Tuesday 23 October 2012

Buah-buahan, Boleh ke Tak Boleh?



Buah-buahan, boleh atau tak boleh diambil oleh pesakit kanser? Kebanyakan diet kanser tidak membenarkan mengambil buah-buahan disebabkan oleh kandungan gula yang banyak atau dikenali sebagai fruktosa yang terdapat dalam buah-buahan.

Satu kajian terkenal yang dilakukan oleh UCLA dalam tahun 2010 oleh Profesor Madya Dr. Anthony Heaney, tentang fruktosa telah mendapati bahawa sel tumor pankreas menggunakan fruktosa untuk membahagi dan merebak. Kajian tersebut agak kontroversi kerana ianya mencabar kefahaman selama ini bahawa semua gula adalah sama.


                      
Kajian beliau, walaubagaimanapun, menerima kecaman dari pihak Corn Refiners Association yang mempertahankan produk mereka iaitu High Fructose Corn Syrup (HFCS) yang terdapat dalam hampir kesemua produk makanan dan minuman di AS.

                    
Berbalik semula kepada persoalan buah-buahan, disebabkan kadar fruktosa yang teramat tinggi dikhuatiri sel kanser akan mendapat sumber gulanya dari sini lalu menghirup dan menghirup... ngeri juga bila difikirkan...

Kalau difikirkan lagi, mustahil Allah jadikan buah-buahan itu memudaratkan kesihatan? Entahlah, mungkin memudaratkan untuk pesakit kanser, itulah.. beringat sebelum kena. Bila sudah kena banyak betul pantang larangnya...


2 comments: