begini, setiap bayi yang baru lahir akan menyusui susu ibu yang pertama ie. colostrum yang mengandungi satu "blueprint" immune system. Kajian yang dibuat telah menunjukkan bahawa colostrum bukan sekadar mengandungi banyak nutrisi, malah yang lebih penting lagi ialah "blueprint" tersebut. Bayi dilahirkan tanpa sistem ketahanan diri dan menerusi colostrum, ia akan membangunkan sistem ketahanannya sendiri.

Apabila usia semakin meningkat, badan akan semakin kekurangan nutrisi-nutrisi yang diperlukan oleh badan oleh yang demikian, sistem ketahanan badan juga menjadi semakin lemah dan blueprint yang pada mulanya lengkap telah jadi berlubang-lubang ibaratnya lalu terhasillah penyakit-penyakit auto-immune seperti multiple skelrosis, asthma (ie. penyakit yang mana sistem ketahanan menyerang sel baik kerana disalah sangkakan jahat) dll dan degenerative seperti kanser dan sebagainya.

TF yang dibuat dari konsentrasi kolostrum akan membolehkan blueprint sistem ketahanan badan diperbaharui, dan apabila ianya ditambah dengan nutrisi dan herba-herba lain efeknya adalah sangat hebat.

Dan lagi, menurut buku yang aku baca tentang TF, (lupa tajuk dan nama penulis kerana buku tersebut telah dipinjamkan kepada seorang rakan), ianya adalah selamat dimakan oleh semua peringkat umur.

Baking Soda/Molasses (Kelmun Protocol)

Baking Soda/Molasses (BS/MS) sekiranya diambil berpotensi untuk mengecutkan tumor jadi kena tengok situasi tumor. Blog "My Dance With Cancer" aka Vernon, beliau yang didiagnosis pada tahun 2008 kanser prostat yang aggresif kelas IV yang telah merebak hingga ke tulang telah berjaya mengatasinya dengan menggunakan baking soda/molasses dan dengan mengalkalikan badan.

Protokol asal iaitu Kelmun Protokol adalah menggunakan sirup maple dan cara-caranya ada di side-bar cancertutor. Protokol ini sangat berkesan untuk jenis kanser seperti aku ini malahan isteri Stephen King (Melanie King) juga turut memasukkan BS/MS dalam rutin beliau. Beliau memilih untuk tidak menjalani "slash, poison & burn", seperti kata beliau, dan memilih natural terapi. Blog beliau ada aku linkkan disebelah ini.

Yang ini aku suka sebab murah, molases boleh dibeli dimana-mana kedai organik atau organic section di pasaraya. Baking Soda (food grade) aku beli di Jusco Keramat, murah saja tak sampai RM10.

Madu/Kunyit

Yang ini memang bagus, terdapat seorang pesakit multiple myeloma sembuh dengan memakan curcumin, link margaret's corner disebelah. Beliau yang seorang Phd telah mengumpulkan banyak kajian menarik tentang curcumin/kunyit yang mana telah terbukti dapat merawat kanser dan ianya ada diblog tersebut.

Protokol ini aku paling suka sebab murah beb... Kunyit tu aku guna serbuk kunyit saja, kalau boleh cari brand yang peratus kunyit nya tinggi 80-90%, tapi barand adabi pun boleh. Brand cap pengakap ikan yang peket kecil paling tinggi peratusan kunyit.

Apa yang menakjubkan ialah, apabila digaulkan dengan madu, warna kuning kunyit tidak melekat langsung ditangan, kalau tak percaya cubalah. Satu sudu teh kunyit=satu sudu besar madu, gaul, telan.


MSM/CD

Jadual untuk protokol ini ada di website cancertutor dan disebabkan CD amat mudah dineutralkan maka ianya lebih baik diambil berasingan dari segala jenis immune builder, antioksidan, protocel, graviola dll.

Jadi 10 hari jadual di atas, 10 hari MSM/CD seperti yang disyorkan oleh cancertutor.

Sekiranya aku tidak berjaya melakukan 100% pun, 80% pun patutnya sudah ok. Akupun tak adalah mengaharap yang aku akan dapat lakukan 100% jadual tersebut.

