Sebenarnya, baru inilah aku cuba buat jadual sebab selama ini aku memang main hantam saja. Bila-bila aku rasa aku hendak ambil aku akan ambil dan masa aku malas dan muak aku tinggalkan saja.
Aku mengaku yang aku memang seorang yang tidak berdisiplin dan tidak sukakan rutin malah aku akan sengaja buat sesuatu untuk memecahkan rutin, (sekiranya tiba-tiba aku telah develop sesuatu rutin secara tidak sengaja) jadi jadual ini sangat penting sebenarnya untuk aku. Ini boleh dikira "life & death"".
Aku terfikir untuk membuat jadual ini pun selepas aku tengok di cancertutor ada satu jadual untuk protokol MSM/CD.
Ok, mari aku cuba.
5.45 Oil Pulling (Sesame Oil), Black Cumin Oil
6.30 Protandim
7.00 Transfer Factor Plus (TFP)
8.00 Madu/Kunyit
9.00 Oral Chelation
10.00 Multivitamin, Zinc C, Selenium, Vitamin E
12.00 Baking Soda/Molasses
1.00 TFP, Pommegranate juice
6.00 Madu/Kunyit
7.00 TFP, Protandim
8.00 Air Kelapa Muda, Black Cumin Oil
Transfer Factor
Transfer Factor, pada pendapat aku, semua pesakit kanser boleh cuba tanpa ada apa-apa side-effect yang membahayakan. Untuk aku memang zero side-effect.
Ianya sangat berkesan untuk meredakan simptom dan kesakitan. Waktu sebelum dibedah kali pertama, kalau tidak kerana TF aku mungkin mengalami kesakitan yang tidak tertanggung?? terutamanya selepas melakukan biopsi.
Jarak antara biopsi dengan pembedahan lebih kurang seminggu tetapi selepas melakukan biopsi aku mengalami kesakitan yang teramat sangat lalu terpaksa mengambil 2 kali ganda dos TF berbanding biasa, untuk menghilangkan kesakitan. Nasib baiklah penantian tidak lama mana, sebab harganya boleh tahan mahal itupun sudah berlubang kocek.
Akan tetapi, walaupun harganya begitu, pada aku ianya berbaloi setiap sen. Walaupun aku mengambil Protandim, tanpa TF (Plus) aku tetap tidak merasa kesihatan yang optimum (begitu juga sebaliknya). Mungkin kerana aku telah melalui pembedahan, kimoterapi dan radioterapi yang banyak jadi badan aku telah menjadi lemah.
Sekiranya dilihat sains di belakang produk ini, ianya memang hebat. Malah, ICRF menamakan TFP sebagai immune builder yang terhebat yang ada buat masa sekarang. Ianya termasuk dalam "Strong Stage 3 Protocol (b)", yang mana ianya perlu digunakan bersama-sama 3 atau 4 (tak ingat) protokol yang lain dalam kategori sama. Lihat di side-bar website tersebut.
Aku ringkaskan, ianya lebih kurang begini, setiap bayi yang baru lahir akan menyusui susu ibu yang pertama ie. colostrum yang mengandungi satu "blueprint" immune system. Kajian yang dibuat telah menunjukkan bahawa colostrum bukan sekadar mengandungi banyak nutrisi, malah yang lebih penting lagi ialah "blueprint" tersebut. Bayi dilahirkan tanpa sistem ketahanan diri dan menerusi colostrum, ia akan membangunkan sistem ketahanannya sendiri.
Apabila usia semakin meningkat, badan akan semakin kekurangan nutrisi-nutrisi yang diperlukan oleh badan oleh yang demikian, sistem ketahanan badan juga menjadi semakin lemah dan blueprint yang pada mulanya lengkap telah jadi berlubang-lubang ibaratnya lalu terhasillah penyakit-penyakit auto-immune seperti multiple skelrosis, asthma (ie. penyakit yang mana sistem ketahanan menyerang sel baik kerana disalah sangkakan jahat) dll dan degenerative seperti kanser dan sebagainya.
TF yang dibuat dari konsentrasi kolostrum akan membolehkan blueprint sistem ketahanan badan diperbaharui, dan apabila ianya ditambah dengan nutrisi dan herba-herba lain efeknya adalah sangat hebat.
Dan lagi, menurut buku yang aku baca tentang TF, (lupa tajuk dan nama penulis kerana buku tersebut telah dipinjamkan kepada seorang rakan), ianya adalah selamat dimakan oleh semua peringkat umur.
Baking Soda/Molasses (Kelmun Protocol)
Baking Soda/Molasses (BS/MS) sekiranya diambil berpotensi untuk mengecutkan tumor jadi kena tengok situasi tumor. Blog "My Dance With Cancer" aka Vernon, beliau yang didiagnosis pada tahun 2008 kanser prostat yang aggresif kelas IV yang telah merebak hingga ke tulang telah berjaya mengatasinya dengan menggunakan baking soda/molasses dan dengan mengalkalikan badan.
