Tuesday, 11 September 2012

Apakah Penyebab Kanser (Bhg II)

http://www.cancertutor.com/Articles/What_Causes_Cancer.html

Bahagian satu artikel tersebut telah aku terjemahkan sebelum ini.

---------------------------------------------------------------------------------

What Causes Cancer

Webster Kehr

Independent Cancer Research Foundation


Part 2 of 3: Apakah yang Menyebabkan Kanser di Peringkat Selular?

Setakat ini kita hanya bercakap tentang apa yang menyebabkan kanser diperingkat sistemik. Jadi apakah yang menyebabkan satu individu sel menjadi sel kanser (cancerous)? Banyak sel kanser yang terbentuk dengan cara satu sel kanser membahagi menjadi dua sel kanser. Akan tetapi, bagaimanakah sel yang normal boleh menjadi sel kanser?

Dalam sel normal, molekul-molekul yang bergelar ATP (adenosine triphosfphate) memberikan tenaga kepada sel. Molekul ATP terbentuk di dalam mitokondria yang berada dalam setiap sel tubuh manusia. Malah, ada beribu-ribu mitokondria dalam setiap sel tubuh manusia.

Proses yang normal untuk menghasilkan ATP adalah seperti berikut (telah diringkaskan seringkas-ringkasnya):

1. Glukosa memasuki sel.
2. Sesetengah dari glukosa ditukar menjadi Pyruvate (Ianya melalui 10-step proses)
3. Pyruvate memasuki mitokondria.
4. Apabila telah masuk ke mitokondria, Pyruvate akan memulakan dua reaksi kimia (chain reaction) yang berturutan. (Kitaran Asid Sitrik dan Kitaran Pengangkutan Elektron yang mana ianya mula berkitar pada kira-kira pada pertengahan kitaran Asid Sitrik). Dua kitaran inilah yang akan menghasilkan kebanyakkan daripada molekul-molekul ATP dalam sel.

Sel kanser menelan 15 kali lebih glukosa berbanding sel normal. Jadi secara logiknya seseorang akan menyangka bahawa sel kanser akan menghasilkan molekul ATP, 15 kali lebih daripada sel normal.

Akan tetapi, sel kanser dilihat menghasilkan kosong molekul ATP! Sel-sel kanser telah kebuluran molekul-molekul ATP dan ianya akan beralih kepada penapaian untuk menghasilkan molekul ini.

Dengan glukosa yang banyak (ditelan oleh sel kanser tadi) bukankah sepatutnya ATP yang dihasilkan adalah melimpah-ruah!! Kenapakah sel kanser menggunakan 15 kali lebih glukosa akan tetapi tidak mampu menghasilkan langsung ATP secara normal?

Apa yang menghalang penghasilan molekul ATP ialah bakteria plemorphic yang sangat istimewa, ianya dipercayai oleh Independent Cancer Research Foundation dan badan-badan yang lain, ialah Helicobacter Pylori atau H. pylori. Malah, bukti-bukti menunjukkan dengan pasti (fairly conclusive) ianya H. pylori tetapi saya tidak akan pergi ke sebab-musababnya.

Walaupun semua orang mempunyai bakteria H. pylori dalam badan (kebiasaannya dalam sistem penghadaman), tetapi biasanya ia tidak akan memasuki sel normal. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan bakteria ini berjaya memasuki sel seperti ia menjadi agresif disebabkan oleh diet yang berasid, asbestos yang boleh memotong membran sel, dan sebagainya (aku rasa termasuklah unresolved conflict http://jomlawankanser.blogspot.com/2012/08/unresolved-conflict-sebabkan-kanser.html yang menyebabkan sel di kawasan tertentu menjadi lemah kerana formasi yang tidak sempurna lalu membenarkan bakteria ini masuk? wallahu’alam).  Tetapi ingat walaupun kita semua mempunyai sel-sel kanser, jangan lupa bahawa kita juga mempunyai sistem ketahanan.

Jadi bagaimanakah bakteria menghalang penghasilan molekul ATP dan seterusnya menukar sel tersebut menjadi kanser selepas ia masuk ke dalamnya (memasuki sel)? 


Bakteria tersebut menghalang penghasilan ATP dengan 2 cara:

Pertama, bakteria memakan glukosa maka semasa ianya menembusi sel, (satu bakteria ialah lebih kurang sama saiz dengan mitokondria) ia telah memintas lebih dan lebih glukosa. Oleh yang demikian, pyruvate yang dihasilkan semakin kurang dan kurang.

Kedua, bakteria mengkumuhkan mycotoxins yang sangat berasid dan ianya memang molekul tidak berguna. 


Hasilnya ialah, mitokondria yang "berenang" di lautan pyruvate sekarang berenang di lautan  mycotoxins!!


Inilah yang menghalang mitokondria dari mendapatkan pyruvate dan menghalang kedua-dua Kitaran Asid Sitrik dan Kitaran Pengangkutan Elektron dan menghalang penghasilan molekul ATP dalam mitokondria.





Mikrob ini tersangatlah pleomorphic, bermakna ianya mempunyai pelbagai saiz dan bentuk (16 secara tepatnya, seperti yang ditemui oleh Gaston Naessens). Mikrob ini boleh menjadi sebesar virus. Ramai yang menyangka yang ianya adalah virus dan fungi yang menyebab kan kanser tetapi sebenarnya adalah bakteria yang sangat pleomorphic penembus dinding sel yang tidak sempurna.