MMS (Jim Humble protocol) adalah murah, dan tahan sangat lama (sebotol 125ml setahun menurut estimate aku sendiri) kerana penggunaan hariannya yang sangat sedikit. Disebabkan kesannya yang sangat efektif kepada pesakit-pesakit kanser dan semakin ramai pengikutnya kerana kosnya yang murah, FDA sedang berusaha untuk ban MMS terus dari senario perubatan alternatif (dan dunia)! Boleh baca diwebsite Jim Humble (pengasas MMS) tentang pertikaian tersebut.

FDA juga sedang mencuba untuk ban pommegranate dan satu kes mahkamah diantara POM Wonderful dan FTC masih berlangsung hingga hari ini.

Conflict of Interest?
Sila klik link di bawah untuk besarkan imej. Ianya mengandungi senarai individu yang memegang jawatan dalam kerajaan AS (terutamanya FDA) tetapi turut memegang jawatan dalam Mosanto.

http://media.mercola.com/ImageServer/public/2012/january/study1-big.jpg

"In 2009, President Obama appointed former Monsanto VP for Public Policy, Michael Taylor, as a senior adviser for the FDA, turning a deaf ear to the loud protests from consumer groups. Taylor is currently serving as the deputy commissioner for foods at the FDA – a position that includes ensuring food labels contain clear and accurate information. He also oversees strategy for food safety, and planning new food safety legislation.

To say he's a fox guarding a hen house would be an understatement. This sentiment is shared by most people who are even remotely aware of food safety issues. At the time of Taylor's appointment, GE expert Jeffrey Smith commented:12


"The person who may be responsible for more food-related illness and death than anyone in history has just been made the US food safety czar. This is no joke."  "
-Dr.Mercola-



Tuesday, 9 October 2012

Tidak Dapat Lari

Satu perkara yang aku rasa betul-betul berubah selepas didiagnosis dengan big C ialah hidup aku berlatar belakangkan perasaan takut. Sekiranya bangun tidur dengan rasa sakit di bahu, aku serta-merta akan terfikir,  alamak, dah sampai ke tulang ke? bila batuk, dah sampai ke paru-paru ke? dan sebagainya...

Memanglah bukan aku seorang sahaja yang sakit di dunia ini tetapi sukar juga untuk aku mengatasi perasaan itu.

Bila aku fikirkan, apakah sebenarnya yang aku takutkan? Takutkan kesakitan? kematian? tentang keadaan orang-orang yang aku akan tinggalkan sekiranya aku telah tiada? takut berjumpa Tuhan? takutkan alam barzakh? Jawapannya, ya, semua yang di atas dan lain-lain lagi.

Aku rasa aku tahu jawapannya; mempersiapkan diri. 

Disamping berusaha untuk menyembuhkan diri, aku perlu juga mempersiapkan diri untuk Hari Akhirat yang kekal abadi.

Aku pernah terbaca yang sekiranya seseorang tidak suka untuk bertemu dengan Allah maka Allah SWT juga tidak suka untuk bertemu dengannya. 

Aku sepatutnya mempersiapkan diri supaya aku tidak lagi rasa takut untuk bertemu denganNya. Rasa takut datang kerana banyaknya dosa-dosa yang dilakukan. 

Tidak kira samada aku sembuh dari kanser atau tidak, hakikatnya maut tetap akan datang menjemput.

Sekiranya persiapan telah dibuat, mungkin rasa takut aku akan hilang dan aku boleh menghadapi segala-galanya dengan tenang... dan Allah itu Maha Pengasih. Wallahu'alam.

Tuesday, 2 October 2012

Bagaimana Keluarkan Heavy Metal Dari Diri Kita?

Tajuk tu gimmick je... sebenarnya lebih tepat lagi "Dari Tubuh Kita". Heavy metal yang nak diceritakan bukanlah merujuk kepada genre muzik :D tapi heavy metal secara literal ie. lead, merkuri, aluminium, nickel, heavy metal radioaktif  etc..

