Friday, 24 August 2012

Cancer Protocol

Jun 23, 2012

Bukannya aku tak pernah cuba protokol-protokol yang terpampang di website tu… Mula-mula sekali aku cuba heavy vegetable juicing and raw food diet. Kemudian ake terbaca pulak tentang Plasma-Beck Protocol aku pun order dari US silver pulser SOTA. Baca pulak tentang Cellect-Budwig Protocol hinggakan  aku dan suami pun kelam kabut cari organic low fat cottage cheese kat merata KL dan Kuantan, akhirnya jumpa melambak-lambak di Cold Storage Great Eastern. Flexseed oil pulak aku order dari US tapi nasib baik last-last kakak aku jumpa di sebuah kedai organik di Mentakab (sederet dengan belakang kedai The One)!! (sebab FO yang aku order dari US tu sampai sini je dah pun rancid.) Siapa sangka di bandar kecik macam tu ada jual? FO tu pula memang menepati spek iaitu organik, bukan high lignan dan disimpan dalam peti sejuk! Di KL pun aku tak ada jumpa… Akak aku hadiahi pulak aku dengan immersion blender. Lagi, baca pulak tentang ketonic diet, suami pun pergi beli santan kelapa dan buat pulak minyak kelapa. Sampai bila aku buat ujian darah untuk prof. Syed, memang urin test aku positif ketone. Semua tu aku buat dalam tempoh lebih kurang 3 bulan sebelum RT bermula dan sebaik saja aku betul-betul suspek yang aku ada local recurrence ie. dalam pertengahan bulan Mac 2012. Itulah takut punya pasal. Takut kerana ianya kelihatan seperti jenis yang aktif dan cepat merebak. Nauzubillah... Disebabkan itulah macam-macam cara aku cuba... 


image

Macam-macam sayur aku blend (aku tidak mempunyai juicer) buat air tetapi kesemuanya aku pastikan hanya yang mempunyai kemampuan untuk membunuh kanser seperti karot, brokoli, kobis, asparagus, beet dll..  lepas tu kena elak daripada makan hampir semua benda.. semua kena raw.. Bila diingatkan semula 'horror'. Aku terpaksa teruskan diet ini selama 3 minggu. Tiga minggu tanpa karbohidrat dan protien haiwan? Seratus-peratus vegetarian, serius hendak sembuh atau tidak? Apabila sudah sampai ke tahap ini aku sanggup lakukan apa saja untuk sembuh. Sedangkan kimoterapi yang teramat menyiksakan itu sanggup aku lakukan apatah lagi ini.



Lebih kurang macam ini Silver Pulser SOTA yang aku beli dari US.


  
Budwick diet.. hari-hari kena blend dan makan benda ni ajer.. Cottage cheese campur flax seed oil. Adooiii mak aku asyik tanya tak lapar ker?

Keberkesanannya? Aku rasa terlalu awal untuk dinilai. Cuma aku bersyukur yang setelah aku lakukan re-staging dalam bulan Mei, kanser didapati tidak merebak dan tiada metastasis. Semua organ yang lain doktor kata "...cantik, tiada lesion, tiada bengkak di mana-mana...". Dalam tempoh itu aku teruskan juga usaha mencari maklumat dan penemuan demi penemuan menyebabkan aku rasa macam nak give up. Sebab apa? Untuk memastikan ianya berhasil seperti yang dinyatakan oleh penyelidik-penyelidik protokol ini, setiap protokol yang kita cuba mestilah lengkap contohnya, Cellect-Budwig adalah protokol yang dikatakan paling 'power' dan paling sesuai untuk pesakit advance cancer yang macam aku ini (menurut definasi cancertutor). Aku rasa Budwig punya part aku dah lengkap tetapi part Cellect aku tak boleh nak buat sebab Cellect powder tiada dijual di Malaysia dan satu-satunya vendornya di US pula tak jawab email aku. Kemudian Plasma-Beck Protocol pun tak lengkap juga. Beck protocol ada 4 bahagian dan aku cuma buat 1 saja. Magnetic pulser, colloidal silver dan ozonated water aku skip. Plasma punya part tak payah ceritalah sebab aku tak ada idea lagi dan belum cuba pun lagi untuk mencari alat yang bernama MOPA tu.

Aku tidak bermaksud bahawa disebabkan ketiadaan cellect powder (contohnya), maka Budwig diet tidak akan berkesan. Maksud aku ialah ianya tidak akan berkesan secepat yang dikatakan oleh penyelidik yang mereka cipta protokol tersebut. Tiada masaalah sekiranya kita ingin melakukan sesuatu kaedah rawatan alternatif, ianya jauh lebih baik daripada tidak melakukan apa-apa langsung.

Seterusnya, kesilapan yang paling kerap dilakukan (menurut c.com)ialah hanya menggunakan satu protokol saja tetapi, hakikatnya, untuk menjadikan rawatan itu efektif ia perlu digabungkan contohnya, Cellect-Budwig, Plasma-Beck. Selain dari Budwig diet, The Beck Protocol boleh juga digabung dengan protandim, air kelapa muda, protokol MSM dll . Sebut pasal protandim, dah jauh benar aku melalut sampai sikit pun belum cerita tentang protandim. Aku akan sambung ke bahagian 2 entri ni.

No comments:

Post a Comment