Protokol asal iaitu Kelmun Protokol adalah menggunakan sirup maple dan cara-caranya ada di side-bar cancertutor. Protokol ini sangat berkesan untuk jenis kanser seperti aku ini malahan isteri Stephen King (Melanie King) juga turut memasukkan BS/MS dalam rutin beliau. Beliau memilih untuk tidak menjalani "slash, poison & burn", seperti kata beliau, dan memilih natural terapi. Blog beliau ada aku linkkan disebelah ini.
Yang ini aku suka sebab murah, molases boleh dibeli dimana-mana kedai organik atau organic section di pasaraya. Baking Soda (food grade) aku beli di Jusco Keramat, murah saja tak sampai RM10.
Madu/Kunyit
Yang ini memang bagus, terdapat seorang pesakit multiple myeloma sembuh dengan memakan curcumin, link margaret's corner disebelah. Beliau yang seorang Phd telah mengumpulkan banyak kajian menarik tentang curcumin/kunyit yang mana telah terbukti dapat merawat kanser dan ianya ada diblog tersebut.
Protokol ini aku paling suka sebab murah beb... Kunyit tu aku guna serbuk kunyit saja, kalau boleh cari brand yang peratus kunyit nya tinggi 80-90%, tapi barand adabi pun boleh. Brand cap pengakap ikan yang peket kecil paling tinggi peratusan kunyit.
Apa yang menakjubkan ialah, apabila digaulkan dengan madu, warna kuning kunyit tidak melekat langsung ditangan, kalau tak percaya cubalah. Satu sudu teh kunyit=satu sudu besar madu, gaul, telan.
MSM/CD
Jadual untuk protokol ini ada di website cancertutor dan disebabkan CD amat mudah dineutralkan maka ianya lebih baik diambil berasingan dari segala jenis immune builder, antioksidan, protocel, graviola dll.
Jadi 10 hari jadual di atas, 10 hari MSM/CD seperti yang disyorkan oleh cancertutor.
Sekiranya aku tidak berjaya melakukan 100% pun, 80% pun patutnya sudah ok. Akupun tak adalah mengaharap yang aku akan dapat lakukan 100% jadual tersebut.
MMS (Jim Humble protocol) adalah murah, dan tahan sangat lama (sebotol 125ml setahun menurut estimate aku sendiri) kerana penggunaan hariannya yang sangat sedikit. Disebabkan kesannya yang sangat efektif kepada pesakit-pesakit kanser dan semakin ramai pengikutnya kerana kosnya yang murah, FDA sedang berusaha untuk ban MMS terus dari senario perubatan alternatif (dan dunia)! Boleh baca diwebsite Jim Humble (pengasas MMS) tentang pertikaian tersebut.
FDA juga sedang mencuba untuk ban pommegranate dan satu kes mahkamah diantara POM Wonderful dan FTC masih berlangsung hingga hari ini.
Conflict of Interest? |
http://media.mercola.com/ImageServer/public/2012/january/study1-big.jpg
"In 2009, President Obama appointed former Monsanto VP for Public Policy, Michael Taylor, as a senior adviser for the FDA, turning a deaf ear to the loud protests from consumer groups. Taylor is currently serving as the deputy commissioner for foods at the FDA – a position that includes ensuring food labels contain clear and accurate information. He also oversees strategy for food safety, and planning new food safety legislation.
To say he's a fox guarding a hen house would be an understatement. This sentiment is shared by most people who are even remotely aware of food safety issues. At the time of Taylor's appointment, GE expert Jeffrey Smith commented:12
-Dr.Mercola-"The person who may be responsible for more food-related illness and death than anyone in history has just been made the US food safety czar. This is no joke." "
Aku dah stop 100% rutin harian tu buat masa ni sebab rasanya tak cukup power untuk keadaan aku sekarang. Aku cuma fokus buat MSM/CD sebab itu yang rasanya berkesan dan MSM/CD tak boleh combine dgn rutin tu tapi yg bagusnya aku boleh save duit byk.;) Aku akan terus dgn MSM/CD sampai betul2 sembuh atau tukar treatmt lain. Tengok la camana...
ReplyDeletePd sudut spritual perlu juga dititik beratkan...Hj Husaini 019-5558282
ReplyDeletetuan, sekarang saya dapat maklumat melawan kanser & virus menggunakan Minyak Zaitun Dara dari Palestine. Bukan sekadar minyak zaitun biasa.. insyaAllah. saya sendiri melihat keajaibannya "mematikan" virus kaki,tangan& mulut sesingkat 1 malam. "Mematikan" virus Chicken Pox (besar) sesingkat 1 malam juga... semuanya dengan izin Allah jua. It's contains VERY HIGH antioxidant!! which is very2 good to cure & prevent cancers
ReplyDeletekuat nye smangat ALK. bangge dgan smangat awak untuk merawat penyakit. keep it up. :)
ReplyDelete