Daging merah
Ayam bandar
Makanan laut spt kerang, udang, sotong dll
Makanan yang diproses seperti biskut, frozen food, junk food dll
Gula Putih (Refined sugar)
Garam Putih (Refined salt)
Tepung putih bertapis (White refined flour)
Semua produk tenusu
Kacang tanah
Makanan segera (Fast food) ie. McD, KFC, ChickKing (KFC punya rival di T’loh) PizzaHut, etc
Makanan yang dikeringkan dan diperam spt ikan kering, pekasam dan belacan
Semua di atas ni aku tak boleh makan...
Jadi apa yang aku makan?
Semuanya selain dari yang di atas. Senang cerita, hampir semua yang aku makan sebelum ini, yang menjadi kegemaran aku sudah aku tinggalkan seperti kek coklat, kek keju, donut, McD dan makanan bergoreng. Dan pula, apa yang aku tidak makan atau jarang-jarang makan sebelum ini aku terpaksa makan seperti ulam-ulaman dan sayur masak lemak (santan dan semua produk kelapa adalah bagus pada aku).
Aku ambil petikan ini daripada satu artikel semasa blogwalking...
Khasiat ulam-ulaman
Pegaga atau nama saintifiknya, Centella asiatica, mempunyai aroma yang unik dan rasa yang pahit.Pegaga telah digunakan secara tradisional untuk mengubati alergi, kanser, cirit birit, merangsang peredaran darah, mengurangkan panas badan, merawat kusta, gonorea, menyembuhkan luka, ulser, lelah, kencing berdarah, reumatisme, dan sakit tekak.
Oenanthe javanica atau selom sejenis ulam yang mempunyai khasiat yang dapat mengubati demam panas yang datang secara tiba-tiba dan dapat menjadi ubat bagi penyakit tekanan darah tinggi.Selain itu, selom juga mampu memberi kesan sebagai agen anti reumatik dan mampu menurunkan paras gula dan kolestrol dalam pesakit diabetis atau kencing manis.
Cosmos caudatus adalah nama botanical bagi ulam raja.Kelebihannya ialah pembersih darah, menguatkan tulang serta merangsang selera makan kerana rasa dan baunya yang unik.
Dari kakian UPM ulaman Malaysia seperti ulam pegaga mempunyai paras antioksidan keseluruhan yang sangat tinggi, diikuti selom dan ulam raja.Ulam-ulaman ini juga menunjukkan paras antioksidaan yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan vitamin E(alfa-tokoferol) dan vitamin C (asid askorbik).Vitamin E dan C merupakan bahan yang diketahui umum mempunyai tahap antioksidan yang sangat tinggi.Bagi kandungan vitamin antioksidan pula, selom mempunyai kandungan vitamin A dan karotenoid yang tertinggi, diikuti oleh ulam raja dan pegaga.Selom juga mempunyai tahap yang tinggi dalam kandungan vitamin C, diikuti oleh pegaga dan ulam raja.
Dari kakian UPM ulaman Malaysia seperti ulam pegaga mempunyai paras antioksidan keseluruhan yang sangat tinggi, diikuti selom dan ulam raja.Ulam-ulaman ini juga menunjukkan paras antioksidaan yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan vitamin E(alfa-tokoferol) dan vitamin C (asid askorbik).Vitamin E dan C merupakan bahan yang diketahui umum mempunyai tahap antioksidan yang sangat tinggi.Bagi kandungan vitamin antioksidan pula, selom mempunyai kandungan vitamin A dan karotenoid yang tertinggi, diikuti oleh ulam raja dan pegaga.Selom juga mempunyai tahap yang tinggi dalam kandungan vitamin C, diikuti oleh pegaga dan ulam raja.
Ketiga-tiga ulam ini telah diuji kesannya terhadap sel kanser menggunakan kaedah in vitro atau kaedah kultur tisu.Pegaga telah terbukti mampu untuk merencatkan pertumbuhan sel kanser kolon atau kanser usus dan kanser payudara.Selom juga mampu membunuh sel kanser kolon dan payudara.Ulam raja pula menunjukkan kesan perencatan pertumbuhan bagi kanser kolon sahaja.Ulam-ulaman ini juga tidak menunjukkan kesan toksik terhadap sel yang normal.
Abang ipar aku adalah perokok tegar (hehehe jangan mare ye abang ipar) tetapi aku dapati beliau teramat jarang diserang penyakit seperti selsema, batuk dan demam dan boleh dikatakan diet beliau setiap hari ialah masak lemak . Memang aku tertanya-tanya selama ini… Selepas aku baca artikel tentang minyak kelapa dan pendapat dari Dr. Bruce Fife, ND, barulah aku faham.
