Thursday, 27 September 2012

Bagaimanakah Pommegranate Membantu Aku?

Menurut artikel yang ditulis oleh David Blyweiss, MD, Advance Natural Medicine, bertarikh 23 Mac 2012 beliau mengatakan;

1. Buah delima (pommegranate) boleh membantu apabila hormon kita berpaling tadah

"Apabila lelaki dan wanita semakin meningkat usia, risiko untuk mendapat kanser  prostat dan payudara juga meningkat. Adalah didapati bahawa buah delima mempunyai kesan untuk menghentikan sel-sel yang menghasilkan hormon yang memberi inspirasi kepada kedua-dua jenis kanser ini.

"Kedua-dua kanser ini adalah berhubung-kait dengan hormon (hormon-related).

"Dominasi estrogen telah disyaki memainkan peranan dalam setiap satunya. Ketakseimbangan hormon akan meninggalkan kesan kepada lelaki dan wanita. Ianya akan menjadi lebih terungkap apabila semakin berusia. Juga, makanan dan gaya hidup yang kita pilih turut memainkan peranan.

"Masalah dengan dominasi estrogen adalah estrogen memberi makan (feeds) tumor. Semakin kita tua, semakin banyak kita mempunyai estrogen, dan semakin kurang androgen dan testosteron. Apabila imbangan ini bertukar, kita akan menjadi semakin terdedah kepada kanser-kanser yang berhubung-kait dengan hormon.

"Berjuta-juta wanita telah mempelajarinya dengan kesusahan. Kadar kanser payudara telah melambung apabila doktor-doktor secara rutin telah mempriskripsikan estrogen replacement therapy ciptaan-makmal kepada wanita-wanita yang putus haid (menopaus). Kadar tersebut telah jatuh mendadak apabila hubungkait antaranya dengan kanser payudara telah ditemui dan bilangan wanita yang mengambil terapi ini telah berkurangan separuh.

"Sekarang kita telah mula memahami hubungan kompleks dan simbiotik antara hormon dan kanser dan kita sedang dalam pencarian untuk sesuatu yang dapat membantu kita dalam mempertahankan keseimbangan-dan mengelakkan dominasi estrogen.

"Disinilah dimana buah delima boleh memainkan satu peranan besar....

"Buah delima adalah kaya dengan nutrisi asas-tumbuhan yang dinamakan ellagic acid. Ellagic acid menghalang pengeluaran aromatase, suatu enzim yang menukarkan androgen menjadi estrogen. Aromatase memainkan peranan penting dalam kedua-dua kanser payudara dan prostat.

"Konsentrasi ellagic acid yang tertinggi terletak di kulit (rind) buah delima. Ini bermakna anda akan dapati enzim ini mempunyai konsentrasi yang tinggi dalam ekstrak berbanding jus. Ekstrak berasa sedikit pahit disebabkan itulah ianya tidak terdapat dengan banyaknya dalam jus yang dibotolkan.


2. Kekal bebas-kanser apabila anda telah berjaya mengalahkannya

"Untuk lelaki yang telah mendapat-dan telah mengalahkan-kanser tersebut, ancaman untuk ianya kembali berulang (recurrence) adalah besar kemungkinannya. Berita baiknya adalah 2 daripada 3 pesakit boleh kembali sembuh sekiranya ia dikesan awal.

"Berita buruknya? Sepertiga dari meraka akan menghadapi paras PSA yang meningkat. Kemudian 30% daripada lelaki-lelaki tersebut akan berkembang kepada kanser metastatik yang membawa maut dalam tempoh 15 tahun.

"Kajian baru-baru ini mendapati bahawa dengan meminum 8 auns jus pommegranate sehari boleh memperlahankan peningkatan paras PSA selepas rawatan kanser. Dalam satu kajian paras PSA kekal pada paras yang sama selama 6 tahun.

"Ini boleh menjadi penemuan besar bagi penghidap kanser prostat. Pada fasa seterusnya kajian tersebut, 10 pusat perubatan di negara ini (AS) akan mengadakan ujian terhadap penemuan ini dalam percubaan klinikal placebo-controlled.

Kajian yang sama tidak dijalankan ke atas wanita-wanita yang telah sembuh dari kanser payudara. Akan tetapi  sekiranya ianya adalah reaksi enzimatik yang sama, malahan serupa, adalah berkemungkinan untuk mendapat kebaikan perlindungan yang harus juga berkesan ke atas wanita yang terselamat dari kanser payudara.

Sekiranya anda telah berjaya mengalahkan kanser yang berkaitan dengan hormon iaitu prostat atau payudara, saya mencadangkan agar anda memasukkan 8 auns jus delima dalam rutin harian anda. Sekiranya anda diabetik, periksa dahulu dengan doktor anda untuk memastikan bahawa kandungan gula anda diselaraskan dengannya. "

---------------------------------
Aku gembira ketika bertemu artikel ini... Adakah ini jawapannya? Insyaallah. Doktor menyarankan aku menjalani hormon replacement therapy (adalah kebiasaan untuk penghidap kanser yang macam aku ini.) tetapi sehingga sekarang aku masih lagi menangguhkannya kerana risiko-risiko yang aku dengar membuatkan aku sedikit gementar.

Aku hanya berkongsi maklumat-maklumat yang menarik (pada aku) yang aku temui di sepanjang perjalanan dan pencarian aku. Lakukan penyelidikan sendiri sebelum membuat sebarang keputusan adalah sedikit buah fikiran dari aku. Aku cuma ada satu peluang untuk hidup dan aku mahu pastikan yang aku tidak lagi mensabotajnya. Apabila telah sakit teruk baru aku tahu harga kesihatan. Aku percaya pada qada' & qadar. Aku harus juga berusaha dan segala sesuatu akan berjalan sesuai ketentuan yang telah digariskan Allah SWT. Wallahu'alam


1 comment:

  1. Assalamualaikum Puan.
    Saya telah membaca blog Puan dan saya dapati teks di dalam blog puan yang menceritakan pengalaman Puan sebagai pesakit kanser dapat menyumbang kepada kajian saya. Boleh saya dapatkan email Puan untuk saya emelkan maklumat lanjut mengenai kajian saya. Saya sertakan alamat emel saya untuk dihubungi: sabrinazafiran@gmail.com

    ReplyDelete