"Pada tahun 1952, di Germany beliau adalah Central Government Senior Expert untuk "fats and pharmaceutical drugs". Beliau dianggap sebagai salah seorang dari "world leading authority" tentang minyak dan lemak (oil and fats). Penyelidikan beliau telah menunjukkan kesan yang sangat besar tentang pemprosesan minyak dan lemak secara komersial terhadap memusnahkan membran sel dan merendahkan voltan dalam sel-sel badan, yang mana akan menyebabkan penyakit kronik dan yang membawa maut. Apa yang kita telah terlupa ialah kita adalah tubuh elektrik (body electric).
Tubuh Elektrik dan Medan Elektron Lemak & Minyak
"Sel-sel dalam badan kita dihidupkan oleh elektrik (fire electrically). Sel-sel mempunyai nukleus ditengah-tengahnya yang mempunyai cas positif dan membran sel, yang merupakan selaput luar sel, adalah bercas negatif.
"Dr. Budwig telah membuat penemuan bahawa apabila minyak (unsaturated fat) telah dirawat dengan bahan kimia, kualiti minyak tersebut telah dimusnahkan dan medan elektron telah dihilangkan. Pemprosesan minyak secara komersial ini telah memusnahkan medan elektron yang diperlukan oleh membran sel dalam tubuh untuk ianya mengeluarkan elektrik ie. berfungsi dengan betul.
Kebolehan lemak-lemak untuk berkait dengan protein dan seterusnya menjadi larut dalam cecair tubuh badan - kesemua ini telah dirosakkan. Bak kata Dr. Budwig, "Bateri telah mati kerana elektron-elektron dalam lemak dan minyak ini (yang telah ditapis atau refined menggunakan bahan kimia) yang mengecasnya semula". Apabila elektron telah dimusnahkan, minyak dan lemak tidak lagi aktif lalu tidak dapat mengalir masuk ke dalam kapilari dan melepasi rangkaian kapilari yang halus. Di sinilah masalah pengaliran (curculation) akan timbul.
Tanpa metabolisma lemak yang sewajarnya dalam tubuh badan, kesemua fungsi penting dan organ akan dipengaruhi. Ianya termasuk pembentukan hidup baru dan sel baru. Badan kita menghasilkan lebih dari 500 juta sel dalam sehari.
Dr Budwig points out that in growing new cells, there is a dipolarity between the electrically positive nucleus and the electrically negative cell membrane with it’s high unsaturated fatty acids. During cell division the cell and new daughter cell must contain enough electron rich fatty acids in the cells surface area to divide off completely from the old cell. When this process is interrupted the body begins to die. In essence, these commercially processed fats and oils are shutting down the electrical field of the cells allowing chronic and terminal diseases to take hold of our bodies.
"Dr. Budwig menunjukkan bahawa dalam membina sel-sel baru, terdapat satu dipolarity diantara nukleus yang bercaj positif dan sel membran yang bercaj negatif yang mempunyai lemak tak tepu yang tinggi. Ketika pembahagian sel, sel tersebut dan sel baru anak mestilah mempunyai fatty acids kaya elektron yang mencukupi pada kawasan permukaan sel supaya ia dapat membahagi dengan sempurna daripada sel lama. Apabila proses ini diganggu tubuh akan mula mati. Dalam intipatinya, lemak dan minyak yang diproses secara komersial adalah mematikan medan elektrik sel-sel lalu membenarkan penyakit kronik dan membawa maut dihidapi oleh tubuh kita.
"Contoh yang baik ialah tumor. Dr. Budwig mengatakan bahawa "Pembentukan tumor kebiasaannya adalah seperti berikut. Di tempat-tempat dimana berlakunya banyak proses pertumbuhan, seperti kulit dan membran, organ-organ glandular, contohnya, hati dan pankreas, ataupun kelenjar dalam perut dan usus kecil--di sinilah dimana proses pertumbuhan telah diberhentikan. Disebabkan tiada dipolarity, kerana kurangnya minyak yang kaya elektron, proses pertumbuhan telah terganggu--permukaan--lemak aktif tidak ada; substans menjadi tidak aktif sebelum sempat matang dan proses penanggalan sel (shedding proses) langsung tidak berlaku, dan hasilnya adalah pembentukan tumor.
"Beliau menyatakan bahawa ianya boleh diterbalikkan dengan pengambilan makanan ringkas, cottage cheese dan minyak flaxseed, yang mana akan memperbaiki proses tumbesaran yang telah terbantut. Ini akan menyebabkan tumor atau tumor yang ada larut dengan sendirinya dan keseluruhan simptom yang menandakan "bateri mati telah disembuhkan".
"Penemuan Dr. Budwig iaitu apabila beliau mencampurkan flaxseed oil, yang mana mempunyai kuasa penyembuahan semulajadi dan lemak yang kaya dengan elektron-elektron penting, manakala cottage cheese, yang kaya dengan protein sulfur, tindakbalas kimia tersebut menghasilkan minyak yang larut air seterusnya mudah diserap ke dalam membran sel.
