Dr. Ryke Geerd Hamer's German New Medicine (1)
http://www.healingcancernaturally.com/hamer.html#hamer1
Aku skip intro dan terus ke topik dibawah.
Satu-satunya Penyebab
Aku skip intro dan terus ke topik dibawah.
Dr. Hamer’s Revolutionary Brain-Emotion-Disease Studies
Satu-satunya Penyebab
Penemuan oleh... doktor Jerman Ryke Geerd Hamer, disahkan pada Disember 9, 1988, di Universiti Vienna.
Termaktub dalam skrip habilitasi yang beliau persembahkan di [Germany] Tübingen University pada Oktober 1981, Dr. Hamer telah meringkaskan penyelidikannya dengan satu kenyataan: "Saya mencari-cari kanser di dalam sel dan saya telah menemuinya dalam bentuk pengekodan yang salah di dalam otak."
Sehingga kini, kanser ialah penyakit-penyakit organ dan dengan itu, merawat simptom-simptom di organ terbabit adalah cara rawatannya. Jiwa dan otak yang mengemudi segala organ-organ (organism), telah diabaikan.
Berdasarkan pengalaman beliau sendiri--beliau sendiri telah mendapat kanser-dan daripada pesakit-pesakit yang telah dirawat olehnya dari pelbagai klinik di universiti, Dr. Hamer telah mengesahkan bahawa tahun demi tahun ianya sentiasa terdapat satu gejala (syndrome) yang pasti di tempat bermulanya kanser dan ia bukanlah hanya sejenis terikan (stress). Ia memerlukan satu perangsang (stimulus) yang kuat, sesuatu trauma jiwa yang dahsyat (brutal psychic trauma), yang mana ianya adalah satu tamparan kepada pesakit sebagai peristiwa besar yang berlaku dalam hidupnya, konflik dramatik yang teruk (acute), yang meninggalkan seluruh jiwanya dalam pengasingan (complete psychic isolation). Gejala asal ini, yang telah ditemui oleh beliau dan telah diuji dengan teliti dalam setiap 15,000 kes kanser yang telah dirawat oleh beliau hingga kini, beliau namakan DIRK HAMER SYNDROME (DHS), sempena nama anak lelaki beliau, Dirk, yang mana kematiannya dalam tahun 1978 adalah permulaan kepada kanser Dr. Hamer sendiri.
Pengalaman daripada kes-kes beribu-ribu individu yang telah didiagnosis dan dirawat tahun demi tahun sebelum ini, telah membolehkan beliau membawa keluar constants dan merumuskan satu hukum, yang sentiasa dibuktikan dengan tepatnya, iaitu Iron Law of Cancer (Hukum Kebal Kanser), yang belum pernah disangkal oleh sesiapa. Hukum ini, yang mana Dirk Hamer Syndrome ialah tunjangnya, menyatakan seperti berikut:
1. Kesemua kanser bermula dengan DHS, iaitu, satu kejutan yang teramat dahsyat (extremely brutal shock), sesuatu konflik dramatik yang teruk, pengalaman yang terasing dan perasaan yang dirasai oleh pesakit sebagai yang paling penting (the most serious) yang pernah dirasai beliau.
2. Ianya adalah konflik yang memberikan maksud yang subjektif, tentang bagaimana seseorang pesakit merasainya [kemarahan, kesedihan, rasa dikhianati dll] pada ketika berlakunya DHS, yang mewarnai, inilah yang akan menentukan:
- fokus Hamer, iaitu, kawasan tertentu di otak, yang mana, di bawah pengaruh trauma jiwa, mengalami kerosakan (breakdown) dan seterusnya mengakibatkan penembusan yang tidak diingini (ill-proliferation) oleh sel-sel (kanser) dalam organ yang bergantung kepada kawasan otak yang telah mengalami litar putus ini (short curcuit cerebral area);
- lokasi kanser dalam organ-organ.
3. Adanya korelasi secara tepat antara perkembangan konflik tersebut dan perkembangan kanser di kedua-dua peringkat: otak dan organ
Konflik yang kedua atau ketiga berserta DHS akan berlaku setelah bangkitnya DHS yang pertama. Sebagai contoh, diagnosis kanser akan tiba-tiba menyebabkan ketakutan terhadap kematian, akan menyebabkan tompok-tompok bulat di paru-paru, atau perselisihan dalam penurunan nilai-nilai diri (conflict of self-devaluation), akan menyebabkan kanser tulang: kesemua ini bukanlah "metastasis" akan tetapi adalah tumor-tumor baru yang telah disebabkan oleh foci Hamer yang baru di dalam otak, yang terjadi di bawah pengaruh trauma jiwa yang baru.
Sebaik sahaja konflik telah diselesaikan, akan terjadinya suatu pembalikan yang berlawanan (inversion of polarity), kerosakan di otak (focus Hamer) akan dibaiki dengan terbentuknya satu oedema, di mana sel-sel yang tadinya telah ditembusi secara anarki kerana kod-kod salah yang diberikan oleh komputer di otak, tidak lagi dilemahkan oleh kod-kod salah tersebut, lalu tumor akan berhenti merebak (carcinostasis) dan sembuh (peritumoral oedema), ianya encysted, berubah bentuk atau dibuang. Pertumbuhan semula ini kebiasaannya akan diiringi oleh kesakitan dan peritumoral oedema seperti ascites (suatu himpunan cecair di peritoneal cavity), wet pleura, periostal oedema, dll.
