Friday, 24 August 2012

Unresolved conflict sebabkan kanser?


Julai 3, 2012

Aku terbaca tentang seorang doktor dari Germany yang bernama Dr. Ryke Geerd Hamer. Beliau telah membuat satu penemuan baru yang menimbulkan banyak kontroversi tentang kanser dan penyembuhannya. Ditemui dan disahkan pada 9 Disember 1988, di Universiti Vienna. Penemuan beliau masih belum dapat disangkal oleh mana-mana pihak.
Pada mulanya beliau adalah seorang doktor dan pakar bedah kanser dan beliau telah merawat beribu-ribu pesakit kanser.
Gambar Dr Rykee Gerd Hammer
“Berdasarkan pengalaman, beliau tertanya-tanya mengapa kanser tidak pernah merebak secara sistematik maksudnya tidak merebak ke tisu-tisu disekeliling kanser tersebut. Sebagai contoh, beliau tidak pernah menemui kanser servik DAN kanser uterus pada orang yang sama. Beliau juga perasan satu persamaan diantara pesakit-pesakit beliau iaitu kesemuanya pernah mengalami konflik psiko-emosional pada waktu sebelum terjadinya penyakit kanser, konflik yang masih belum diselesaikan (unresolved conflict). "
Setelah beliau mengkaji 20,000 pesakit kanser, dengan pelbagai jenis kanser, Dr. Hamer telah mendapat maklumat yang revolusinari. Xray yang diambil oleh Dr. Hamer menunjukkan terdapat bayang-bayang hitam di mana-mana bahagian di otak kesemua pesakit tersebut. Tompok hitam ini akan berada tepat pada tempat yang sama bagi jenis kanser yang
sama. Didapati juga adanya 100% korelasi diantara tompok hitam di otak, jenis kanser dan jenis ‘unresolved conflict’.
Tompok-tompok hitam di dalam otak dan kaitannya dengan  organ yang dikawalnya..
Berasaskan penemuan ini, Dr. Hamer menerangkan bahawa apabila kita berada berada di dalam konflik yang menekan perasaan, yang tidak dapat diselesaikan, pusat refleks emosi di bahagian otak yang berhubung kait dengan emosi yang dirasai (cth: kemarahan, kekecewaan atau kesedihan) akan beransur-ansur rosak. Setiap pusat emosi berhubungkait dengan organ tertentu. Apabila sesuatu pusat telah rosak, ia akan menghantar maklumat yang salah kepada organ yang dikawalnya, mengakibatkan formasi sel-sel yang tidak sempurna atau cacat berlaku dalam tisu-tisu: sel-sel kanser.
Dr. Hamer mula memasukkan rawatan psikoterapi di antara kaedah terpenting dalam proses penyembuhan dan beliau mendapati apabila konflik tersebut telah diselesaikan, kanser berhenti merebak di peringkat cellular serta-merta.”
-healingcancernaturally.com-
 
Aku rasa ada benarnya penemuan doktor ni. Minda aku memang dipenuhi dengan unresolved conflict dari yang kecil-kecilan hinggalah yang besar. Dari hubungan keluarga, sahabat handai, rakan-rakan pejabat hingga ke orang asing. Aku memang seorang yang pemendam perasaan. Aku rasa aku kena belajar untuk melepaskan segala-galanya…
Adoii sayangnya aku kena elakkan makan makanan yang manis-manis... 


No comments:

Post a Comment