Sunday 16 September 2012

Pakar Rawatan Kanser Alternatif

Ketika aku mula-mula didiagnosis dengan kanser, aku fikir aku boleh menggunakan rawatan alternatif tanpa merujuk kepada sesiapa. Buat penyelidikan sendiri dan kemudian lakukannya. Seperti yang aku ceritakan sebelum ini di entri “cancer protokol” aku telah mencuba pelbagai jenis rawatan selepas sahaja aku disahkan mengalami chestwall recurrence. Aku bernasib baik kerana aku tidak mendapat apa-apa mudarat daripada tindakan ini. Seorang sahabat pernah bercerita tentang ibu saudara beliau yang telah cuba merawat sendiri kanser di rumah dengan meminum air akar kayu dan sebagainya dan akhirnya meninggal dunia oleh kerana keracunan darah, menurut doktor.

Oleh itu, setelah aku terjumpa artikel ini aku pun menghentikan dahulu kesemua usaha aku kecuali pengambilan transfer factor dan diet kanser. Aku akhirnya membuat keputusan untuk merujuk kepada seorang pakar secara percuma (entri MSM aka Sulfur Organik) dan bekerjasama dengan beliau tentang rawatan-rawatan yang patut aku lakukan. Aku tidak mahu sentiasa bergantung kepada mana-mana suplimen atau ubat, aku mahukan kanser ini dihapuskan once and for all!

Amaran dari website cancertutor.com.

———————————————-
Oleh Webster Kehr (Webmaster cancertutor.com)

Banyak rawatan kanser alternatif, untuk rawatan di rumah, mempunyai sokongan menerusi telefon/Skype secara percuma atau hanya dengan sedikit bayaran (kebiasaannya lebih kurang secara keseluruhannya USD250)!! Adalah penting untuk memahami bahawa orang kebanyakan tidak akan mempunyai petunjuk (clue) tentang bagaimana untuk mengadakan (put together) satu rawatan kanser yang lengkap. Kesemua para penyokong, sama ada di klinik atau telefon, adalah pakar-pakar dalam perubatan alternatif.

Saya tidak dapat menekankan lebih lagi bahawa: ianya adalah mustahil untuk saya meletakkan di website ini (cancertutor.com) maklumat yang secukupnya tentang bagaimana untuk menggunakan rawatan-rawatan yang kompleks bagi setiap situasi.

Bekerjasama dengan seorang pakar adalah sebahagian kecil daripada kos untuk protokol tersebut, akan tetapi ianya tersangat perlu kerana seseorang yang pakar akan mengetahui apa yang mesti dilihat untuk setiap kes kanser yang spesifik.!! Telah terlalu banyak kes di mana seseorang mencuba website ini untuk membuat sendiri protokol mereka. Kebiasaannya ia membawa nahas kerana protokol-protokol ini digunakan dalam pelbagai situasi-situasi yang kompleks.!!

Sebagai contoh, jika seseorang mempunyai tumor yang mengelilingi satu arteri. Menggunakan protokol yang salah akan menyebabkan tumor membengkak dan membesar (sesetengah protokol akan menyebabkan tumor membengkak buat sementara waktu sebelum ianya mengecut), walaupun untuk seketika, seterusnya menyekat bekalan darah!!

PERATURAN #1, #2 & #3: BEKERJASAMA DENGAN SEORANG PAKAR ATAU PERGI KE KLINIK (KANSER ALTERNATIF)!!

Peraturan #4, #5 & #6: Jangan, jangan, jangan sekali-kali mencuba untuk merawat kanser anda di rumah seorang diri, tidak kira apa pun latarbelakang anda!! Rawatan kanser alternatif adalah teramat mengkhusus dan telah direka dengan teliti dan setiap kes adalah berbeza.

Masalah yang dihadapi oleh pesakit kanser ialah disebabkan mereka tidak melakukan seperti apa yang disuruh. Kami memahami mengapa protokol-protokol kami sebegitu rupa, jadi dengan tidak mengendahkan nasihat dari pihak kami kemungkinan besar ianya tidak akan membawa hasil yang baik.

Satu lagi masalah besar yang dihadapi kami ialah wang. Ramai pesakit yang tidak mampu untuk mendapatkan protokol yang paling efektif. Disebabkan inilah saya telah merekacipta “Dirt Cheap Protokol” dan beberapa rawatan lain. Sila lihat side bar sebelah kiri “Inexpensive Cancer Treatment”.

————————————————–

Sepertimana, Amerika Syarikat dan Jerman maju dalam bidang perubatan ortodoks, begitulah juga bidang perubatan alternatif mereka. Kedua-dua belah pihak memperjuangkan kepercayaan dan kepakaran masing-masing dan aku punya kebebasan untuk memilih yang mana aku rasakan terbaik untuk aku…dan… aku melakukan kedua-duanya. Walaupun aku telah ‘default’ satu atau dua kimoterapi dan radioterapi tetapi aku boleh katakan yang aku telah pun melaluinya. Dan sekarang adalah masa untuk rawatan alternatif…moga Allah memberkati segala usaha ku ini.

Rawatan alternatif sebenarnya tidaklah terlalu jauh dari kita, asalkan kita mencarinya walaupun di Amerika mahupun Jerman, insyaallah akan bertemu seperti seorang rakan kepada rakan suami yang sanggup pergi ke sebuah klinik kanser alternatif di Jerman. Kanser beliau sudah terlalu advance tetapi beliau tidak berputus asa. Setahu aku kos untuk rawatan di klinik kanser Jerman ialah sebiji kereta Honda, akan tetapi, berapakah nilai nyawa kita kalau dibandingkan? Seorang pakar B17 telah pun ada di Malaysia iaitu Prof Syed Putra Meir dan beliau mempunyai klinik di Temerloh (bersebelahan klinik Sulaiman)! Dengarnya ramai pesakit kanser yang sudah teruk telah sembuh setelah dirawat oleh beliau. Memang kosnya mahal tetapi sekiranya aku sudah advance (naudzubillah) aku akan pergi juga berubat dengan beliau. Kenapa bukan sekarang? Kerana aku yakin masih mempunyai pilihan lain yang lebih ekonomi. ;)

Seperti yang dikatakan dalam artikel di atas tentang “tidak melakukan apa yang disuruh”, memang aku bersetuju kerana aku pun masih lagi tidak berjaya melakukan 100% apa yang disuruh oleh pakar tersebut.

Boleh dikatakan aku melakukan hanya 30% ke 40% sahaja dan lagi sekali beliau betul, ianya 80% disebabkan oleh wang, lagi 20% disebabkan aku tidak tahan dengan kesan sampingan seperti kerap ke tandas dan sebagainya.

Walaupun demikian aku boleh katakan yang ianya memang ada menunjukkan kesan positif. Aku cuma perlu usaha lebih lagi, lebih lagi, sehinggalah aku bebas darinya.

2 comments:

  1. Hi, im ms.chau, can u give me your contact as i want to get more details on prof syed putra from you.

    ReplyDelete
  2. Tumes is also good to fight off cancer

    ReplyDelete