Di sini aku terjemahkan artikel yang bertajuk “What Causes Cancer”.http://www.cancertutor.com/Articles/What_Causes_Cancer.html
Dengan menterjemahkannya ia membantu aku untuk memahami dengan lebih baik apakah yang menyebabkan kanser.
----------------------------------------------------------------------------
Apakah Penyebab Kanser
Webster Kehr
Independent Cancer Research Centre
Independent Cancer Research Centre
Anda tentu berkali-kali menyangka bahawa kanser adalah disebabkan oleh kerosakan DNA. Secara saintifiknya itu adalah mengarut. Sebagai contoh, merokok tidak akan menyebabkan berlakunya kerosakan ginetik yang sangat tepat (highly precise) dalam setiap perokok yang mendapat kanser paru-paru. Sama ada pernyataan (bahawa kerosakan ginetik ialah punca kanser) tersebut dibuat oleh pihak yang betul-betul mempercayainya atau ianya hanyalah tidak lain dan tidak bukan penipuan semata-mata, saya tidak tahu.
Hakikatnya ialah, apabila seseorang memahami apa sebenarnya yang menyebabkan kanser beliau akan faham bahawa adalah begitu mudah untuk menyembuhkan seseorang pesakit yang baru saja didiagnosis dengan kanser. Namun begitu, seseorang pesakit yang ditahap akhir juga akan mendapat kebaikan dari pemahaman jelas tentang apa yang menyebabkan kanser.
Apabila kita bercakap tentang punca kanser kita perlu bercakap tentang dua peringkat yang berbeza.
Disatu peringkat kita bercakap tentang apa yang menyebabkan kanser diperingkat sel (cellular level). Dalam kata lain, kenapa sel normal menjadi sel kanser?
Di peringkat yang satu lagi ialah peringkat tersusun/sistemik (systemic level) iaitu apa yang menyebabkan kanser di peringkat seluruh badan.
Kedua-dua subjek ini adalah berbeza sama sekali.
Kita boleh membuat perbandingan antara dua peringkat ini apabila kita bercakap tentang banjir. Kita boleh bercerita sepanjang hari tentang apa kerosakan yang berlaku setelah ribut kencang seperti air sungai melimpah, tanam-tanaman musnah disebabkan hujan lebat, jalanraya dibanjiri air dll. Akan tetapi, ini hanyalah satu peringkat apabila bercerita tentang hujan. Kita boleh bertanya apakah keadaan-keadaan cuaca yang menyebabkan hujan terbentuk dalam awan.
Oleh yang demikian, saintis akan bercakap tentang apa yang menyebabkan hujan dan dalam warta berita akan bercerita tentang banjir yang berlaku disebabkan hujan.
Ianya perkara yang sama tentang kanser. Perbincangan tentang apa penyebab kanser di peringkat sel adalah berbeza sama sekali dengan apa yang menyebabkan sel di peringkat systemik.
Permulaannya, mari membincangkan tentang kanser di peringkat sistemik.
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
Part 1 of 3: Apakah yang Menyebabkan Kanser di Peringkat Sistemik?
Kesemua manusia mempunyai sel-sel kanser di dalam badan!! Siapa saja yang boleh membaca ayat ini mempunyai sel-sel kanser dalam badannya. Namun demikian, Tuhan telah merekacipta tubuh badan kita untuk mempunyai sistem ketahanan (immune system) yang sungguh, sungguh canggih, diantaranya, direka untuk mensasar dan membunuh sel-sel kanser dengan selamat.
Kesemua manusia mempunyai sel-sel kanser di dalam badan!! Siapa saja yang boleh membaca ayat ini mempunyai sel-sel kanser dalam badannya. Namun demikian, Tuhan telah merekacipta tubuh badan kita untuk mempunyai sistem ketahanan (immune system) yang sungguh, sungguh canggih, diantaranya, direka untuk mensasar dan membunuh sel-sel kanser dengan selamat.
Apabila seseorang telah di “diagnosis” dengan kanser, ini bermakna adanya ketakseimbangan diantara sistem ketahanan dan bilangan sel-sel kanser dalam badan. Dalam kata lain, sesuatu telah merosakkan sistem ketahanan dan/atau sesuatu telah menyebabkan amat banyak sel-sel kanser terbentuk.
Hasil dari ketakseimbangan ini ialah satu bilangan yang tidak normal banyaknya sel-sel kanser yang membiak dalam tubuh. Bilangan sel-sel kanser yang meningkat di luar kawalan dan akhirnya seseorang akan di diagnosis dengan kanser.
Pendekatan alternatif atau natural (semulajadi) mempunyai 4-lapisan-
Pertama, tukar diet dan cara hidup seseorang itu untuk menukar “persekitaran dalaman” (“inner terrain”) sehingga menjadikan tubuh bermusuhan dengan sel-sel kanser. (ie. menukar kepada diet beralkali)
Kedua,menguatkan sistem ketahanan dengan meggunakan khasiat-khasiat semulajadi.
Ketiga, menggunakan rawatan-rawatan yang membunuh sel-sel kanser dengan perlahan-lahan dan selamat.
Keempat, menggunakan supplimen untuk melindungi dan memberi tenaga kepada sel-sel bukan kanser daripada kerosakan yang berlaku hasil dari perubatan ortodox (kimo, rads & pembedahan).
Sudah tentu, dalam kebanyakan kes ada pelbagai lagi perkara lain yang diperlukan, akan tetapi yang disebutkan di atas adalah aspek-aspek secara kelazimannya dalam perubatan alternatif.
Dengan berbuat demikian, keseimbangan (di antara sistem ketahanan dan sel-sel kanser) dapat dipulihkan. Pesakit akan sembuh.
Pendekatan perubatan ortodoks, walaubagaimanapun, akan merosakkan sistem ketahanan dengan teruknya oleh kimoterapi, radioterapi dan pembedahan. Ini akan menyebabkan ketakseimbangan bertambah teruk. Rawatan kanser ortodoks juga membunuh sel-sel sihat dan boleh merosakkan organ-organ.
Adalah tidak menghairankan apabila rawatan alternatif diawasi oleh seorang yang pakar ianya mempunyai kadar peratusan yang sangat tinggi untuk sembuh berbanding perubatan ortodoks. Fikirkan ini dengan cermat: Apabila perubatan ortodoks telah berjaya meletakkan seseorang dalam ‘remission’ (ie. kanser beliau nampak seperti telah tiada), mereka telah membuat ketakseimbangan semakin teruk, ianya hampir pasti yang kansernya akan kembali atau yang dinamakan ‘regression’.
———————————————————————
———————————————————————
Akan bersambung ke bahagian seterusnya.
(Sebelum aku menterjemah artikel ini aku mendapat berita sedih bahawa seorang bekas rakan sekerja sedang kritikal di HKL kerana kanser otak. Doakan supaya beliau berjaya mengharunginya dan sembuh kembali. Insyaallah.)
No comments:
Post a Comment