Saturday 25 August 2012

Protandim Antioksidan yang Terhebat dan Rawatan Alternatif -Bhg II

Julai 4, 2012
 

Aku mula terbaca tentang protandim di cancertutor.com. Mulanya aku tidak berapa berminat untuk google tentang protandim tapi apabila aku terpaksa juga buat radioterapi aku pun baca sekali lagi di bawah topik “If Still on Chemo or Radiation”. Di situ disenaraikan 5 peraturan ketika seseorang masih lagi dalam rawatan chemo atau radiasi iaitu;
Rule 1 – Jangan gunakan electromedicine protocol.
Rule 2 – Makan Protandim
Rule 3 – Minum air kelapa muda
Rule 4 – Gunakan MSM atau DMSO sebelum chemo
Rule 5 – Makan Aloe Arborescens
Jadi aku pun mulalah google tentang Protandim dan daripada apa yang aku baca ianya memang sangat menakjubkan tapi tak tahulah sama ada boleh percaya atau tidak. Akan tetapi, memandangkan aku tiada “senjata” lain untuk menghadapi rt dan ianya adalah saranan cancertutor, jadi aku pun cari vendor yang boleh dipercayai di internet dan order lah, apa lagi. Nasib aku kira baik sebab aku dapat vendor yang sah lagi baik hati yang tak mengenakan langsung caj shipping walaupun ianya dihantar dari US, malah beliau juga turut memberikan diskaun.
Selepas beberapa hari mengambil Protandim aku sudah merasai perubahan ketara dari segi tenaga. Kelesuan pada sebelah petang sudah tiada. Sebelum ini, masuk pukul 5 petang aku dah tak boleh buka mata. Jadi aku pun dah ter’amazed’ lah dengan produk ni. Dan sekarang, aku tak rasa yang aku mampu berulang-alik T’loh-KL untuk menjalani rawatan radioterapi tanpa Protandim. Semuanya dengan izin Allah.


Jadi apa dia Protandim?

Menerusi website undergroundwellness.com (Sean Croxton), ianya 1,000,000 kali lebih efektif berbanding anti-oksidan biasa, dan beliau boleh membuktikannya. Di bawah ini, aku cuba terjemahkan dan ringkaskan serba sedikit artikel beliau.
1. Keputusan yang tidak dapat disangkal. Selepas 2-5 hari menggunakannya beliau perasan bahawa beliau pulih dari kelelahan selepas melakukan workout lebih cepat dari biasa. Beliau boleh melatih otot yang sama berulang-ulang kali tanpa rasa lenguh. Tidak berapa lama, kulit kelihatan berseri-seri dan tenaga meningkat pada sebelah petang yang lazimnya adalah menurun.
          
Perbezaan sebelum dan selepas menggunakan protandim
2. Sains yang nyata. Kajian-kajian yang dijalankan adalah menggunakan finished product bukannya setiap bahan-bahan diambil secara berasingan (seperti yang lazim berlaku dalam kajian-kajian, yang beliau namakan “borrowed research”). Dalam ertikata lain, subjek telah mengambil Protandim.


Kajian-kajian ini sebahagian besarnya adalah peer-reviewed bermaksud kajian mengenai Protandim adalah dibawah pemantauan sebuah panel terdiri dari pakar-pakar yang layak dalam bidang biologi anti oksidan. Kemudiannya, kajian-kajian ini diterbitkan di dalam jurnal-jurnal yang berprestij seperti The Journal of American Heart Association dan Free Radical Biology and Medicine.
Dari 10 kajian yang diterbitkan di dalam jurnal-jurnal ini hanya 2 kajian yang telah dibiayai sendiri oleh LifeVantage iaitu pengilang produk ini. Selebihnya iaitu 8 kajian lain telah dibiayai oleh universiti-universiti dan pelbagai institusi yang melakukan penyelidikan ini.
Selepas beliau membaca kajian-kajian ini beliau tak percaya. “To say I was intrigued was an understatement. Why hadn’t I heard of this before?”, seperti yang dinyatakan oleh beliau.
3. Bukan Anti-oksidan Biasa. Anti-oksidan langsung ialah yang menerusi diet seperti vitamin A,C dan E. Walaupun berguna tetapi kebolehannya untuk meneutralkan radikal bebas adalah terhad. Radikal bebas ialah scavenger yang menyebabkan kerosakkan kepada 50 ke 70 trilion sel-sel badan.
Proses kerosakan ini dinamakan oxidative stress yang dihubungkaitkan dengan lebih 200 penyakit dan keadaan!



