Satu perkara yang aku rasa betul-betul berubah selepas didiagnosis dengan big C ialah hidup aku berlatar belakangkan perasaan takut. Sekiranya bangun tidur dengan rasa sakit di bahu, aku serta-merta akan terfikir, alamak, dah sampai ke tulang ke? bila batuk, dah sampai ke paru-paru ke? dan sebagainya...
Memanglah bukan aku seorang sahaja yang sakit di dunia ini tetapi sukar juga untuk aku mengatasi perasaan itu.
Bila aku fikirkan, apakah sebenarnya yang aku takutkan? Takutkan kesakitan? kematian? tentang keadaan orang-orang yang aku akan tinggalkan sekiranya aku telah tiada? takut berjumpa Tuhan? takutkan alam barzakh? Jawapannya, ya, semua yang di atas dan lain-lain lagi.
Aku rasa aku tahu jawapannya; mempersiapkan diri.
Disamping berusaha untuk menyembuhkan diri, aku perlu juga mempersiapkan diri untuk Hari Akhirat yang kekal abadi.
Aku pernah terbaca yang sekiranya seseorang tidak suka untuk bertemu dengan Allah maka Allah SWT juga tidak suka untuk bertemu dengannya.
Aku sepatutnya mempersiapkan diri supaya aku tidak lagi rasa takut untuk bertemu denganNya. Rasa takut datang kerana banyaknya dosa-dosa yang dilakukan.
Tidak kira samada aku sembuh dari kanser atau tidak, hakikatnya maut tetap akan datang menjemput.
Sekiranya persiapan telah dibuat, mungkin rasa takut aku akan hilang dan aku boleh menghadapi segala-galanya dengan tenang... dan Allah itu Maha Pengasih. Wallahu'alam.
hey kenapa nak takut ... dont be... saya tak pernah rasa saya pesakit kanser. Alhamdulillah selepas 6 bulan pembedahan & rawatan radioterapi; hari ini saya disahkan Cancer Free!!!!!!!!!!!!!!!
ReplyDeletesekuarang2nya: saya dah lama `mengesahkannya'. sy tau saya sihat & tiada kanser lg
sorry: nak drop komen pon susah. sy kena try hampir 20 kali.. dah separuh give up dah... mcm tak nak bg komen jeh
ReplyDeleteAlamak. Ye ke... Apa pun tima kasih banyak sebab tak give up nak bagi komen.:D Really appreciate segala susah payah tu! Alhamdulillah, saya tumpang gembira dengan berita tu. Saya dah baca kat tinta zk. Perjalanan saya masih lagi panjang rasanya... Insyaalah saya akan usaha sampai xde rasa takut lagi. Doakan saya juga ye.
ReplyDeleteInsya Allah, smg berjuang n terus berjuang...
ReplyDeletecuma nak berkongsi info yg gabungan jus delima + soya dapat membantu melawan kanser
jemput ke blog kesihatan saya
http://penawarsihat.blogspot.com