Friday, 24 August 2012

Syifa' Al Hidayah


Gambar: Pusat Perubatan Syifa' Alhidayah
Mei 15, 2012

Semalam kali ke3 aku ke sana untuk rawatan. Hj Lokman kata masih ada kanser aktif dalam badan. Aku tak terkejut dengar walaupun dalam hati memang ada mengharap yang dia kata “dah tiada kanser”. Kalau itu yang keluar, jawabnya aku melompat naik atas meja Hj Lokman lah sebab terlampau seronok. Tapi tak, masih jauh lagi perjalanan agaknya. Selepas lawatan ke2 dulu sebenarnya aku kurang membaca ayat-ayat yang di ‘prescribe’. Orang kata iman ada turun naik, ada pasang surut, agaknya dalam bulan lepas iman aku merudum sebab itu selalu miss baca al-Quran. Walaubagaimanpun, yang membuatkan aku seditkit lega ialah selepas selesai rawatan Hj Lokman kata “insyaalah”, suami yang dengar itu tapi aku ada dengar dia kata “kurang” tapi suami tak ada dengar. Apa-apapun aku syukur sebab rasanya masih ada harapan.
Gambar : Ustaz Ashraf Muslim sedang memberikan rawatan... Ehem.. Ehem...Rawatan kali pertama aku berjumpa dengan beliau... :)
Sebelum itu dia ada bertanya pasal nodul di atas parut mastektomi yang aku beritahu dia pada bulan Mac. Masa temujanji bulan Mac kebetulan aku baru lepas dijadualkan untuk pembedahan ke2 di sebuah hospital swasta. Doktor kata ianya tumor jadi dia cadangkan supaya keluarkan terus dan buat biopsi. Sekali lagi aku kena bedah pada 29hb Mac lepas. Pembedahan kali kedua lebih traumatik bagi aku. Keputusan patologi memang tepat macam sangkaan doktor, “Penyakit lama”. Aku tabik dia, sebab walaupun dia tahu yang aku default kimo dan tidak buat rawatan-rawatan lain tetapi dia tak pernah sarkastik dengan aku. Dia cuma senyum sampai ke telinga, dia tanya apa doktor HUKM buat bila aku cabut kimo. Aku kata diorang ada terlampau ramai pesakit… Tapi kemudian dia tekankan, lepas ini memang aku kena pergi rt. Aku tak ingat berapa kali dia cakap benda yang sama tentang kimo, rt, tamox dan big C. Aku tau sebagai doktor vateran yang perpengalaman luas, yang pernah bedah dan menghadap beribu pesakit big C dia memang boleh baca apa dalam kepala aku.

Gambar: Pusat Rawatan Syifa' Al Hidayah di Sungai Pusu Gombak

Berbalik semula kepada Hj Lokman, dia bertanya “Besar mana?” (kali ni), “14mm”, dia kata “besar juga”. Kemudian dia tanya berapa banyak nodus limpa yang dibuang (dalam pembedahan dahulu), aku kata semua, dia tanya semua berapa banyak, lebih kurang 22 dan 8 yang dijangkiti, aku tidak berapa inagat. Katanya, 8 out of 22, ia dah tersebar banyak dalam badan. Dia tanya tentang rt, aku kata mungkin lagi sebulan, tunggu HUKM telefon. Aku telah pergi simulasi rt minggu lepas dan hasilnya aku dapat tatu (ye…tatoo). Aku tak sangka yang doktor akan tatu (tak kiralah besar mana pun walaupun sebesar taik lalat macam yang dia kata) atas badan aku tapi cacah tetap cacah. Hukumnya aku belum tanya lagi dengan ustaz sebab aku lemah untuk dengar jawapannya. Aku dah diarahkan oleh onkologist untuk mula makan Tamox pada hari yang sama masa aku mula-mula datang semula ke HUKM selepas aku punya ‘runaway’. Aku jelaskan pada dia yang aku dah disahkan recurrence, yang aku tak pergi kimo sebab aku keliru, etc. Sangkaan aku ialah kimo tidak berhasil untuk aku. Dia pun bersetuju yang dalam kes aku recurrence berlaku agak cepat. Aku tabik juga pada dia sebab dia professional dan tak sarkastik. (Aku pernah berhadapan dengan doktor yang sarkastik bila dapat tau yang aku tidak habiskan rawatan) Aku berpendapat, setiap pesakit ada hak dan kebebasan untuk memilih rawatan masing-masing lebih-lebih lagi K. Kenapa? Sebab semua orang di atas planet ini tahu yang ubat dan rawatan ortodox masih tidak berjaya merawat kanser. Cuba tanya kalau ada sesiapa yang tidak takut dengan K. Bila terima diagnosis K, ala-ala dijatuhkan hukuman bunuh, itulah hakikatnya.
Orang tidak akan takut menghidapi K kalau ubatnya dah ada, ianya semudah itu. Disebalik apa yang doktor katakan, kebenarannya, keberkesanan rawatan ortodox hanyalah kurang dari 3%(Journal of Oncology, 2004, volume 16, pp. 449-560)!! . Keberkesanan atau term- remission yang digunakan oleh doktor diukur dengan; kalau pesakit berjaya melalui tempoh 5 tahun selepas didiagnos K dan menerima rawatan ortodox maka dikatakan pesakit tersebut telah remission. Sekiranya seminggu selepas itu dia didiagnos K di bahagian badan yang lain atau tempat yang sama maka ianya adalah penyakit yang baru ie. yang lama dikatakan sudah sembuh. Itu ialah kefahaman aku hasil daripada perbualan dengan onkologist dan pembacaan.
Pesan Hj Lokman sebelum kami bangun, “Jangan stress….baca….baca sama-sama pun boleh”, sambil menoleh ke suami. Dalam hati aku dia macam tau-tau pula, sebab tahap stress aku memang meningkat 2-3 hari sebelum ini dan pasal baca tu macam yang aku kata tadi. Selalu, suami baca seorang diri. Insyaallah, lepas ini aku baca dengan dia tanpa miss macam mula-mula dulu.

Terima Kasih kepada Ustaz Lokman, Ustaz Ashraf Muslim, Ustaz Zul dan Ustaz Adam yang telah berusaha untuk membantuku..

Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan rawatan secara islam ini bolehlah pergi ke sana.. Inyaallah.. 

1 comment: