Sunday, 2 September 2012

MSM aka Sulfur Organik Bhg II



Dalam email pengarah ICRF sebelum ini beliau mengatakan bahawa MSM ialah protokol yang perlu aku ambil dan “Kepentingan Protokol-protokol MSM” diletakkan teratas dan “Must Read” di website beliau.
Sebelum aku terjemahkan sedikit-sebanyak apa yang aku telah baca tentang MSM, mula-mula sekali aku ingin katakan;
1. MSM BOLEH dibeli! Ianya tidak mustahil untuk mendapatkannya di Malaysia malahan sangat MUDAH!!! Ia begitu mudah dibeli secara on-line dari vendor yang telah disyorkan oleh cancertutor.com. Aku juga telah membeli 5 pound (lebih kurang 2kg) Lignisul® Bulk MSM Granular Crystals, dari vendor tersebut dan aku menerimanya hanya 9 hari selepas pesanan dibuat. Ini adalah linknya, http://www.msm-msm.com/store/agora.cgi?keywords=granular&product=MSM&user4=Lignisul®
Untuk menjimatkan caj penghantaran aku telah beli banyak sekali gus. Sesiapa yang sudah biasa dengan pembelian on-line tidak akan mempunyai masalah untuk mendapatkannya. Untuk sesiapa yang tidak tahu bagaimana, anda boleh tanyakan saudara mara atau rakan-rakan atau boleh juga email kepada aku.
Ingat, ianya begitu MUDAH untuk mendapatkannya dan kosnya juga tidak seberapa berbanding kebaikannya yang besar kepada pesakit kanser.
2. Nama mungkin rumit bunyinya. MSM (Methyl Sulfonyl Methane). Akan tetapi, ianya adalah 100% semulajadi dan sangat selamat digunakan. Ianya sangat selamat seperti meminum purified water. Kebarangkalian untuk overdose adalah tersangat, tersangatlah kecil kerana kita hanya akan overdose (menurut standard LD 50) jika mengambil lebih dari 2kg MSM! Kebiasaannya para pengamal hanya mengesyorkan 20 ke 30gm MSM sehari dan protokol-protokol MSM yang digunakan di website cancertutor.com hanya menggunakan 14gm ke 40gm sehari.
MSM bukannya bahan kimia. Ianya didapati di dalam sayur-sayuran, buah-buahan dan air hujan. MSM ialah sulfur organik yang sangat diperlukan oleh badan dan otak.
3. Walaubagaimanapun, disebabkan oleh bahan-bahan kimia di dalam ubat-ubatan biasa, tedapat amaran yang di letakkan bagi pesakit yang mengambil ubat-ubatan biasa.
Amaran 1: Bagi sesiapa yang mengambil dos aspirin yang tinggi dan apa jua jenis ubat pencair darah, anda tidak dibenarkan mengambil MSM dengan dos yang tinggi.
Amaran 2: Sekiranya anda mengambil ubat-ubatan berpriskripsi, anda perlu meminta nasihat doktor sekiranya anda hendak mengambil dos MSM yang tinggi ie. 40gm ke 70gm sehari.

(Protocol MSM/CD yang aku gunakan hanya memerlukan maksimum 36gm MSM sehari. Nanti akan aku ceritakan tentang protokol ini.)
Lihat link ini untuk amaran http://www.cancertutor.com/faq/faq_MSM.html
Salah satu sebab kenapa aku tidak mengambil tamoxifen adalah kerana aku tidak mahu tamoxifen mengganggu rawatan alternatif yang aku lakukan.
Terjemahan dari cancertutor.com dari posting “The Super MSM Treatment for Cancer":
“MSM sahaja (ie tanpa digabungkan dengan apapun) apabila digunakan dengan dos 40gm ke 70gm adalah merupakan rawatan kanser yang sangat hebat bagi pesakit-pesakit kanser yang sudah tenat kerana kebolehannya untuk menghapuskan asid laktik dalam aliran darah, membunuh mikrob dalam darah dll.”
Terjemahan dari posting “Importance of MSM”:
“Apabila seseorang pesakit kanser memulakan rawatan kanser, kebiasaannya mereka sudahpun menjalani rawatan-rawatan ortodox yang banyak (kimoterapi, radioterapi dan pembedahan). Malah, teramat jarang adanya pesakit yang baru didiagnosis kanser terus melakukan rawatan alternatif.
Apabila mereka memulakan rawatan alternatif (seperti aku), selepas menjalani rawatan ortodox, aliran darah mereka sudah pun dipenuhi dengan asid laktik (kerana perubatan ortodox tidak akan menghapuskan banyak sel -sel kanser dan tidak menghilangkan asid laktik yang dihasilkan oleh sel-sel kanser), mikrob dan sel-sel kanser dan badan mereka secara gambarannya boleh menyala di dalam gelap hasil dari kesan kerosakan pengoksidaan (oxidation damage) yang berlaku disebabkan oleh perubatan ortodox, dll.
Kebiasaannya, pendekatan yang digunakan oleh rawatan alternatif adalah:
1. “Membeli masa” (Buy time), bermaksud mengekalkan pesakit kanser terus hidup sementara menuggu rawatan lain menjadi berkesan ke atas sel-sel kanser (untuk pesakit tenat yang mempunyai tempoh hanya beberapa bulan untuk hidup).
2. Memperlahankan merebaknya kanser melalui pengalkalian badan atau oksigen.
3. Membunuh seberapa banyak yang boleh sel-sel kanser dengan selamat.
4. Mengembalikan semula sebanyak yang mungkin sel-sel kanser kepada sel-sel yang normal dengan selamat.
5. Membina semula sistem ketahanan badan menggunakan supplimen semulajadi. (Proses yang memerlukan masa.)
Cachexia Cycle



Meskipun pendekatan tersebut adalah penting, ianya tidak menyebutkan dua isu terpenting!
A. Ia tidak mengerjakan asid laktik di dalam aliran darah.
B. Ia tidak mengerjakan mikrob-mikrob di dalam aliran darah.
Asid laktik ialah komponen terbesar dalam cachexia cycle yang membawa maut (lactic acid cycle), yang membunuh separuh daripada pesakit kanser. Kesakitan, sebahagian besarnya adalah disebabkan oleh asid laktik, yang menghalang nutrisi daripada masuk ke sel-sel (yang mana menyebabkan pesakit kanser menjadi lemah), dan sebagainya.


Mikrob-mikrob dalam aliran darah akan menghalang kekuatan sistem ketahanan badan dan ini akan menyebabkan terhasilnya sel-sel kanser yang baru oleh mikrob kanser( iaitu kemungkinan besar H.Pylori ) , dan sebagainya.
Protokol-protokol MSM akan menyelesaikan isu-isu ini!”
Bersambung ke Bhg. III.

1 comment:

  1. Assalamualaikum, boleh saya tnya, klau makan MSM ni boleh derma darah tak

    ReplyDelete