Tuesday, 11 September 2012

Bagaimana Hentikan Nafsu Makan?

Pagi Ahad yang lepas, suami aku memakan dua bungkus Nasi Lemak Fauziah yang memang sedap lagi terkenal di Temerloh yang cuma pagi-pagi Ahad saja ada terjual itupun hanya di Pekan Sari. Memang aku tidak tahu bagaimana Temerloh tanpa Nasi Lemak Fauziah dek kerana kesedapannya itu yang telah menjadikan ianya satu ikon di sini. Ibu sudah siap masak kuah durian tetapi lawannya tidak ada, jadi selepas menghabiskan dua bungkus nasi lemak tersebut, suami pun start motor dan pergi pula beli roti putih yang kemudiannya beliau telah berjaya menghabiskan lima keping banyaknya bersama beberapa mangkuk kuah durian. Ha? Itu sajalah yang mampu aku katakan apabila beliau memberitahu aku. Aku sangkakan yang beliau telah berhenti dengan nasi lemak saja tadi.
Ia membuatkan aku teringat artikel tentang diet yang ditulis oleh Karl Loren
http://www.karlloren.com/Diabetes/raw-food-diet.htm      

Manusia mempunyai naluri-naluri dan yang paling asas sekali dan yang paling utama iaitu naluri untuk terus hidup (survival). Ianya adalah apa yang memotivasikan semua jenis hidupan-manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan.
Akan tetapi, apa yang menghampiri naluri kelangsungan hidup (survival) ialah naluri nikmat (sensation)-naluri mengidam-idamkan/keinginan (desire) dan untuk merasai (experiencing) nikmat. Dua nikmat yang akan pertama datang ke pemikiran ialah seks dan makan. Ianya kelihatan “natural” (“semulajadi”), kerana tanpa seks tiadalah zuriat, dan tiada masa hadapan. Tanpa makan, kebuluran dan kematian.
       
Naluri Semulajadi manusia.. zuriat dan makanan...

Jadi keinginan untuk merasai nikmat-nikmat (sensations) tersebut yang berhubungkait dengan keperluan asas hidup adalah kelihatan amat rational. Tetapi ianya amat jelas yang seseorang boleh menjadi sangat tidak siuman tentang subjek seks, mencari sensasi sexual jauh, jauh dari apa yang diperlukan untuk mendapatkan zuriat. Tenaga yang “devoted” untuk aktiviti-aktiviti seksual adalah tersangat banyak yang mana ianya tidak berkaitan langsung dengan mendapatkan zuriat — ini semuanya diklasifikasikan sebagai mengejar naluri keinginan untuk merasai nikmat hanya nikmat semata-mata –bukannya untuk survival.
Kehendak/keinginan untuk mendapatkan nikmat makan amat jelas telah jauh melampaui keperluan tubuh badan sehinggakan tahap obisiti dalam masyarakat kita hari ini adalah bertentangan dengan survival (kelangsungan hidup).
Kemahuan untuk melangsungkan hidup adalah waras dan logik kepada apa saja jenis hidupan. Naluri yang seterusnya mungkin mempunyai sedikit nilai kelangsungan hidup, tetapi yang pastinya ianya sudah tiada lagi dalam dunia hari ini.
Keinginan Untuk Nikmat ialah, saya rasakan anda akan dapati, secara tepatnya berlawanan dengan kelangsungan hidup, maka dengan demikian, adalah menyimpang sekarang ini.
Desire For Sensation is, I think you’ll find, exactly contrary to survival, and thus an aberration today.

Memang bila difikirkan selama ini aku banyak mengejar nikmat makan yang berlawanan dengan kehendak badan untuk survival. Aku seorang yang ketagih gula dan aku menghabiskan duit, tenaga dan masa untuk mengejar ketagihan tersebut padahal ianya hanya menyakitkan tubuh aku dan aku tiada keraguan yang ianya adalah punca utama aku mendapat label big C.

Elakkan lah memakan benda-benda yang manis...



No comments:

Post a Comment