Ogos 24, 2012
Tahun ini aku berhari raya di Perak. Beraya di sana memang berbeza dari Temerloh sebab suasana kampung masih dapat dirasai di sana. Tetamu tidak putus-putus datang pada hari raya pertama, hari raya kedua pula merupakan tradisi iaitu makan tengahari bersama saudara-saudara dekat iaitu anak, cucu dan cicit. Seronok juga beraya tahun ini cuma ada satu perkara sedih yang berlaku pada raya pertama.
Dalam kesibukan melayan tetamu yang datang aku sempat juga mejeling-jeling ke TV. Ditakdirkan ketika menjeling itu ialah saat Azean Irdawati memberi ucapan raya kepada peminat-peminat. Apa yang membuatkan aku terpaku ialah keadaan beliau sekarang. Beliau memberi ucapan dari atas pembaringan. Beliau memakai tudung litup serta berselimut dan seseorang memegangkan mikrofon buat beliau dan beliau pun dengan perlahan dan terputus-putus menuturkan “Selamat…hari…raya…”. Kemudian beliau terus memejamkan mata seolah-olah tidak berdaya langsung.
Setelah google, apa yang aku tahu tentang Azean Irdawaty ialah beliau disahkan kanser payudara tahap 3 pada tahun 2007. Dalam tahun 2009 kanser beliau telah bermetastasis ke paru-paru dan hati dan pada tahun 2010 kanser telah merebak ke tulang belakang.
Beginikah kesudahannya? Melihat keadaan beliau seperti memaksa aku menerima kenyataan yang kanser memang menakutkan dan bukannya perkara main-main. Sebenarnya sehingga kini aku masih menafikan kenyataan bahawa kanser tiada ubat. Aku tidak henti-henti mencari maklumat tentang rawatan alternatif kanser dan aku yakin bahawa rawatan alternatif pasti membantu. Akan tetapi…bila aku dihadapi dengan perkara sebegini keyakinan aku menjadi sedikit goyah. Harapan aku seperti mula berkecai.
Tidak. Tidak boleh. Aku tidak boleh berhenti mengharap kerana cuma harapan yang membolehkan aku meneruskan segala-galanya.
Percayalah “…setiap penyakit ada penawarnya, kecuali maut”. Kalau tidak silap itulah yang aku baca di botol habbatus sauda. Jika benar itu janji yang Maha Esa, aku tiada hak langsung untuk merasa sangsi. Cuma aku mohon supaya dipertemukan dengan penawar itu.
insyaAllah ada jalannya.. insyaAllah.. Allah ada bersamamu.. memintalah kepadaNya supaya ditunjukkan jalan buatmu supaya ikhtiarmu tidaklah sia2.. Bagaianapun, jika tidak kamu temui lagi jalannya.. itu bukanlah bermakna kamu gagal. Kerana Allah memberi masalah bukanlah Allah meminta kita memikirkan cara bagaimana menyelesaikannya, tetapi Allah hanya mahu kita "mencariNya".
ReplyDeleteCarilah Dia di IstanaNya Allah ~Masjid. Carilah Dia di hati org2 yang dalam kelaparan, kesedihan, teraniaya..(bantulah mereka).
Apa2 saja yang ditimpakan kepada seorang hamba, tiadalah lain melainkan Allah menghendaki kebaikan buat dirinya.
Ikhtiar itu hanya ibadat kita kepada Allah. Jangan berhenti beribadat= jangan berhenti berikhtiar. Ikhtiar tu hanya ADAB kita kepada Allah, teruskan beradab menghadapNya.
sampai satu saat, kita semua akan pasti bahawa kita hanyalah perlu MENCARINYA. Syukur Allah membeli masalah supaya kita tergerak mencarinya. Allah Maha Tahu segala sesuatu. ~Wallahua'lam. Carilah Allah-libatkan Allah dlm semua urusanmu- Alam ini milik Dia, Dia tahu apa,dimana, siapa, bagaimana, bila, berapa dan segala-galanya.