Tuesday, 16 October 2012

Budwig Diet dan Mets

Aku sangkakan di seluruh Temerloh ini hanya aku seorang saja yang buat Budwig diet kerana selama ini aku tidak pernah langsung terdengar tentang diet ini walaupun rata-rata berjumpa dengan 'rakan seangkatan', akan tetapi sangkaan aku ternyata meleset dan aku sememangnya perasan.:D Jangan kerana selama ini aku tidak pernah dengar tentangnya bermakna orang lain pun sama tetapi sebenarnya diri sendiri yang boleh dikatakan telah ketinggalan. 

"Cottage cheese beli mana?" Tanya tauke kedai di tempat kakak aku beli flaxseed oil. Ah... ternyata ada pelanggannya yang mengamalkan Budwig diet dan aku respek dia orang sebab telah lama mengetahuinya dan mengamalkannya cuma aku harap ramai lagi ahli masyarakat kita yang mengetahui tentang diet kanser ini. 

Sebenarnya buat sementara waktu ini aku akan berhentikan beberapa rutin aku untuk memberi laluan kepada Budwig diet. Kenapa? Disebabkan aku telah batuk-batuk selama hampir sebulan maka aku pun mulalah suspek yang aku telah ada mets, tetapi selepas aku pergi ke hospital bahagian kecemasan pada hari Sabtu baru-baru ini dan setelah diperiksa oleh doktor serta melakukan X ray, doktor kata semuanya normal?? Hmm, paranoid punya pasal. Antibiotik pun doktor tidak bagi kerana katanya aku tidak demam, tekak tidak merah dan tiada bengkak di mana-mana nodus limfa. Walaupun begitu doktor cadangkan aku melakukan CT Scan pada follow-up seterusnya nanti.

Walaupun doktor telah mengatakan sedemikian, aku tetap skeptikal dan aku rasakan lebih baik aku berada selangkah di hadapan bak kata pakar bedah di Hospital A, "penyakit ini adalah penyakit yang paling merbahaya, untuk melawannya kita mesti sentiasa berada selangkah di hadapannya". Kata-kata itu rasanya sampai aku mati pun aku tidak akan lupa. Aku memang tidak selesa berada dalam 'comfort zone' dan aku lebih suka berjaga-jaga dan hidup aku terasa lebih aman begini. Aku tidak akan tahu bila penyakit ini akan datang semula sebab bukannya dia datang memberi salam.

Ada sahabat berkata yang aku tidak boleh terus-terusan begini dan beliau mengatakan sesuatu tentang apa tu ... law of attaraction ke? aku pun dah lupa. Oh ya, tentang "attracting bad vibes" katanya. Entahlah... apa yang aku buat ini untuk menenangkan diri aku sebenarnya. Nampak macam aku melebih-lebih tetapi sebenarnya aku berasa tenang bila aku buat sesuatu tentang situasi aku ini dan situasi aku.... seperti yang pernah aku ceritakan dahulu, aku telah mengalami recurrence dalam masa yang teramat singkat, lalu aku telah dikategorikan 'jenis agresif". Itulah hakikatnya yang terpaksa aku hadapi. Pada aku, mengalami recurrence adalah lebih traumatik berbanding kali pertama.

Saat aku menunggu MO memeriksa aku baru-baru ini, aku memang suspens teramat sangat sampai rasa macam nak lari tetapi kemudian secara tiba-tiba saja aku terkenang, kalaulah aku ditakdirkan mets apa yang  patut aku lakukan? macam mana nanti? dan setelah aku bawa diri aku bertenang, barulah aku dapati sebenarnya aku telah pun ada jawapannya. Aku tanya semula diri aku, adakah kalau aku mets segala-galanya akan berubah? Tidak. Kalaulah aku mets aku tetap juga tidak akan berputus asa, aku tetap akan melawannya. Jadi sama saja keadaannya dengan sekarang cuma tambah "satu" saja lagi yang perlu dilawan. Itulah yang membuatkan aku kembali tersenyum...harapan...harapan untuk sembuh tetap ada. Insyaallah.

Budwig Diet

Berbalik semula kepada Budwig diet, ia sebenarnya adalah rawatan kanser dan rawatan ini setahu aku adalah rawatan yang paling selamat sekali dan dikategorikan sebagai strong stage IV treatment oleh cancertutor apabila dikombinasikan dengan cellect powder ie. cellect-budwig protocol. Rawatan ini tidak akan membahayakan pesakit kerana pengecutan tumor adalah dengan cara yang selamat dan tidak menyakitkan iaitu tumor tidak akan membengkak terlebih dahulu sebelum berlakunya pengecutan jadi ianya sesuai untuk segala jenis kanser dan kanser tahap advance.

Walaubagaimanapun, konsultasi dengan Mike Vrentas adalah diperlukan sekiranya mengambil cellect powder sebagai rawatan kanser. (Ianya sejenis supplimen)

Lain kali aku akan masukkan fakta-fakta menarik tentang Budwig diet...bersambung....

No comments:

Post a Comment