Friday, 24 August 2012

Konsert Sami Yusuf


Jun 22, 2012

Masa aku dalam perjalanan balik naik bas semalam kat radio ada keluar lagu Sami Yusuf “You Came To Me”. Tengah aku syok menghayati tiba-tiba keluar suara Siti Nurhaliza…mesti mereka keluarkan lagu duet sempena konsert Sami Yusuf bulan Julai ni.



Sebenarnya, aku dan suami memang dah lama plan nak bawak budak-budak pergi sebab dia orang memang peminat setia Sami Yusuf terutama sekali anak aku yang last, yang baru nak masuk 4 tahun tu. Kita orang berdua pun peminat setia lebih kurang bebudak tu juga. Jadi bulan lepas, masa aku cek-cek kat internet rupa-rupanya Siti Nurhaliza ialah artis jemputan…hmmmm. Ia membuatkan aku tiba-tiba teringat, OMG sebenarnya dulu aku dah pernah taubat pergi konsert-konsert ni. Apa yang menyebabkan aku bertaubat tu ialah masa aku pegi konsert Bon Jovi dulu, yang buat dekat Stadium Shah Alam bertahun-tahun yang lepas, masa konsert tu aku terfikir macam mana kalau stadium ni runtuh masa tengah-tengah konsert dan aku mati di situ? Macam mana kalau selepas tu orang tanya mak dan apok cara aku meninggal dunia? Aku tak boleh bayangkan mak dan apok terpaksa jawab “Dia meninggal masa stadium runtuh tengah-tengah konsert Bon Jovi…” Betapa malunya mak bapak kalau terpaksa jawab macam tu, tak terbayang olehku. Jadi tengah-tengah konsert tu aku pun taubat nasuha dan terus meninggalkan konsert tersebut yang masih belum pun lagi tamat.

Kembali semula ke Konsert Sami Yusuf ni, mulanya aku tak terfikir pula yang konsert Sami Yusuf ni sama dengan konsert yang lain-lain sebab lagu-lagu dia memang semua bagus-bagus, memang islamik dan mendekatkan aku dengan Allah, rasanyalah. Aku memang salut kat dia sebab memang banyak sumbangan dia kepada dunia ni. Boleh google sendiri kalau nak tau. Akan tetapi, bila muncul nama Siti Nurhaliza sebagai opener aku macam “klik”…bukannya aku ni alim sangat tapi bila aku tanya diri aku aku nak ke mati dalam konsert Siti Nurhaliza? Jawapan aku of course le.. tau-tau je la kan. Nak kata Siti Nurhaliza penyebabnya tak adil jugak, cuma aku memang dah taubat. Jadi tak apalah, aku dan budak-budak tengok aje di youtube nanti kalau ada sesiapa sudi post. Aku Post di sini lagu feberet aku dan budak-budak tu .. You come to me Sami Yusuf feat Siti Nurhaliza
Ini bukan di HUKM. Mesin di HUKM lebih besar tetapi dari segi kecanggihan aku pun tidak pasti mana yang lebih  canggih.

Sebenarnya aku dalam perjalanan balik ke Temerloh dari KL. Aku sekarang sedang dalam tempoh rawatan radioterapi, yes. Aku dah mula buat rt. Masuk hari ni dah 16 kali dan hari ni aku dah masuk fasa ke 2 iaitu booster sebanyak 8 kali. Jadi selama 16 hari ni, berbekalkan Protandim, aku berulang-alik Temerloh-KL untuk treatment, tiap-tiap hari kecuali weekend. Kadang-kadang suami hantar, selalunya naik bas sebab aku taknak menyusahkan dia hantar. Selagi aku terdaya lebih baik aku pergi sendiri.
Seterusnya, aku akan cerita pasal Protandim yang begitu banyak membantu aku semasa proses rt.. Tunggu!!!!

No comments:

Post a Comment