Friday 24 August 2012

Protandim Antioksidan yang Terhebat dan Rawatan Alternatif

Protandim

Jun 23, 2012

Aku tau tentang protandim menerusi cancertutor.com. Menurut website tu, untuk sesiapa yang telah atau sedang menjalani rawatan ortodoks ie. kimo & radiasi, mengambil protandim teramatlah disyorkan. Satu kajian oleh Kansas City mengatakan bahawa pengambilan antioksidan ketika rawatan kimoterapi menyebabkan kadar survival yang lebih tinggi berbanding pesakit yang tidak mengambilnya. Betul ke ni? Aku ingat lagi ketika kimo yang pertama aku telah didatangi oleh seorang wakil dari bahagian farmasi. Beliau menerangkan tentang jenis-jenis ubat kimo yang akan dimasukkan dalam badanku dan kesan-kesan pengambilannya. Disamping itu beliau menekankan bahawa pengambilan antioksidan adalah amat tidak digalakkan ketika rawatan kimo. Alasannya ialah, antioksidan akan menyebabkan sel-sel kanser dilindungi jadi keberkesanan ubat kimo akan berkurang.

Daripada research yang aku buat di internet, Protandim adalah sejenis supplement yang dibuat daripada 5 jenis herba semulajadi yang boleh meningkatkan kadar anti oksidan di dalam badan. Tetapi setelah aku selesai menjalani kimo dan mendapati ubat kimo tidak berkesan untuk aku, why not aku cuba cara ini pula...

Herba di dalam Protandim mengandungi banyak anti oksidan...

Tengok? Ini ialah satu contoh klasik pertembungan antara ortodoks dan alternatif. Kalau dari sudut alternatif, alasan digalakkan ambil antioksidan ialah untuk melindungi sel-sel yang sihat supaya tidak dirosakkan oleh kimo dan radiasi. Aku rasa semua orang tau yang rawatan ortodox tidak hanya target sel-sel kanser semata tapi semua sel. Aku tak adalah mengatakan ortodoks lagi bagus atau alternatif lagi bagus, terus-terang aku katakan aku masih belum buat keputusan mengenainya.

Kalau di negara lain mereka ada klinik kanser alternatif yang pakar dalam sesuatu jenis rawatan contoh klinik B17 di Mexico dan EHT di German dan lain-lain. Tapi di Malaysia, setau aku yang betul-betul pakar cuma seorang iaitu Prof. Syed Putra Meir of B17. Cuma rawatan dengan Prof. memerlukan modal besar macam artis vateran Sarimah, dengar-dengarnya telah mengeluarkan belanja RM30,000 untuk rawatan ini. Tetapi syukur Alhamdulillah, beliau yang mulanya menghidap kanser otak, lidah dan hidung masih sihat hingga ke hari ini walaupun beliau didiagnos pada tahun 2010 berada pada tahap ke 4. Hebatkan? Kisah beliau memang menyuntik semangat aku supaya tidak berputus asa.

            
   


Berbalik semula, kenapa klinik kanser alternatif penting dan kenapa kita tak cuba saja buat sendiri-sendiri di rumah, maksudnya google je kat internet kemudian buat sajalah protokol-protokol yang bermacam-macam tu?? Sekali lagi aku rujuk kepada cancertutor.com: Rule No 1-Dapatkan nasihat pakar dan ikut nasihat pakar, Rule 2-Jangan lakukan tanpa mendapat nasihat pakar atau merujuk kepada pakar terlebih dahulu.
Betul juga rasanya, sakit kanser ni bukannya macam demam selsema, tak payah jumpa doktor, telan je panadol, vitamin c, madu lebah dan minum air banyak-banyak dah boleh baik. Tapi kanser sukar untuk dirawat. Kalau mengikut apa yang aku dah baca dan pengalaman aku sendiri dengan rawatan alternatif ni, ianya perlukan kesabaran, disiplin, ketahanan diri dari segi mental dan paling penting sekali ialah istiqomah.


Entry seterusnya aku akan ceritakan lebih lanjut tentang Protandim... 

No comments:

Post a Comment