Ogos 1, 2012
Masa aku pergi RT di HUKM dulu aku ada berjumpa dengan seorang pesakit kanser pankreas. Aku sembang-sembang dengan adik kembar kepada pesakit itu sementara kami menunggu giliran. Rupa-rupanya apabila seseorang itu menghidap kanser pankreas, beliau akan terus dikategorikan pada tahap 4. Kakak yang menghidap kanser pankreas itu memang kurus, kalau kena tiup angin pun boleh tumbang. Beliau memang sudah agak lama tidak boleh makan. Namun sejak dia menjalani rawatan RT, beliau sudah boleh menelan bubur.
Aku pun saja-saja bertanya ada tidak mencuba rawatan alternatif. Apa yang aku faham dari penerangannya, dahulu dia ada juga mencuba tetapi disebabkan kesemua perawat yang pernah beliau berjumpa itu ialah jenis yang mengambil kesempatan jadi sekarang beliau dan keluarga sudah tidak lagi pergi mencari rawatan alternatif kerana sudah tidak percaya dan juga takut ‘terkena’. Dari apa yang diceritakan, aku memang boleh faham. Beliau sudah berhabis bukannya sedikit untuk itu. Kebetulan aku baru terdengar cerita dari seorang kawan yang terpedaya dengan ‘doktor-ala tok bomoh’ di Putrajaya. Beratus-ratus juga wang beliau telah lesap. Kononnya boleh ‘bersihkan’ badan dari ‘gangguan’, boleh scan, scan rumah, scan kereta, selepas itu dicajnya untuk setiap servis beratus-ratus. Yang paling teruk, kawan itu seperti dipaksa untuk ambil servis dia. Takut kalau-kalau dihantarnya ‘apa-apa’ ke rumah jadi kawan pun terpaksa juga ambil.
Aku rasa, ‘doktor-ala tok bomoh’ yang jenis ini (yang mengambil kesempatan) sebenarnya memang berdosa besar. Sudahlah menipu dan merompak, tetapi yang lagi teruk ialah mereka-mereka ini memusnahkan harapan orang-orang sakit untuk mencari rawatan-rawatan alternaif. Pesakit-pesakit kanser, setelah pergi rawatan ortodoks ie. pembedahan, kimoterapi, radioterapi, ubat-ubatan…sudah tidak banyak simpanan yang tinggal malahan terpaksa berhutang. Penjaga ie. sumai/isteri pula terpaksa bercuti tanpa gaji untuk menjaga pesakit, tambah memburukkan keadaan. Itu adalah hakikat yang terpaksa dihadapi oleh pesakit-pesakit kanser.
Wang yang banyak memang diperlukan oleh pesakit kanser untuk membayar bil hospital dan ubat-ubatan...
Sokongan daripada keluarga dan rakan-rakan adalah sangat penting pada masa ini...
Macamana pun aku bagitau juga tentang Prof. Syed Putra Meir dan kliniknya Vision B17 kepada adik kembar kakak tu. Kalau tengok keadaan dia sekarang pada aku eloklah kalau dia pergi berubat dengan prof. Di Temerloh ada satu pasangan suami isteri yang kedua-duanya menghidap barah pankreas telah berjaya disembuhkan oleh prof. dengan izin Allah. Aku harap moga-moga Allah membukakan hati kakak tersebut untuk mencuba semula rawatan alternatif dan mudah-mudahan sembuh.
Salam,
ReplyDeleteSaya berminat untuk tahu bagaimana nak dapatkan protindim tu?