Anti-oksidan biasa akan meneutralkan radikal bebas satu persatu. Contohnya, satu molekul vitamin C akan menetralkan satu free radikal kemudian tugasnya tamat ie. “pakai buang”. Ianya mungkin membantu dalam mengurangkan kerosakan cellular tetapi ianya adalah proses yang tidak cekap.

Kenapa? Kerana sel-sel menghasilkan 300 sextillion radikal bebas sehari. Ianya nombor 300 ditambah 21 kosong dibelakang.
300,000,000,000,000,000,000,000 – Radikal bebas dihasilkan setiap hari.
Untuk meneutralkan radikal bebas sebanyak itu anda boleh memakan 375 biji oren atau 120 biji vitamin C 500mg sehari.
4. Tekan suis. Rahsia yang tersimpan dalam industri antioksidan ialah hakikat bahawa sel-sel boleh menghasilkan sendiri enzim-enzim antioksidan seperti glutahione iaitu badan anda punya “master antioxidant and detoxifier”. Enzim-enzim ini meneutralkan radikal bebas pada kadar sejuta sesaat.

Penyakit-penyakit akibat radiasi bebas

Apabila usia semakin meningkat penghasilan enzim-enzim pelindung ini semakin berkurang, menyebabkan ketahanan anda terhadap penyakit juga berkurangan.
Kombinasi 5 bahan semulajadi dalam Protandim akan membangunkan sel-sel anda yang sedang tidur dengan mengaktifkan sejenis protein bergelar Nrf2, yang mana akan menghantar maklumat kepada genes anda untuk menghasilkan lebih banyak enzim-enzim antioksidan, anti-inflammatori dan anti-fibrotic.
Apakah kepentingannya mengaktifkan Nrf2? Berdasarkan kenyataan pakar antioksidan terkenal Dr. Nicholas Perricone, “Penemuan substan yang boleh mengaktifkan Nrf2 yang sangat dilindungi oleh faktor transkripsi ialah kunci kepada menghindari banyak penyakit”.
Inilah yang dilakukan oleh Protandim! Ia menekan suis genes yang melindungi anda dan mematikan suis genes yang menyebabkan penyakit dan mempercepatkan penuaan.
Selepas 30 hari sahaja, Protandim akan mengurangkan oksidative stress anda sebanyak 40%, menjadikan level anda seperti level remaja berusia 20 tahun!
5.Apakah bahan yang terkandung?. 5 bahan semulajadi yang aktif di dalam Protandim:
- Milk Thistle Extract (Silybum marianum)

- Bacopa Extract (Bacopa monnieri)

- Ashwagandha (Withania somnifera)

- Green Tea Extract (Camilia sinesis)

- Turmeric Extract (Curcuma Longa)

           
Kesemuanya telah digunakan dengan selamat selama beribu-ribu tahun dahulu oleh perubatan cina dan ayuveda. Ianya adalah sinergi dari tumbuh-tumbuhan ini yang menghasilkan kekuatan produk ini.

Ada lagi kalau nak cerita, saintis yang membuat formula ini Dr. Joseph McCord, penerima anugerah1997 Elliott Cresson Medal. Anugerah ini meletakkan beliau seangkatan dengan penerima-penerima yang sebelum ini termasuklah Henry Ford, Alexander Graham Bell, Pierre and Marie Curie dan Orville Wright.


Aku rasa cukup lah setakat ini tentang protandim walaupun banyak lagi boleh diceritakan. Cukuplah aku sebut disini yang ianya turut disarankan sebagai salah satu “strong stage III cancer protocol” oleh cancertutor.com

Dan lagi satu, sekarang ni kakak-kakak aku dan mak aku pun dah mula ambil protandim…sebab tengok perubahan pada aku la tu… memang muka aku dah bersih sikit sekarang berbanding selepas kimo. Muka aku dulu penuh dengan ruam dan syringoma di bawah mata dah melarat sampai ke bawah-bawah. Mungkin aku alergik dengan ubat-ubatan kimo dan ditambah lagi dengan toksin yang terhasil? Alhamdulillah sekarang dah ada perubahan. Terima kasih kepada Protandim dan ‘oil pulling’. Aku betul-betul berharap yang aku boleh kongsi produk ni dengan ramai lagi rakyat Malaysia.
Oil pulling? Apa tu? Nanti aku cerita dalam entri seterusnya.

          



1 comment:

  1. salam...info yang baik n membantu. boleh sy mohon bantuan utk dptkan produk protandim, utk isteri sy. hubungi 0199196864

    ReplyDelete