Kita selalu dengar yang radikal bebas (free radical) menyebabkan pelbagai jenis penyakit dan penuaan tetapi pernahkah dengar yang heavy metal pun sama??

"The toxic effects of heavy metals and chemicals are increasingly being recognized by the medical profession as the root cause underlying much of mankind's suffering. The December 1992 issue of The American Family Physician, published by the American Academy of Family Physicians, devoted an entire article to the signs, symptoms and causes of mercury toxicity, and also recommended chelation therapy as the treatment of choice for this affliction. In January 1993, the journal spoke of the ill effects of lead toxicity and recommended chelation therapy for this problem as well. Both mercury and lead can inflict terrible damage upon any tissue."

"Mercury is a Universal PoisonMercury toxicity can cause nearly every disorder known to man. "
                                                                                  -Karl Loren, Penyelidik, Ahli Falsafah

Tahukah anda bahawa tampalan gigi berwarna perak (silver) adalah mengandungi merkuri dan punca kepada kanser terutamanya kanser payudara? Aku baru tahu. Check out link ini

Tahukah anda vaksin adalah loaded dengan merkuri. Sekiranya ia dikatakan bebas merkuri, ianya loaded pula dengan aluminium. Ianya digunakan sebagai bahan pengawet.

Penyakit yang disangkut-pautkan dengan heavy metal toxicity ialah penyakit-penyakit kronik yang tiada penyembuh seperti kanser, sakit jantung, multiple sklerosis, alzhiemer...anda namakan saja. Semuanya disebabkan oleh heavy metal dalam badan. Haha...sekarang aku baru faham kenapa semua orang bergasak-gasak beli penapis air yang berharga beribu-ribu ringgit yang suatu masa dulu aku rasakan ianya memang suatu pembaziran. 

Tahukah anda bahawa heavy metal adalah punca kepada radikal bebas? Aku baru tahu. 

Sekiranya berminat untuk tahu lebih lagi bagaimana oral chelation boleh merawat pelbagai penyakit terutama sakit jantung boleh buka link Karl Loren di sebelah. Beliau adalah seorang penyelidik yang amat disegani dalam bidang perubatan alternatif dan beliau adalah pengasas formula kepada oral chelation Life Glow yang diendorse oleh ICRF.

Oral chelation ialah cara untuk mengeluarkan heavy metal dari dalam tubuh. Alah, ianya hanyalah sama seperti vitamin namanya saja yang fancy. Aku baru menerimanya (Life Glow Plus) daripada AS tetapi malangnya aku tidak memeriksa status halal produk tersebut sebelum membeli dan ianya tidak halal. Walaubagaimanapun, aku telah sempat makan sebanyak 20 biji sebelum perasankannya. :(

Life Glow Basic tidak mengandungi bahan berasaskan haiwan kecuali kapsul yang diperbuat dari bovine. Boleh buka capsul dan makan kandungannya saja, jadi aku akan order produk tersebut. Akan tetapi, adalah dinasihatkan untuk mengambil sekali colloidal mineral bersama dengannya.

Selain dari oral/IV chelation ialah mengambil spirulina/chlorella (detox merkuri shj), dos tinggi MSM dan Vitamin C. 

Malah, Vitamin C boleh dijadikan kayu ukur kepada tahap toxicity badan. Boleh baca di chrisbeatcancer tentang bagaimana caranya. Secara ringkasnya, makan Vitamin C sehingga kita mencecah tahap bowel tolerence ie. cirit birit/loose stool. Sekiranya bowel tolerence pada 13gram ke atas menandakan badan bertoksik. Semakin badan bertoksik, semakin kebal terhadap Vitamin C.

Sekiranya mengambil Vitamin C, elakkan dari yang mengandungi Aspartame/saccharin kerana bahan tersebut sendiri adalah penggalak kanser dan boleh menyebabkan sel-sel otak mati. Migraine dan depression juga adalah disebabkan oleh aspartame. Beli Vitamin C dos tinggi seperti 500mg atau 1gm sebiji. Kalau dapat yang powdered lagi bagus tapi di Malaysia susah, kena order on-line. 

Yang penting detoxkan badan daripada heavy metal!!!


What Doesn't Kill