Berbalik semula, sudah hampir 6 bulan aku mengamalkan diet ini kecuali hari raya baru-baru ini saja aku membenarkan diri aku “berbuka” sekejap dengan kuih raya, rendang dan kuah kacang dan sebagainya. Sekejap itu pun dalam seminggu juga kiranya aku berjoli makan.
Hampir pula aku terlupa, aku ada juga mengambil vitamin-vitamin seperti selenium, vitamin E, multivitamin dan beberapa supplement seperti apple cider dan transfer factor. Selain itu, aku juga mengambil apa yang disuruh di dalam senarai sebelum ini yang bertujuan khas untuk rawatan iaitu protandim, madu & kunyit, air kelapa muda dan MSM/CD. Selain dari protandim yang aku telah mula makan sejak bulan Mei 2012, rawatan yang lain cuma baru-baru ini sahaja.
Insyaallah.. Aku akan kemaskinikan senarai di atas dari masa ke semasa.
Insyaallah.. Aku akan kemaskinikan senarai di atas dari masa ke semasa.
Assalamualaikum..sya nk cdgkn abg try satu produk ni.. Namanya optiplus.. Produk ni alhamdulillah banyak testimoni positif drpd pengguna.. Rata2 pengguna itu pesakit kanser.. Abg bole ws 0107056209
ReplyDeleteAssalamualaikum..sya nk cdgkn abg try satu produk ni.. Namanya optiplus.. Produk ni alhamdulillah banyak testimoni positif drpd pengguna.. Rata2 pengguna itu pesakit kanser.. Abg bole ws 0107056209
ReplyDeleteAssalamualaikum,apa kbr? Salam perkenalan dr sy Ana.
ReplyDeletePuan ganti garam putih dgn apa ua?
ReplyDeletePuan ganti garam putih dgn apa ua?
ReplyDeletePuan ganti garam putih dgn apa ua?
ReplyDeletegaram bukit yang warna pink sprt keluaran halagel tentunya terbaik
ReplyDelete...salam ..sy ada menjual herba warisan yg mampu menyembuhkan kanser dan pelbagai jenis kanser..tahap 1 tahap 2 tahap 3 tahap 4. insya allah. memusnahkan dan mematikan sel sel kanser.. herba warisan ini terlalu berkesan dan saya jamin tuan tuan dan puan puan akan terkejut dengan rawatannya yang cepat dan selamat untuk sembuh...daun daun herba warisan terpilih memang tidak akan jumpa di mana mana.percaya lah.. .. .merawat dan membaik pulih...jangan biar sehinga terlewat..jangan biarkan hidup derita..selagi boleh rawat lebih baik di rawat..hutan belantara kita tersembunyi sejuta 1 rahsia...herba ini amat amat mujarab..jangan biar derita membunuh kehidupan anda.ramai yang dah berjaya sembuh dengan produk sy call saya xpun msg xpun wasap sy 0174687570 mohd zuhairi... sy cma bntu membantu...sy tidak sangup tngok org dpn mata sy sengsara xpun di ragut nyawa...penawar nya telah ada...hubungi sy secepat munkin Orang yang tiada penyakit kanser andai nak amal kan herba saya ini pun boleh...jadikan amalan harian untuk menjaga badan dan membuang toksid...orang ada kanser..
ReplyDelete.saya akan membantu merawat hingga sembuh Penawar kanser dan herba: Saya juga akan membantu anda memberi nasihat dan motivasi bagai mana untuk hadapi kanser..cara2 utk bdepan knser..pemakanan..dan nasihat2 utk anda..pada anda kanser adalah petama dalam hidup...pada sy yg dh jumpa ramai pesakit..munkin kita bley bkongsi pendapat n bgai mna hendak merawat sampai sembuh..sy hulur kn tangan pd anda..sambut lh sebelum telambat..ramai pesakit sy sudah sembuh.anda bila lagi....hubungi atau wasup kan saya dengan segera.0174687570 mohd zuhairi NAMA SYARIKAT SAYA.....JUTAWAN HERBS NO PENDAfTARAN SYARIKAT SAYA PG 0346818-W NAMA PEMILIK MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN
mohon daptkan penjelasan lanjut..
ReplyDeleteUntuk breakfast awk mkn apa kalau roti n biskut x leh mkn. Tk
ReplyDeleteCili boleh makan tak? Apa lagi yg x boleh makan? Minyak sunflower semua jadi x boleh ya
ReplyDelete