[Perkataan yang dalam italic adalah istilah-istilah kedoktoran dan tiada dalam kamus biasa untuk aku terjemahkan]
Disebabkan oleh pembalikan saraf dan peralihan kepada vagotony , keseluruhan organisma akan memulakan fasa pertumbuhan semula yang panjang dengan pembengkakan oedematous diseluruh badan (seperti wanita hamil), kembali kepada tabiat tidur (sleeping pattern) yang normal, pulih selera makan dan berat badan naik, suatu perasaan yang sihat (well-being) dialami oleh pesakit. Namun begitu, keletihan dan kepayahan adalah tipikal vagotony dan kesemua ini akan mengelirukan seseorang doktor yang tidak berpengalaman untuk mendiagnosis yang ianya adalah keadaan kesihatan pesakit yang bertambah parah.
[Perkataan yang dalam italic adalah istilah-istilah kedoktoran dan tiada dalam kamus biasa untuk aku terjemahkan]
Disebabkan oleh pembalikan saraf dan peralihan kepada vagotony , keseluruhan organisma akan memulakan fasa pertumbuhan semula yang panjang dengan pembengkakan oedematous diseluruh badan (seperti wanita hamil), kembali kepada tabiat tidur (sleeping pattern) yang normal, pulih selera makan dan berat badan naik, suatu perasaan yang sihat (well-being) dialami oleh pesakit. Namun begitu, keletihan dan kepayahan adalah tipikal vagotony dan kesemua ini akan mengelirukan seseorang doktor yang tidak berpengalaman untuk mendiagnosis yang ianya adalah keadaan kesihatan pesakit yang bertambah parah.
Ketika proses penyembuhan, pelbagai jenis komplikasi otak akan timbul, bergantung kepada tempoh sesuatu konflik dan lokasi fokus Hamer. Kawasan yang paling sukar untuk ditangani ialah disekitar pusat-pusat penting vegitasi yang bertanggungjawab kepada suhu, pernafasan dan sirkulasi jantung. Pembengkakan boleh dikawal dengan mengelakkan pengambilan alkohol, cortizone, diuretics dan kopi serta pengambilan ubat anti-inflamasi dan meletakkan ais di leher dan di atas kepala bagi kes-kes tertentu, membantu untuk mengawal akibat-akibat yang tidak dijangkakan, hasil daripada sistem saraf parasympathetic yang tiba-tiba bekerja lebih masa. Sekiranya ada tempat-tempat lain yang timbul pada masa yang sama, dengan timbulnya beberapa pembengkakan, pengambilan cecair dilarang tegas.
Sehingga kini, doktor-doktor berpegang kepada undang-undang yang tidak tertulis bahawa pesakit tidak seharusnya menderita. Dianggap sebagai kesakitan dan simptom yang paling teruk selepas kematian, kesakitan yang dialami ketika proses penyembuhan yang kelihatannya seperti tidak dapat ditanggung, hanyalah untuk suatu fasa sahaja iaitu empat ke enam minggu, berhenti dengan sendirinya selepas dua atau tiga minggu. Ianya penting untuk disedari bahawa sensitiviti pesakit kepada kesakitan adalah amat berbeza sekiranya ia tahu bahawa ianya hanyalah satu fasa peralihan, dan sesetengah pesakit akan mengambil ubat-ubatan yang minimum sekiranya mereka tahu yang mereka mempunyai harapan.
Mungkin tiga suku dari kanser disebabkan oleh DHS berhenti pembentukannya sebelum ianya ditemui kerana, konflik telah diselesaikan sebelum ia menjadi matang. Apa yang bahaya ialah, ketika pemeriksaan, encrysted cancers [kanser yang tak menjadi] boleh disalah anggap. Diagnosis yang salah akan menyebabkan reaksi panik, ketakutan kepada kematian, iaitu satu DHS yang menghasilkan tompokan-tompokan bulat di paru-paru. Jadi seseorang yang baru saja terselamat, akan dilemparkan dalam kitaran terapi.
Kaedah empirikal, dan kajian yang bertahun-tahun yang membawa kepada the iron law of cancer telah memberikan kita beberapa kunci yang sangat bernilai. Sudah pastinya, Dr. Hamer mendapati leukemia akut adalah bertepatan dengan hukum kebal ini. Ianya bermula dengan DHS dan konflik hebat tentang self-devaluation... Terkena sawan, asalkan tidak ada trauma otak, atau bawaan kecacatan sejak lahir, adalah reaksi kepada sesuatu organ yang mencuba untuk menahan pembengkakan yang disebabkan oleh sistem saraf parasympathetic yang bekerja lebih masa, yang disebabkan oleh peningkatan aktiviti sistem saraf.
Kaedah empirikal, dan kajian yang bertahun-tahun yang membawa kepada the iron law of cancer telah memberikan kita beberapa kunci yang sangat bernilai. Sudah pastinya, Dr. Hamer mendapati leukemia akut adalah bertepatan dengan hukum kebal ini. Ianya bermula dengan DHS dan konflik hebat tentang self-devaluation... Terkena sawan, asalkan tidak ada trauma otak, atau bawaan kecacatan sejak lahir, adalah reaksi kepada sesuatu organ yang mencuba untuk menahan pembengkakan yang disebabkan oleh sistem saraf parasympathetic yang bekerja lebih masa, yang disebabkan oleh peningkatan aktiviti sistem saraf.
----------------------------------------
Akan bersambung ke Bahagian II, insyaallah.
No comments:
Post a Comment