Sebuah buku: The Persecution and Trial of Gaston Naessens menerangkan 16 fasa perkembangan mikrob kanser. Dan juga sila lihat artikel ini yang menunjukkan 16 saiz dan bentuk yang berbeza yang membincangkan kepentingan saiz dan bentuk ini kepada rawatan alternatif yang tertentu. http://www.cancertutor.com/Articles/Advanced_Cancer_Theory.html


Dalam bentuknya yang lebih kecil iaitu sebesar virus ia boleh masuk ke dalam nukleus sel. Seperti virus, apabila masuk ke dalam nukleus, DNA mikrob kanser boleh berhubung dengan DNA dalam nukleus sel lalu mengubah struktur DNA sel tersebut.


  • Apa yang lebih penting, Dillers menunjukkan kuman-kuman kanser (mikrob) boleh memasuki bukan hanya sel, malah dalam nukleus sel. Serangan intra-nuklear ini bermaksud mikrob kanser ini boleh mencapai gen yang terdapat dalam sel nukleus tersebut. Four Women Against Cancer- oleh Dr Allan Cantwell M.D, M/s 47

Dillers adalah sebahagian dari sekumpulan penyelidik Virginia Livingston, M.D..

Saintis melihat bahawa kerosakan DNA yang dilakukan oleh mikrob ini lalu membuat pernyataan bahawa kerosakan DNA menyebabkan kanser. Ini seperti mengatakan asap menyebabkan kebakaran. Ianya satu tekaan yang bagus, tetapi adalah tidak benar. Kerosakan DNA dalam sel kanser adalah disebabkan oleh DNA bakteria pleomorphic yang sama, yang menghalang penghasilan molekul ATP. Sebenarnya, bakteria ini mempunyai pelbagai lagi cara untuk menghasilkan sel kanser, melindungi sel kanser dan menyebarkan sel kanser!! Malah, karakter bakteria ini adalah diluar jangkauan.


Maka, pernyataan yang dibuat oleh para penyelidik kanser (yang dibiayai oleh industri farmasutikal) bahawa kerosakan DNA ialah penyebab kanser adalah salah.


Dalam mana-mana kes, disebabkan oleh kurangnya tenaga dalam sel kanser (ie. disebabkan oleh kurangnya molekul ATP) , sel-sel kanser menjadi sangat lemah. Akan tetapi, disebabkan sel kanser mencuri glukosa daripada badan, sel-sel yang sihat adalah kekurangan glukosa dan sakit tenat!


Ia bertambah teruk.

Sel kanser menghasilkan asid laktik dalam jumlah yang besar ketika ia memproses glukosa yang banyak. Asid laktik ini memasuki aliran darah dan hati. Hati akan menukar asid laktik menjadi glukosa. Kitaran "bola ping-pong" ini, yang mana sel kanser menukarkan glukosa kepada asid laktik dan hati menukarkan asid laktik kepada glukosa, ianya dinamakan kitaran asid laktik (lactic acid cycle) atau cachexia cycle. Kitaran inilah yang membunuh lebih kurang separuh dari pesakit-pesakit kanser kerana terlalu banyak tenaga yang digunakan di kedua-dua penjuru kitaran. 

Ramai para-penyelidik kanser, bermula lebih dari 100 tahun dahulu dalam tahun 1890-an, telah mendapati bahawa penyebab kanser adalah mikrob (peringkat selular) walaupun mereka tidak mengetahui mekanisma dalam sel yang membuatkan sel menjadi kanser disebabkan oleh mikrob.


  • Pada 1890, seorang ahli patologi yang terkenal, William Russels (1852-1940) yang pertama melaporkan "parasit kanser" dalam tisu kanser yang telah dicalit dengan carbol fuchsin, celupan merah. "Parasit" tersebut dijumpai di dalam dan luar sel kanser. Jenis yang terkecil adalah hampir tidak dapat dilihat dibawah mikroskop, dan jenis terbesar adalah sebesar sel darah merah. Russels turut menjumpai "parasit" pada tuberculosis, syphillis dan ulcer kulit. -Four Women Against Cancer by Alan Cantwell, M.D., mukasurat 53-54

Perhatikan bahawa mikrob kanser berada dalam dan luar sel kanser. Satu cara yang digunakan oleh sel kanser untuk cepat merebak (sekurang-kurangnya bagi sejenis kanser) ialah dengan mikrob kanser keluar dari sel dan bergerak melalui darah dan mencipta koloni baru jauh dari koloni asal. Squamous Cell Carcinoma, melanomas, sarcomas dan kanser uterus, telah dikenalpasti oleh para penyelidik ICRF merebak dengan cara begini.

Secara ringkas, kanser pada peringkat sistemik adalah disebabkan oleh ketakseimbangan   diantara sistem ketahanan dan bilangan sel-sel kanser. Pada peringkat sistemik, ada begitu banyak perkara yang menyebabkan kanser, terutamanya yang menyebabkan sistem ketahanan lemah.

Akan tetapi, kanser pada peringkat selular adalah disebabkan oleh sejenis mikrob yang sangat unik dan mikrob yang sama.

___________________________________________________

Rakan aku yang semalam aku katakan kritikal di HKL masih lagi tidak sedarkan diri dan seorang lagi bekas rakan sekerja sedang bercuti tanpa gaji. Beliau mempunyai tumor dibahagian otak dan menunggu tarikh pembedahan. Doakan kami agar tabah mengharungi dugaan ini dan sembuh seperti sediakala.

No comments:

Post a Comment