Ianya begini, sebelum aku menghantar email kepada seseorang yang aku telah pilih untuk bekerjasama dengannya, aku telah baca hampir kesemua protokol di side-bar cancertutor.com kerana aku tahu yang aku mahukan nasihat percuma jadi aku kenalah buat "bahagian" aku. Jadi, apabila aku telah ada idea apa rawatan-rawatan yang sesuai untuk aku, barulah aku tanyakan sama ada ianya boleh atau tidak untuk aku gabungkan sedemikian, sedemikian, lalu meminta nasihat beliau berdasarkan sejarah perubatan aku dan situasi aku.
Apa yang aku harapkan? Tidak banyak. Aku cuma berharap yang beliau berikan petunjuk tentang protokol mana yang patut aku lakukan itu sahaja. Selebihnya tentang implementasi protokol, aku tahu yang ianya telah lengkap diberikan di link di side-bar jadi ianya tiada masalah. Alhamdulillah, ianya tidak menghampakan dan beliau sangat-sangat membantu lebih dari yang aku harapkan.
Ini adalah protokol yang dipersetujui oleh beliau.
1. Hulda Clark Zapper
2. The Bob Beck Protocol
3. MSM/CD
4. Protandim
5. Honey & Tumeric
6. Coconut water
2. The Bob Beck Protocol
3. MSM/CD
4. Protandim
5. Honey & Tumeric
6. Coconut water
Supplimentary treatment:
1. Transfer Factor plus
2. Kelmun protocol
Isu pergigian (dental issues) yang perlu aku selesaikan:
1. Lapan tampalan gigi - 2 tampalan perak ie. mercury - (diselesaikan dengan pengambilan chlorella/spirulina atau oral chelation dan buang tampalan merkuri tersebut)
2. Jawbone infection - (diselesaikan hanya dengan mencabut gigi yang berkenaan)
Bagi kes aku isu pergigian menurut beliau adalah MESTI diselesaikan dan aku memang belum berbuat apa-apa lagi mengenainya kecuali mengorder produk oral chelation dari vendor yang beliau endorse ie Karl Loren. Ketakutan aku untuk berjumpa dengan doktor gigi membuatkan aku menangguh-nangguhkannya. Baiklah... minggu hadapan "by hook or by crook" aku nekad untuk berjumpa doktor gigi dan selesaikannya. Insyaallah.
Beliau ada mencadangkan aku mengambil madu & cinnamon katanya ianya "very, very good", akan tetapi aku terpaksa KIV kerana $$...senarai KIV aku memang panjang. Mudah-mudahan Allah taala memurahkan rezeki aku. Amin.
Unresolved conflict? Aku dalam proses....
Assalamualaikum.
ReplyDeleteSalam perkenalan.Jika tak keberatan saya dpt kenal lebih dgn akak(tak pasti tua atau lebih muda dr saya)Akak ada tinggalkan komen di blog saya & saya ada baca dlm blog akak, ada tulis perkataan Temerloh.Asal dr sana ke?
W'salam.
ReplyDeleteTak kisah lah lagi tua ke muda ke, omputeh kata apa tu?..ha, age is just a number. Dalam diam-diam rupa-rupanya blog dia dah bertukar rupa. Memang cun! Tima kasih kerana sudi berkenalan. Akak memang kagum baca blog Leni I sbb part workout tu memang cayalah...jump squat, jump lunges..mountain climb...spiderman climb :D ...Respect! akak usah kata nak buat, bayangkan pun tak boleh haha.. Oh akak memang asal sana.