Thursday, 23 August 2012

Mari kita kimo


Mei 13, 2012

Bak kata Pakar Bedah aku di Hospital A, lebih kurang begini bunyinya; bila dia dah jangkiti lymph node, lymph node berfungsi sebagai transmitter big C ke seluruh anggota dan organ badan yang lain. Ia telah masuk ke dalam salur darah dan sekarang sedang mencari rumah. Untuk melawannya kita mesti sentiasa selangkah di hadapan kerana penyakit ini ialah penyakit yang paling merbahaya. Rawatan kimoterapi berfungsi untuk  mencari sel-sel ini ke seluruh badan sampailah ke kepala untuk menghapuskannya, sebelum ianya sempat untuk berumah di mana-mana.

Ubat yang dimasukkan ke dalam badan aku... membunuh semua sel kanser yang ada...

Ubat yang perlu dimakan selama 5 tahun pertama rawatan.. yang boleh menyebabkan menopaus awal..

Jadi dalam pertengahan bulan September 2011, siksa aku pun bermula. Pakar Onkologi HUKM mengarahkan aku menjalani 6 cycle kimoterapi, 15 sesi radioterapi dan kemudian mengambil tamoxifen selama 5 tahun.

Aku berjaya menjalani 5 cycle iaitu yang terakhir pada 27hb Disember 2011. Cycle yang terakhir sepatutnya 9 Jan 2011. Hampir pada tarikh yang dijadualkan aku terasa ada benjolan kecil di atas parut mastektomi. Perasaan takut datang meluap-luap sebab hati kecil berkata "dah datang balik ke?..". Tapi takkan lah secepat ini, lagipun masih dalam kimo. Doktor ada bagitau yang semasa kimo, metastasis tak berlaku. Perasaan yang berbaur-baur, disiram lagi dengan masalah keluarga, aku akhirnya tak pergi ke cycle terakhir kimo.

Jadi rawatan yang lain-lain pun ditangguhkan sama sebab aku tak pergi ke HUKM ataupun berhubung dengan mereka.

No comments:

Post a Comment