Friday 31 August 2012

Kenapa aku pulun


Breast Cancer Awareness RibbonYang sebenarnya, kanser aku adalah kategori cepat merebak sebab hanya dalam tempoh 6 bulan saja dari tarikh pembedahan pertama aku telah mengalami chestwall recurrence. Walaupun margin pembedahan pertama adalah ‘free’ yakni tiada sel kanser didapati disekeliling tisu yang telah dibedah, aku masih mengalami chestwall recurrence dengan kadar yang begitu pantas sekali malahan, ketika itu aku masih dalam rawatan kimoterapi.

Selepas pembedahan ke-2, masih lagi terdapat tanda-tanda untuk berlakunya chestwall recurrence yang ke-2! Aku telah diminta melakukan re-staging untuk menentukan samada pembedahan seterusnya boleh dilakukan atau tidak dan doktor memutuskan, apa-apapun aku perlu menjalani radioterapi terlebih dahulu. Re-staging menunjukkan tiada apa-apa metastasis berlaku ie. tidak merebak ke mana-mana organ yang lain seperti hati, buah pinggang dll.
Perkara ini tidak pernah aku nyatakan kepada sesiapa pun kecuali suami, sama seperti ketika aku melakukan pembedahan yang kedua, aku tidak memberitahu ibubapaku. Aku memberitahu mereka yang aku pergi ke hospital hanya untuk follow-up. Mereka tidak tahu pun yang aku telah dijadualkan untuk pembedahan pada hari tersebut. Masalahnya, apabila aku terpaksa bermalam diwad jadi suami menasihatkan supaya aku memberitahu saja mereka.
Akan tetapi, seperti yang aku telah berjanji sebelum ini…aku mesti mencuba untuk melepaskan segala-galanya dan inilah yang aku sedang lakukan. Mungkin di blog lebih mudah untuk aku kerana sememangnya aku tidak pandai meluahkan dalam kata-kata, mungkin dalam penulisan.
Bulan lepas iaitu selepas aku menghabiskan rawatan radioterapi aku tahu bahawa kanser aku masih ada walaupun selepas follow up pada 16hb Ogos yang lepas doktor mengatakan “sudah ok semuanya”. Tetapi aku dapati tandanya masih muncul pada waktu-waktu tertentu sama seperti recurrence yang pertama.
Ingin aku nyatakan di sini, alhamdulillah, usaha aku dalam sebulan ini mungkin telah sedikit sebanyak membuahkan hasil dan doa-doa semua yang mendoakan terutama sekali ibuku mungkin telah makbul berkat Ramadhan yang baru saja berlalu. Ibuku baru saja kembali dari tanah suci semalam dan aku tahu beliau tidak putus-putus berdoa untuk kami ketika sebulan berpuasa di sana. Terima kasih ibu...


Tanda-tanda adanya chestwall recurrence telah hilang buat masa ini. Aku berterima kasih kepada Pengarah ICRF yang telah meluangkan masa membantuku dalam memberikan nasihat-nasihat yang teramat berharga dan kerana bersusah-payah membuat website cancertutor.com khas untuk membantu pesakit kanser. Padaku, usaha-usaha beliau adalah teramat mulia. Aku juga berterimakasih kepada suami, keluarga dan rakan-rakan tersayang yang memberikan moral dan financial support.
Walaubagaimanupun, masih terlalu awal untuk aku ‘celebrate’. Aku masih akan teruskan semua diet dan rawatan kerana nasihat beliau aku perlu lakukannya “indefinately”.
Katanya, melawan kanser adalah seperti melawan api yang sedang marak. Aku memerlukan fire hose yang besar dan banyak untuk melawannya. Itulah yang aku sedang lakukan. Doakanlah moga-moga aku dan semua pesakit yang lain, menang. 
Malaysia, selamat menyambut Hari Kermerdekaan.

3 comments:

  1. Allahuakbar.. tiap ujian ITU tidak melebihi kemampuan kita...terus berjuang Kak...

    ReplyDelete
  2. Insyaallah...akak kena selalu ingat tu.

    ReplyDelete
  3. Mcm mane nk hubungi penulis blog ni yer..

    ReplyDelete