Petikan dari artikel
The Budwig Diet
Cottage Cheese and Flaxseed Oil
Oleh: Mike Vrentas (ICRF)
-------------------------------------
Aku ringkaskan, apabila kita mengambil lemak dan minyak yang telah diproses yang tertulis "refined, hydragenated dan partially hyrogenated" contohnya, kita sebenarnya telah mengambil minyak atau lemak yang sudah mati-dead oil. Minyak yang mati tidak mempunyai elektron (caj negatif) yang diperlukan oleh membran (termasuk otak) yang penting untuk proses pembahagian sel ie. pembinaan sel-sel badan.
Apabila proses pembahagian sel ini terbantut, sel tersebut tidak akan terpisah dari sel lama, ianya akan berkumpul dan berkumpul lalu terbentuklah tumor.
Pengambilan berterusan minyak flaxseed yang kaya elektron akan menyebabkan proses yang terbantut ini disempurnakan jadi tumor akan hilang dengan sendirinya kerana sel-sel terbantut tadinya yang berkumpul lalu menjadi tumor telahpun membahagi dengan sempurna lalu akhirnya tiadalah sel-sel tumor.
Lemak dan minyak mati tadinya akan berkumpul disaluran-saluran darah kerana ia tidak berupaya menembus masuk ke kapilari-kapilari dan seterusnya menyebabkan salur darah tersumbat lalu terhasillah penyakit kronik yang lain-lain.
Bertahun-tahun dahulu aku pernah menonton filem Lorenzo's Oil yang berdasarkan sebuah kisah benar yang menceritakan kegigihan sepasang suami isteri yang mencari penawar bagi anaknya yang menghidap penyakit ALD yang boleh membawa maut. Ketika itu penyakit tersebut masih tiada ubat dan pasangan ini berusaha sedaya upaya mereka hingga akhirnya mereka menemui cara memberhentikan penularan penyakit tersebut.
Pasangan tersebut mendapati bahawa terdapat sejenis minyak yang diperlukan dalam diet anak mereka iaitu minyak yang diasingkan daripada rapeseed dan zaiton. Mungkin kerana aku telah menonton filem ini aku menjadi tidak begitu skeptikal apabila terbaca tentang penemuan Dr. Budwig ini.
Menurut Dr. Budwig, beliau mempunyai 100% kadar kesembuhan dalam merawat pesakit-pesakit kanser dengan menggunakan diet flaxseed oil dan cottage cheese dan pula pesakit-pesakit yang dirawat oleh beliau kebiasaannya adalah pesakit yang "dihantar pulang untuk mati" oleh pihak hospital.
------------------------------
Untuk diet ini apa yang diperlukan ialah;
1) Organic Cold-Pressed Flaxseed oil (FO)
(Mesti yang disimpan dalam peti sejuk kedai seperti yang terjual dikedai-kedai kecil organik. Di pasaraya besar seperti Cold Storage, Jaya Grocer, Jusco kebiasaannya ianya tidak disimpan dalam peti sejuk walaupun tertulis di botol "keep refrigerated" begitu juga di GNC. (itu awal tahun dulu, sejak itu aku sudah tidak pergi lagi ke sana) Jangan beli sekiranya tidak disimpan dalam peti sejuk kerana FO tersebut telah pun rancid dan adalah merbahayakan kesihatan sekiranya digunakan. Baca disini.)
2) Organic Low Fat Cottage Cheese (LFCC)
Ada dijual di Cold Storage Great Eastern Mall
3) Immersion Blender (Hand Blender)
Digunakan untuk mencampurkan dengan sebati FO & LFCC, boleh juga gunakan blender tetapi tidak berapa efisyen. Ada dijual di Tesco.
4) Organic Flaxseed
Boleh didapati dimana-mana kedai organik atau seksyen organik dimana-mana pasaraya. Sama saja golden atau tidak walaupun golden flaxseed lebih mahal.
5) Blender Kering
Untuk mengisar flaxseed.
Cara-caranya:
1. Dengan nisbah 1:2, FO kepada LFCC, campurkan 3 sudu FO dengan LFCC. Blend sehingga tiada minyak kelihatan di sekeliling sebatian tersebut. Ianya akan mempunyai texture seperti cream cheese setelah diadun dengan gula cuma rasanya masam masin bukannya masam manis.
2. Kisar flaxseed lalu taburkan di atas sebatian FO/LFCC tersebut. Sedia untuk dimakan dan perlu dihabiskan dalam tempoh 15 minit kerana flaxseed yang telah dikisar teramat cepat teroksida lalu menjadi rancid. Boleh dimakan bersama buah-buahan seperti anggur, nenas dll atau sayur-sayuran seperti brokoli, kobis dll.
Tips: Sekiranya FO terasa pahit dan berbau menyengat, kemungkinan besar ianya rancid. FO sepatutnya berbau kekacang dan cuma sedikit kelat dan apabila dicampur dengan LFCC kekelatannya tidak berasa langsung malah agak sedap juga. Berdasarkan pengalaman aku sekiranya setelah dicampur dengan LFCC terdapat rasa pahit maka memang sah FO tersebut telah rancid bukannya apa aku telah terbeli 3 botol FO yang rancid, membazir betul...
Sekira berminat dengan diet ini, lakukan penyelidikan sendiri di internet atau beli buku-buku Dr. Budwig yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris di Amazon, kerana ia mungkin boleh menyelamatkan nyawa??
No comments:
Post a Comment